Malaysia legislation

Section 2

of PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Seksyen 2

Tafsiran

(1)

Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ahli akademik” ertinya seseorang yang dilantik menjadi pengajar atau penyelidik oleh Lembaga mengikut Perlembagaan ini, dan termasuklah profesor, profesor madya, fellow penyelidikan, fellow, penolong profesor, pensyarah kanan, pensyarah, penolong pensyarah, guru bahasa dan tutor;

“Akta” ertinya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30];

“Alumni Universiti” ertinya Alumni Universiti yang ditubuhkan mengikut seksyen 36;

“Bursar” ertinya ketua pegawai kewangan Universiti, dengan apa nama jua pun dipanggil, dilantik di bawah subseksyen 15(3);

8

“Dewan Perundingan Pelajar” ertinya satu forum yang ditubuhkan mengikut seksyen 64;

“fellow pascakedoktoran” dalam konteks subseksyen 76(4) ertinya seseorang di bawah kontrak bagi perkhidmatan dengan Universiti bagi melaksanakan fungsi penyelidikan sebagaimana yang ditetapkan oleh Universiti;

“Hari Penubuhan” ertinya tarikh mula berkuat kuasa Perintah Perbadanan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 6 Akta;

“Jawatankuasa Pengurusan Universiti” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;

“Juruaudit Dalaman” ertinya pegawai Universiti sepenuh masa yang dilantik di bawah subseksyen 15(3);

“Kampus Cawangan” ertinya kampus yang ditubuhkan di bawah perenggan 12(1)(c) Akta yang merupakan tempat atau lokasi tambahan kepada Kampus dalam

Universiti dan mempunyai Ketua Cawangan mengikut seksyen 14;

“Ketua Pustakawan” ertinya ketua perpustakaan atau pusat sumber maklumat

Universiti, dengan apa nama jua pun dipanggil, dilantik di bawah subseksyen 15(3);

“Konvokesyen” ertinya Konvokesyen yang diadakan mengikut seksyen 75;

“kursi” ertinya jawatan profesor sebagai pemegang kursi;

“Lembaga” ertinya Lembaga Gabenor Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 18;

9

“Majlis Perwakilan Pelajar” ertinya badan perwakilan pelajar yang dipilih mengikut seksyen 70;

“Pegawai” ertinya Canselor, Pro-Canselor, Naib Canselor, Timbalan Naib

Canselor, ketua Kampus Cawangan, Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat

Undang-Undang, Pegawai Aduan, Juruaudit Dalaman, Dekan Fakulti atau Pusat

Pengajian, ketua Institut, ketua Pusat Akademik, ketua Pusat Penyelidikan atau ketua

Akademi atau pemegang apa-apa jawatan yang diwujudkan melalui statut atau selainnya;

“Pegawai Aduan” ertinya pegawai Universiti sepenuh masa yang dilantik di bawah subseksyen 15(3);

“pekerja” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh Universiti di bawah

Perlembagaan ini atau mana-mana statut;

“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di institusi bersekutu dengan Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, pra-ijazah, pascaijazah atau pascakedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau daripada Universiti dan termasuk pelajar pengajian jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;

“Penasihat Undang-Undang” ertinya pegawai undang-undang utama Universiti yang dilantik di bawah subseksyen 15(3);

“Penaung” ertinya Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan fungsinya di bawah seksyen 10;

“Pendaftar” ertinya ketua pegawai pentadbir Universiti dengan apa jua nama dipanggil yang dilantik di bawah subseksyen 15(3);

10

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 19(1);

“pensyarah pelatih” dalam konteks subseksyen 76(4) ertinya seseorang di bawah kontrak bagi perkhidmatan dengan Universiti untuk melanjutkan pengajian siswazah di bawah skim latihan akademik untuk berkhidmat sebagai ahli akademik

Universiti pada masa hadapan mengikut terma dan syarat kontrak;

“Perlembagaan” ertinya Perlembagaan Universiti Sains Malaysia;

“Pihak Berkuasa” ertinya mana-mana Pihak Berkuasa Universiti yang disebut dalam seksyen 17, dan termasuk mana-mana Pihak Berkuasa yang ditubuhkan melalui statut;

“statut”, “kaedah-kaedah” dan “peraturan-peraturan” ertinya statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat mengikut Perlembagaan ini;

“Universiti” ertinya Universiti Sains Malaysia.

(2)

Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai sesuatu seksyen ialah sebutan mengenai sesuatu seksyen dalam Perlembagaan ini.