Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(1)
Maka hendaklah ada seorang Naib Canselor yang hendaklah dilantik oleh
Menteri selama tempoh tiga tahun, atas nasihat jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 4A Akta dan selepas berunding dengan Lembaga.
(2)
Setelah habis tempoh pelantikan itu, seseorang Naib Canselor layak untuk dilantik semula.
(3)
Menteri boleh menamatkan pelantikan Naib Canselor pada bila-bila masa dan hendaklah menyatakan sebab bagi penamatan itu.
(4)
Naib Canselor hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif dan hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan fungsi pentadbiran, akademik dan pengurusan dan
26
hal ehwal hari ke hari Universiti dan hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga dan Senat.
(5)
Naib Canselor hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, menjalankan pengawasan am ke atas semua perkiraan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di Universiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini dan mana-mana statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan.
(6)
Tempoh jawatan dan syarat lain perkhidmatan bagi Naib Canselor hendaklah ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, dan hendaklah mengikat Universiti.
(7)
Hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang Timbalan Naib Canselor yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, daripada kalangan orang yang layak dan patut dari dalam atau luar Universiti, atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, dan Universiti hendaklah terikat dengan pelantikan, terma dan syarat itu.
(8)
Jika bagi sesuatu tempoh yang lama, jawatan Naib Canselor kosong, atau
Naib Canselor tidak berupaya oleh sebab sakit, cuti atau apa-apa sebab lain untuk menjalankan mana-mana daripada fungsi jawatannya, Timbalan Naib Canselor atau, jika ada lebih daripada seorang Timbalan Naib Canselor, mana-mana seorang daripada mereka sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri hendaklah menjalankan fungsi itu;
dan sekiranya semua jawatan Timbalan Naib Canselor kosong atau semua Timbalan
Naib Canselor, tidak berupaya oleh sebab sakit, cuti atau apa-apa sebab lain, Menteri hendaklah membuat apa-apa perkiraan sementara yang difikirkannya patut bagi penjalanan fungsi itu.
27
Ketua Kampus Cawangan