Malaysia legislation
Section 37
of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017
Seksyen 37
Pindaan seksyen 52
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1)
Pelajar berdaftar Universiti, selain pelajar luar, hendaklah pada kesemuanya menjadi suatu badan yang dinamai
Kesatuan Pelajar-Pelajar Universiti (kemudian daripada ini dalam
Perlembagaan ini disebut “Kesatuan”).”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1A) Lembaga boleh membuat peraturan-peraturan bagi penjalanan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan bagi segala perkara yang berhubungan dengannya.”;
(c)
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “Persatuan” dengan perkataan “Kesatuan”;
P.U. (A) 286 30
(d)
dengan menggantikan perenggan (2)(a) dengan perenggan yang berikut:
“(a)
pelajar berdaftar setiap Kolej, Pusat Pengajian, Fakulti,
Pusat, Akademi dan Institut hendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Penolong Naib Canselor atau Dekan Kolej, Pusat Pengajian, Fakulti atau ketua Pusat,
Akademi atau
Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, beberapa pelajar berdaftar yang sama bilangannya masing-masing daripada
Kolej,
Pusat
Pengajian, Fakulti, Pusat, Akademi dan Institut itu untuk menjadi wakil dalam MPP, sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor; dan”;
(e)
dalam perengan 2(a)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “setiap” perkataan
“Kampus Cawangan,”;
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan
“dijalankan oleh”
perkataan “ketua Kampus atau”;
(iii)
dalam teks bahasa Inggeris, dengan memasukkan selepas perkataan “respective” perkataan “Branch Campus,”; dan
(iv)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas perkataan “sama bilangannya masing-masing daripada” perkataan
“Kampus Cawangan,”;
(f)
dengan memotong subseksyen (9);
(g)
dengan memotong subseksyen (11);
P.U. (A) 286 31
(h)
dalam subseksyen (12)—
(i)
dengan menomborkan semula subseksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (11); dan
(ii)
dengan menggantikan subseksyen (11) sebagaimana yang dinomborkan semula dengan subseksyen yang berikut:
“(11)
Kesatuan atau
MPP tidak boleh menyenggarakan apa-apa kumpulan wang atau membuat apa-apa pemungutan wang atau harta dari apa-apa jua punca pun, tetapi apa-apa belanja yang berpatutan yang boleh dilakukan oleh MPP dengan terlebih dahulu dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor boleh dibayar oleh Universiti jika tuntutan bertulis yang berpatutan yang disokong dengan resit dan baucar dikemukakan oleh MPP kepada Naib Canselor dan diluluskan oleh Naib Canselor.”;
(i)
dengan memotong subseksyen (13), (14) dan (15);
(j)
dalam subseksyen (16)—
(i)
dengan menomborkan semula subseksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (12); dan
(ii)
dengan menggantikan subseksyen (12) sebagaimana yang dinomborkan semula dengan subseksyen yang berikut:
“(12) Bendahari hendaklah menyimpan akaun MPP dengan sepatutnya dan tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhir tiap-tiap tahun kewangan, iaitu suatu tahun kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, suatu salinan
P.U. (A) 286 32
akaun tersebut yang diaudit oleh seorang yang dilantik oleh
Lembaga hendaklah dikemukakan oleh MPP kepada Lembaga untuk diluluskan.”; dan
(k)
dengan menomborkan semula subseksyen (17) yang sedia ada sebagai subseksyen (13);
(l)
dalam subseksyen (18)—
(i)
dengan menomborkan semula subseksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (14); dan
(ii)
dengan menggantikan subseksyen (14) sebagaimana yang dinomborkan semula dengan subseksyen yang berikut:
“(14) (a)
Bagi maksud seksyen ini—
“pelajar berdaftar” ertinya seseorang pelajar yang mengikuti kursus pengajian di Universiti untuk suatu ijazah atau diploma termasuk diploma lepas ijazah, tetapi tidak termasuk seorang pelajar luar;
“pelajar luar”
ertinya seseorang pelajar berdaftar di Kampus di luar Malaysia atau seseorang pelajar yang mengikuti suatu program jangka pendek, sambilan, pembelajaran jarak jauh, program pertukaran atau bersekutu, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
“peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian untuk memutuskan markah atau gred bagi sesuatu kursus tertentu atau sebahagian daripada kursus tertentu.
P.U. (A) 286 33
(b)
Seorang pelajar berdaftar hendaklah terhenti menjadi pelajar berdaftar di bawah seksyen ini—
(i)
apabila disiarkan keputusan peperiksaan akhir bagi kursus pengajian itu, jika dia lulus peperiksaan itu; atau
(ii)
apabila disiarkan keputusan mana-mana peperiksaan bagi kursus pengajian itu, jika dia gagal dalam peperiksaan itu, sehingga dia, kemudiannya, didaftarkan sekali lagi bagi kursus pengajian itu atau kursus pengajian lain yang berkenaan dengan seseorang pelajar berdaftar di bawah seksyen ini.”.
Pindaan seksyen 53