Malaysia legislation

Section 30

of PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Seksyen 30

(1)

Setiap Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat

Penyelidikan dan Akademi hendaklah menubuhkan Majlis Akademik yang terdiri daripada―

(a)

Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian itu, atau ketua Institut, Pusat

Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi itu sebagai pengerusi;

(b)

semua Timbalan Dekan dan pengerusi program akademik dan penyelidikan; dan

(c)

semua ahli akademik sepenuh masa Fakulti, Pusat Pengajian,

Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi itu.

(2)

Kuorum bagi Majlis Akademik hendaklah satu pertiga daripada ahli Majlis

Akademik.

43

(3)

Majlis Akademik boleh dari semasa ke semasa mengundang mana-mana orang, termasuklah mana-mana pelajar, untuk menghadiri mesyuarat atau sebahagian daripada mesyuarat Majlis Akademik dan mempunyai hak untuk melihat mana-mana bahagian minit mesyuarat yang dibenarkan oleh Majlis Akademik.

(4)

Majlis Akademik hendaklah menasihati dan membantu Senat berhubung dengan fungsi Senat di bawah Perlembagaan ini.

Jawatankuasa Pengurusan Fakulti, dsb.

Section 30 — PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA