Malaysia legislation

Section 14

of PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Seksyen 14

(1)

Jika suatu Kampus Cawangan ditubuhkan di bawah subseksyen 12(1)

Akta, maka hendaklah ada seorang ketua Kampus Cawangan yang hendaklah dilantik—

(a)

oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri, sekiranya

Kampus Cawangan di dalam Malaysia; atau

(b)

oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, sekiranya

Kampus Cawangan di luar Malaysia.

(2)

Ketua Kampus Cawangan boleh dikenali dengan apa-apa nama lain yang ditetapkan oleh Menteri.

(3)

Tempoh jawatan dan syarat lain perkhidmatan ketua Kampus Cawangan yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa pelantikan selepas berunding dengan Naib Canselor.

(4)

Ketua Kampus Cawangan hendaklah menjadi pegawai eksekutif, pentadbiran dan akademik utama Kampus Cawangan itu dan hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor.

Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman 15.

(1)

Hendaklah ada seorang Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat

Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman yang hendaklah menjadi pegawai sepenuh masa Universiti dan mempunyai kuasa dan kewajipan yang ditetapkan melalui statut.

(2)

Jawatan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang,

Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman boleh dikenali dengan apa-apa nama lain yang ditentukan oleh Lembaga.

28

(3)

Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang,

Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah dilantik oleh Lembaga mengikut nasihat Jawatankuasa Pemilih.

(4)

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, terma dan syarat lain pelantikan bagi Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang,

Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah ditetapkan oleh Lembaga.

Dekan, ketua dan pegawai lain

Section 14 — PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA