Malaysia legislation

Section 19

of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017

Seksyen 19

(1)

Lembaga hendaklah menjadi badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi Universiti, dan boleh menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Universiti kecuali setakat yang kuasa itu diberikan oleh Perlembagaan atau Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan kepada Pihak Berkuasa, badan atau kepada pegawai lain Universiti.

(2)

Tiada ketetapan boleh diluluskan oleh Lembaga berhubung dengan apa-apa perkara dalam kuasa Senat, tetapi Lembaga boleh menghantar pendapatnya kepada Senat mengenai apa-apa perkara dalam

“Fungsi dan kuasa

Lembaga

P.U. (A) 286 11

kuasa Senat, bagi pertimbangan Senat.

(3)

Sebagai tambahan kepada fungsi dan kuasa di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah—

(a)

mengadakan perancangan pengawasan yang strategik yang bercirikan pendidikan dan misi

Universiti;

(b)

menggalakkan pengurusan yang cekap dan berkesan dan mengadakan kajian semula yang menyeluruh mengenai operasi Universiti;

(c)

membangunkan hubungan dengan masyarakat, sektor korporat dan industri;

(d)

memupuk hubungan global dan keantarabangsaan berhubung dengan pelajaran tinggi dan penyelidikan;

(e)

memastikan pelaksanaan

Perlembagaan, undang-undang dan dasar Universiti dan untuk memastikan bahawa tiap-tiap Pihak Berkuasa,

Jawatankuasa, pegawai atau jawatankuasa sentiasa bertindak menurut kuasanya dan bidang tugasnya.”.

Seksyen baharu 19A

Section 19 — PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017