Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA HAD MASA 1953) 2017

Seksyen 4

Pemansuhan, kecualian dan peralihan

(1)

Ordinan Had Masa 1952 [Sabah Bab 72] (kemudian daripada ini disebut

“Ordinan yang dimansuhkan”), dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Labuan, dimansuhkan.

(2)

Apa-apa surat cara yang dilaksanakan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa dan yang menyentuh apa-apa urusan yang dibenarkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Ordinan yang dimansuhkan seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.

P.U. (A) 330 3

(3)

Mana-mana guaman atau prosiding yang masih belum selesai atau yang telah dimulakan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah Ordinan yang dimansuhkan seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.

Section 4 — PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA HAD MASA 1953) 2017