Malaysia legislation

Section 3

of PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Seksyen 3

(1)

Universiti Sains Malaysia ialah pertubuhan perbadanan yang sama yang ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti di Pulau

Pinang 1971 [P.U. (A) 383/1971] dan Perlembagaan Universiti Sains Malaysia

[P.U. (A) 107/1998].

11

(2)

Walaupun Perlembagaan Universiti Sains Malaysia dimansuhkan oleh seksyen 83, pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan yang dimansuhkan di bawah nama “Universiti Sains Malaysia” dan Canselor, Pro-Canselor,

Naib Canselor, Lembaga dan Senat yang ditubuhkan dalamnya hendaklah terus wujud di bawah dan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini.

(3)

Universiti Sains Malaysia hendaklah kekal turun-temurun, dan terus mempunyai kuasa penuh di bawah nama itu—

(a)

untuk membawa guaman dan dibawa guaman dalam semua mahkamah;

(b)

untuk mempunyai dan menggunakan suatu meterai perbadanan dan dari semasa ke semasa memecahkan, menukar, mengubah dan membaharui meterai itu yang difikirkannya patut;

(c)

bagi maksud Perlembagaan ini, dan tertakluk kepada statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan untuk membeli apa-apa harta sama ada harta alih atau harta tak alih, dan mengambil, menerima dan memegang apa-apa harta tersebut yang mungkin terletak hak padanya oleh sebab pembelian itu, atau menurut apa-apa pertukaran, pemberian, derma, pajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;

(d)

untuk menjual, menggadaijanjikan, memajakkan, menukar atau selainnya melupuskan mana-mana harta itu; dan

(e)

untuk menjalankan dan melaksanakan mengikut peruntukan

Perlembagaan ini dan peruntukan statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, semua kuasa dan kewajipan yang diberikan

12

atau dipertanggungkan ke atas Universiti oleh peruntukan sedemikian.

Kuasa Universiti