Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(1)
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang didapatinya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya.
33
(2)
Lembaga hendaklah memilih mana-mana ahlinya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
(3)
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi ahli sesuatu jawatankuasa.
(4)
Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
(5)
Pelantikan mana-mana ahli sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa ditamatkan oleh Lembaga, dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.
(6)
Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga.
(7)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keahlian sesuatu jawatankuasa.
(8)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga.
(9)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.
(10)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
(a)
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan 34
(b)
salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga secepat yang dapat dilaksanakan.
(11)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(12)
Ahli sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Lembaga.
(13)
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
(14)
Sebagai tambahan kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik di bawah peruntukan-peruntukan lain
Akta,
Lembaga hendaklah menubuhkan jawatankuasa bagi maksud yang berikut:
(a)
pengurusan harta, aset dan amanah Universiti;
(b)
pengurusan dan pengkomersialan harta intelek Universiti;
(c)
memastikan kelestarian persekitaran dan kesejahteraan masyarakat;
(d)
penilaian, penaksiran dan peningkatan prestasi pekerja Universiti;
dan
(e)
pengurusan program pemacuan bagi kecemerlangan Universiti.
35
Senat