Malaysia legislation

Section 29

of PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Seksyen 29

(1)

Universiti hendaklah dibahagikan kepada beberapa bilangan dan nama―

(a)

Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat

Penyelidikan dan Akademi, dengan apa jua nama dipanggil, yang ditentukan oleh Senat; dan

(b)

apa-apa bilangan dan nama pusat bukan akademik, dengan apa jua nama dipanggil, yang ditubuhkan oleh Lembaga.

(2)

Universiti boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa Pengajian, menubuhkan jabatan atau unit atau badan lain berkenaan dengan sesuatu Fakulti, Pusat

Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi.

(3)

Sesuatu Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat

Penyelidikan dan Akademi hendaklah bertanggungjawab kepada Senat bagi penyusunan pengajaran dan penyelidikan dalam mata pelajaran pengajian dalam bidang kuasa Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan

41

atau Akademi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan boleh menjalankan apa-apa tugas lain yang diberikan kepadanya oleh statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan.

(4)

Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan pekerja akademik setiap Fakulti atau Pusat Pengajian, melantik seorang Dekan berkenaan dengan setiap satu Fakulti atau Pusat Pengajian dan sekurang-kurangnya seorang Timbalan Dekan dan hendaklah memaklumkan Lembaga tentang pelantikan itu secepat yang mungkin.

(5)

Dekan hendaklah menjadi pengerusi Fakulti atau Pusat Pengajian dan hendaklah menjalankan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepadanya oleh statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan dan jika Dekan tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebab lain, adalah sah bagi

Timbalan Dekan atau mana-mana ahli akademik kanan lain yang dilantik oleh Naib

Canselor untuk menjalankan kewajipan Dekan itu selama tempoh ketidakupayaan itu.

(6)

Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan pekerja akademik setiap Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi, mempunyai kuasa untuk melantik seorang ketua bagi tiap-tiap satu Institut, Pusat Akademik, Pusat

Penyelidikan atau Akademi, dan ketua tersebut hendaklah diberikan gelaran yang ditetapkan oleh statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan; dan jika ketua sesuatu

Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan atau Akademi tidak berupaya menjalankan kewajipannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebab lain, Naib Canselor boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh statut, melantik mana-mana ahli akademik kanan untuk menjalankan kewajipan itu selama tempoh ketidakupayaan itu.

(7)

Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan pekerja pusat bukan akademik, mempunyai kuasa untuk melantik seorang ketua bagi tiap-tiap satu pusat bukan akademik, dan seseorang ketua itu hendaklah diberikan gelaran yang ditentukan oleh Lembaga; dan jika ketua sesuatu pusat bukan akademik itu tidak berupaya menjalankan kewajipannya oleh sebab ketidakhadirannya atau apa-apa sebab lain, Naib

42

Canselor boleh melantik mana-mana pegawai kanan untuk menjalankan kewajipan itu selama tempoh ketidakupayaan itu.

(8)

Seseorang Dekan, seseorang Timbalan Dekan sesuatu Fakulti atau Pusat

Pengajian, ketua sesuatu Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan atau Akademi dan ketua pusat bukan akademik yang dilantik di bawah subseksyen (4), (5), (6) atau

(7)

mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilantik selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, tetapi layak dilantik semula.

(9)

Walau apa pun subseksyen (8), Naib Canselor boleh, jika difikirkannya patut menamatkan apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (4), (5), (6)

atau (7) pada bila-bila masa dalam tempoh pelantikan itu dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.

Majlis Akademik Fakulti, dsb.