Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (PERBADANAN) (PINDAAN) 2025
Seksyen 2
Pindaan perenggan 2
dipinda dalam perenggan 2—
(a)
dengan menggantikan subperenggan (1) dengan subperenggan yang berikut:
“(1)
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Institusi Pelajaran Tinggi yang mempunyai taraf Universiti yang menjadi suatu pertubuhan perbadanan bagi maksud mengadakan, memajukan dan mengembangkan pelajaran tinggi dalam bidang Pemuliharaan Biodiversiti dan Alam Sekitar,
Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Kreatif, Kelestarian Transformasi
Komuniti dan bidang lain yang perlu serta mengadakan penyelidikan dan pengumpulan dan pemajuan pengetahuan dan penyebaran pengetahuan itu dalam bidang pengajian itu”;
(b)
dalam subperenggan
(2)
, dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “Yayasan pelajaran tinggi” dengan perkataan “Institusi Pelajaran Tinggi”; dan
P.U. (A) 349 3
(c)
dengan menggantikan subperenggan (3) dengan subperenggan yang berikut:
“(3)
Tapak Universiti Malaysia Sarawak adalah bertempat di Lot 2309 (Kampus Timur), Lot 15697, Lot 15698 dan Lot 15699,
Blok 26, Daerah Tanah Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia.”.
Dibuat 2 September 2025
[KPT.PUU(S).100-1/21/1(15), PN(PU2)75G/IV]
Dengan Titah Perintah
SENATOR DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABD KADIR
Menteri Pendidikan Tinggi
[Akan dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen menurut subseksyen 6(2)
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971]
P.U. (A) 349 4
UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (INCORPORATION) (AMENDMENT) ORDER 2025