Malaysia legislation
Section 19A
of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017
Seksyen 19A
(2)
Lembaga hendaklah memilih mana-mana ahlinya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
(3)
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi ahli sesuatu jawatankuasa.
(4)
Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
(5)
Pelantikan mana-mana ahli sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga, dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.
(6)
Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga.
(7)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keahlian sesuatu jawatankuasa.
(8)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh
Lembaga.
(9)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.
(10)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
(a)
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
P.U. (A) 286 13
(b)
salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga secepat yang dapat dilaksanakan.
(11)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(12)
Ahli sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11) boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Lembaga.
(13)
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.”.
Pindaan seksyen 20