Skip to content
P.U. (A)In force

Perisytiharan Oleh Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2016
Sections
1

Perisytiharan Oleh Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 350 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.

Opening note

Preamble

  1. BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja: DAN

Opening note

Preamble

  1. BAHAWASANYA menurut peruntukan

Jadual

Jadual

Ketiga kepada

Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah mengisytiharkan BETA dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong:

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN BETA, SULTAN MUHAMMAD V, DENGAN INI

MENGISYTIHARKAN bahawa BETA pada hari ini telah memegang jawatan

Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat Sumpah yang dikehendaki oleh

Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu.

DIPERBUAT di Istana BETA, Istana Negara, di Ibu Negara BETA di Kuala Lumpur pada tiga belas haribulan Disember dalam tahun dua ribu enam belas.

Dengan Titah Perintah Seri Paduka Baginda,

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.