Malaysia legislation
Section 28A
of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017
Seksyen 28A
(2)
Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah ditubuhkan daripada kalangan orang ternama dari dalam atau luar Universiti yang bukanlah pegawai, pekerja atau ahli Pihak Berkuasa yang berkenaan.
(3)
Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli lain.
(4)
Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
(5)
Keputusan Panel Penyelesaian Pertikaian adalah muktamad dan konklusif dan hendaklah mengikat pihak-pihak kepada pertikaian itu.”.
Pindaan seksyen 29 27.
Seksyen 29 Perlembagaan dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (f)
perenggan yang berikut:
“(fa)
pengurusan Kampus Cawangan yang terletak di luar Malaysia;”.
Pindaan seksyen 30 28.
Seksyen 30 Perlembagaan dipinda—
(a)
dalam perenggan (3)(a), dengan menggantikan perkataan “Dekan Fakulti atau Dekan Sekolah” dengan perkataan “Penolong Naib Canselor atau
Dekan Kolej, Pusat Pengajian atau Fakulti”; dan
(b)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
P.U. (A) 286 26
“(3)
Sesuatu cadangan bagi sesuatu Statut baharu, atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Statut, mengenai mana-mana perkara yang berikut, iaitu:
(a)
kuasa dan kewajipan Penolong Naib Canselor atau Dekan sesuatu Kolej, Pusat Pengajian,
Fakulti atau ketua Pusat, Akademi dan
Institut;
(b)
keanggotaan, kuasa, kewajipan dan tatacara
Senat, Kolej, Pusat Pengajian, Fakulti, Pusat,
Akademi,
Institut atau
Jawatankuasa
Pengajian;
(c)
penetapan ijazah, diploma, dan kepujian akademik lain yang hendak diberikan oleh
Universiti;
(d)
pengurusan perpustakaan; dan
(e)
segala perkara lain dalam bidang kuasa Senat di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana
Statut, tidak boleh dikemukakan kepada Canselor tanpa keizinan bertulis
Senat.”.
Pindaan seksyen 31