Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(1)
Pelantikan ahli Lembaga, kecuali ahli yang dilantik di bawah perenggan 18(1)(e), hendaklah dibuat oleh Menteri bagi tempoh tiga tahun dengan syarat bahawa
Menteri boleh menamatkan pelantikan itu dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.
(2)
Setelah habis tempoh pelantikan itu, ahli Lembaga itu layak dilantik semula.
(3)
Pelantikan ahli di bawah perenggan 18(1)(c), (d) dan (f) hendaklah dibuat oleh Menteri selepas berunding dengan Pengerusi Lembaga.
(4)
Tempoh ahli yang dilantik di bawah perenggan 18(1)(e) hendaklah selama tempoh keanggotaannya dalam Senat.
(5)
Pendaftar hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga.
(6)
Pengerusi dan empat ahli lain tidak termasuk ahli ex-officio Lembaga hendaklah membentuk kuorum bagi apa-apa mesyuarat Lembaga.
(7)
Ahli Lembaga hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun yang ditentukan oleh Menteri.
31
(8)
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, mengundang wakil kesatuan atau persatuan pekerja pentadbiran Universiti, dan wakil Dewan Perundingan Pelajar untuk menghadiri mesyuarat Lembaga.
(9)
Tertakluk kepada Perlembagaan ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi