Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(1)
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang hendaklah terdiri daripada―
(a)
Naib Canselor, yang hendaklah menjadi pengerusi;
(b)
semua Timbalan Naib Canselor;
(c)
semua ketua Kampus Cawangan;
(d)
Pendaftar;
(e)
Bursar;
(f)
Ketua Pustakawan;
(g)
Penasihat Undang-Undang; dan
(h)
mana-mana pekerja kanan lain Universiti yang dilantik oleh Naib
Canselor.
(2)
Jawatankuasa Pengurusan Universiti hendaklah menasihati Naib Canselor berhubung dengan fungsi pentadbiran dan pengurusannya.
40
Jawatankuasa Pengurusan Kampus Cawangan