Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(1)
Senat hendaklah terdiri daripada—
(a)
Naib Canselor, yang hendaklah menjadi pengerusi;
(b)
semua Timbalan Naib Canselor;
(c)
semua Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian dan semua ketua
Kampus Cawangan, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi Universiti;
(d)
profesor sepenuh masa yang jumlahnya hendaklah bersamaan dengan jumlah Dekan dan ketua di bawah perenggan (c) yang hendaklah dipilih bagi tempoh tiga tahun oleh semua profesor dan profesor madya sepenuh masa Universiti mengikut subseksyen
(12)
; dan
(e)
tidak lebih daripada lima orang daripada Universiti yang hendaklah dilantik oleh Naib Canselor selama tiga tahun.
(2)
Senat boleh dari semasa ke semasa mengundang mana-mana orang, termasuklah mana-mana pelajar, untuk menghadiri mesyuarat atau sebahagian daripada mesyuarat Senat dan mempunyai hak melihat mana-mana bahagian minit mesyuarat sebagaimana yang diluluskan oleh Senat.
(3)
Dalam masa ketidakhadiran Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal akademik hendaklah mempengerusikan mesyuarat Senat dan semasa ketidakhadiran Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal akademik, mana-mana Timbalan Naib
Canselor yang dipilih oleh Senat hendaklah mempengerusikan mesyuarat Senat.
36
(4)
Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang hendaklah menjadi ahli ex-officio tetapi tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat
Senat.
(5)
Pendaftar hendaklah menjadi Setiausaha Senat.
(6)
Kuorum bagi Senat hendaklah satu pertiga daripada keseluruhan ahlinya yang layak untuk mengundi.
(7)
Senat adalah menjadi badan akademik bagi Universiti dan, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, berhak mengawal dan memberikan arahan secara am mengenai pengajaran, penyelidikan dan peperiksaan dan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain.
(8)
Sebagai tambahan kepada fungsi dan kuasa di bawah perenggan 4(3)(b)
dan (c) dan subseksyen (7), Senat hendaklah melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa yang berikut:
(a)
untuk menubuhkan Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat
Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi dan jabatan, unit atau badan di bawah Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik,
Pusat Penyelidikan dan Akademi itu;
(b)
dengan keizinan Lembaga, untuk memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah menyumbang terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan atau yang telah memberi khidmat awam yang cemerlang;
37
(c)
untuk membentuk dasar dan kaedah pengajaran, pembelajaran, peperiksaan, penyelidikan, biasiswa dan latihan yang dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;
(d)
untuk memastikan standard pendidikan dalam kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
(e)
untuk menentukan kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan berkenaan dengan apa-apa kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau hendak dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;
(f)
untuk menentukan kelayakan yang dikehendaki bagi diterima masuk ke dalam mana-mana kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
(g)
untuk mengawal selia penjalanan penilaian dan peperiksaan, mengesahkan keputusan peperiksaan dan menentukan rayuan;
(h)
untuk menggubal dasar untuk melindungi kebebasan akademik dan kecemerlangan profesional; dan
(i)
untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah
Perlembagaan ini.
(9)
Dalam melaksanakan kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya, Senat boleh mewakilkan mana-mana daripada kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya kepada ahlinya dan boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahlinya bagi membantu dalam melaksanakan kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya.
38
(10)
Senat hendaklah mempertimbangkan apa-apa perkara yang dihantar kepadanya oleh Lembaga di bawah subseksyen 21(2).
(11)
Apa-apa pertikaian antara Senat dengan Lembaga mengenai ruang lingkup dan takat fungsi atau kuasa mereka boleh dirujukkan oleh salah satu pihak kepada Menteri mengikut seksyen 40.
(12)
Bagi maksud pemilihan ke Senat di bawah perenggan 24(1)(d), Naib
Canselor boleh, dari semasa ke semasa, mewujudkan kelompok akademik; menetapkan mana-mana Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan
Akademi kepada kelompok tertentu dan memperuntukkan jumlah kerusi Senat yang dipegang oleh setiap kelompok.
Jawatankuasa Senat