Malaysia legislation
Section 23
of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017
Seksyen 23
(1)
Jawatankuasa Pemilih bagi maksud pelantikan ke sesuatu kursi dan pelantikan atau kenaikan pangkat ke jawatan profesor kanan, profesor dan pegawai yang disebut dalam seksyen 13 hendaklah terdiri daripada—
(a)
Naib Canselor, yang hendaklah menjadi pengerusi;
(b)
dua ahli Lembaga yang dilantik oleh Lembaga;
(c)
Penolong Naib Canselor, Dekan atau ketua Kolej, Pusat
Pengajian, Fakulti, Pusat, Akademi atau Institut yang baginya kursi atau jawatan itu diuntukkan; dan
“Jawatankuasa
Pemilih
P.U. (A) 286 22
(d)
dua ahli Senat yang dilantik oleh Senat.
(2)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), Jawatankuasa Pemilih hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh Naib Canselor dan mesyuarat itu hendaklah dipengerusikan oleh
Naib Canselor.
(3)
Apabila dibuat keputusan untuk mengisi sesuatu jawatan kecuali jawatan bagi sesuatu kursi dan pelantikan atau kenaikan pangkat ke jawatan profesor kanan, profesor dan pegawai yang disebut dalam seksyen 13, Lembaga boleh, atas syor Naib Canselor, melantik
Jawatankuasa Pemilih yang berlainan bagi pelantikan yang berlainan dan
Jawatankuasa Pemilih yang dipanggil bermesyuarat bagi maksud itu hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor atau seorang pegawai kanan atau, jika Timbalan Naib Canselor atau pegawai kanan itu tidak ada atas apa-apa alasan, oleh seorang ahli yang dipilih oleh ahli yang hadir dalam mesyuarat itu.
(4)
Jika Timbalan Naib Canselor atau pegawai kanan yang disebut dalam subseksyen (3) tidak ada, ahli yang dipilih di bawah subseksyen
(3)
hendaklah, bagi maksud mesyuarat yang dipengerusikannya dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu, disifatkan sebagai pengerusi bagi mesyuarat Jawatankuasa Pemilih itu.
(5)
Penyertaan pakar luar dalam membuat pelantikan boleh ditetapkan melalui Statut.”.
Seksyen baharu 23A