Malaysia legislation

Section 7

of PERINTAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2023

Seksyen 7

Segala kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan tanggungan yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini adalah kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan tanggungan

Universiti Malaysia Pahang hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa

Perintah ini, diturunkan kepada Universiti.

Peletakhakan tanah, harta dan aset pada Universiti 8.

Segala tanah, harta dan aset yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini terletak hak pada atau dirizabkan bagi Universiti Malaysia Pahang atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, terletak hak pada atau dirizabkan bagi Universiti atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya tanpa apa-apa pemindahan, pemindahhakan atau penyerahhakan.

5

Penerusan tindakan dan prosiding 9.

(1)

Apa-apa tindakan atau prosiding yang dimulakan atau belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini oleh atau terhadap

Universiti Malaysia Pahang atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak

Universiti Malaysia Pahang hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa

Perintah ini, diteruskan oleh atau terhadap Universiti sebagaimana ia sepatutnya dimulakan oleh atau terhadap Universiti Malaysia Pahang atau orang itu.

(2)

Apa-apa tindakan yang dimulakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini yang baginya kausa tindakan terakru sebelum tarikh kuat kuasa

Perintah ini hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, diteruskan seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.

Penerusan undang-undang 10.

Semua perundangan subsidiari yang dibuat berhubung dengan

Universiti Malaysia Pahang yang berkuat kuasa sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Perintah ini hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, terus berkuat kuasa dan disifatkan telah dibuat berhubung dengan Universiti sehingga dipinda, diubah atau dibatalkan.

Notis, arahan, keputusan, dsb. yang sedia ada 11.

Apa-apa notis, arahan, keputusan, surat pekeliling, dasar, dan peraturan-peraturan pentadbiran dan kewangan yang telah dikeluarkan, diberikan atau dibuat oleh Universiti Malaysia Pahang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini di bawah mana-mana undang-undang bertulis hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, disifatkan telah dikeluarkan, diberikan atau dibuat oleh Universiti.

Penerusan perkhidmatan 12.

Semua orang yang telah dilantik atau diambil kerja oleh

Universiti Malaysia Pahang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, disifatkan telah dilantik atau diambil kerja oleh Universiti.

6

Pelajar Universiti 13.

Semua pelajar yang telah diterima masuk untuk mengikuti kursus pengajian di Universiti Malaysia Pahang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, disifatkan telah diterima masuk di Universiti.

Penerusan Kesatuan Pelajar-Pelajar Universiti 14.

(1)

Kesatuan

Pelajar-Pelajar

Universiti yang ditubuhkan di bawah

Universiti Malaysia Pahang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini disifatkan telah ditubuhkan di bawah Universiti.

(2)

Pelajar-pelajar yang menjadi ahli Kesatuan Pelajar-Pelajar Universiti di bawah Universiti Malaysia Pahang hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, setakat yang mereka layak menjadi pelajar berdaftar di bawah subseksyen 57(14) Perlembagaan, kekal menjadi ahli Kesatuan Pelajar-Pelajar Universiti di bawah Universiti.

(3)

Ahli yang dipilih untuk memegang jawatan dalam

Kesatuan

Pelajar-Pelajar Universiti di bawah Universiti Malaysia Pahang hendaklah, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, disifatkan telah dipilih memegang jawatan dalam Kesatuan Pelajar-Pelajar Universiti di bawah Universiti.

Dibuat 23 Mac 2023

[KPT.PUU(S).100-1/21/4 (6); PN(PU2)75Q/IV]

Dengan Titah Perintah,

DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

Menteri Pengajian Tinggi

[Akan dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen menurut subseksyen 6(2)

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971]

7

UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (INCORPORATION)

(AMENDMENT) ORDER 2023

Section 7 — PERINTAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2023