Malaysia legislation

Section 48

of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017

Seksyen 48

(1)

Semua orang yang diambil atau akan diambil kerja oleh

Universiti sebagai pemegang kursi, profesor kanan, profesor, Pendaftar,

Bursar, Ketua Pustakawan atau Penasihat Undang-Undang, hendaklah dilantik sebagai yang demikian oleh Lembaga mengikut nasihat

Jawatankuasa Pemilih.

(2)

Semua orang yang diambil atau akan diambil kerja oleh

Universiti kecuali orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada mana-mana kaedah-kaedah atau Statut, dilantik oleh

Jawatankuasa Pengurusan Universiti mengikut nasihat Jawatankuasa

Pemilih.

(3)

Tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Universiti hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan terma dan syarat yang akan ditetapkan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai termasuk peruntukan—

(a)

berhubung dengan kewajipan mengajar, memeriksa, menyelia dan kewajipan lain yang seumpamanya, bahawa kerjanya adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan kepada peruntukan semua Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa; dan

(b)

berhubung dengan semua terma dan syarat perkhidmatan yang lain, bahawa kerjanya adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini

“Pelantikan guru dan pekerja

P.U. (A) 286 29

dan kepada peruntukan semua

Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa pada tarikh dia mula bekerja.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini melarang Lembaga membuat apa-apa kontrak khas dengan seseorang yang hendak diambil kerja sedemikian oleh Universiti jika Lembaga berpendapat suai manfaat berbuat demikian.”.

Pindaan seksyen 50

Section 48 — PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017