Malaysia legislation

Section 31

of PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Seksyen 31

(1)

Naib Canselor hendaklah melantik Jawatankuasa Pengurusan bagi setiap

Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi.

(2)

Jawatankuasa Pengurusan Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat

Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi hendaklah terdiri daripada Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian itu atau ketua Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan atau

Akademi itu sebagai pengerusi dan ahli lain Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat

Akademik, Pusat Penyelidikan atau Akademi sebagaimana yang dilantik oleh Naib

Canselor.

(3)

Jawatankuasa Pengurusan Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat

Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi hendaklah menasihati Dekan Fakulti atau

Pusat Pengajian atau ketua Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan atau Akademi mengenai fungsi pentadbiran dan pengurusannya dan berhubung dengan pelaksanaan keputusan Universiti.

Jawatankuasa Pengajian 32.

Suatu Jawatankuasa Pengajian boleh dilantik oleh Senat bagi salah satu maksud yang berikut:

(a)

untuk menguruskan perkara berkaitan dengan mana-mana Fakulti, Pusat

Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi; dan 44

(b)

untuk menimbangkan cadangan yang dirujukkan kepadanya oleh Senat bagi penubuhan Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat

Penyelidikan dan Akademi yang baru, dan dalam mana-mana satu hal, Jawatankuasa Pengajian hendaklah membuat laporan mengenainya kepada Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat

Penyelidikan dan Akademi, atau kepada Senat, mengikut kehendak keadaan.

Jawatankuasa Pemilih 33.

(1)

Jawatankuasa Pemilih bagi maksud pelantikan ke sesuatu kursi dan pelantikan atau kenaikan pangkat ke jawatan profesor kanan dan profesor hendaklah terdiri daripada—

(a)

Naib Canselor, yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b)

dua orang ahli Lembaga yang dilantik oleh Lembaga;

(c)

Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian atau ketua Institut, Pusat

Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi yang baginya kursi atau profesor itu diuntukkan; dan

(d)

dua orang ahli Senat yang dilantik oleh Senat.

(2)

Jawatankuasa Pemilih bagi maksud pelantikan atau kenaikan pangkat ke jawatan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai

Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah terdiri daripada―

(a)

Naib Canselor, yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b)

dua orang ahli Lembaga yang dilantik oleh Lembaga; dan 45

(c)

dua orang ahli Senat yang dilantik oleh Senat.

(3)

Jawatankuasa Pemilih bagi mengesyorkan pelantikan atau kenaikan pangkat ahli akademik selain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terdiri daripada―

(a)

Timbalan Naib Canselor yang bertanggungjawab bagi hal ehwal akademik atau semasa ketiadaannya atas apa jua sebab, mana-mana Timbalan Naib Canselor yang dilantik oleh Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b)

dua orang ahli Senat yang dilantik oleh Senat; dan

(c)

Dekan Fakulti atau Pusat Pengajian atau ketua Institut, Pusat

Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi yang baginya ahli akademik itu diuntukkan.

(4)

Jawatankuasa Pemilih bagi mengesyorkan pelantikan atau kenaikan pangkat pekerja Universiti dalam kumpulan pengurusan dan profesional hendaklah terdiri daripada―

(a)

Pendaftar, yang hendaklah menjadi pengerusi; dan

(b)

tiga orang pegawai Universiti yang dilantik oleh Lembaga.

(5)

Jawatankuasa Pemilih bagi mengesyorkan pelantikan atau kenaikan pangkat pekerja Universiti dalam kumpulan sokongan hendaklah terdiri daripada―

(a)

Pendaftar, yang hendaklah menjadi pengerusi; dan 46

(b)

tiga orang pekerja Universiti yang dilantik oleh Lembaga.

(6)

Pengerusi jawatankuasa hendaklah melantik seorang setiausaha daripada kalangan pekerja Universiti.

(7)

Penyertaan pakar luar dalam membuat pelantikan boleh ditetapkan oleh peraturan-peraturan.

Jawatankuasa Kebajikan Pekerja 34.

(1)

Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Kebajikan Pekerja yang hendaklah terdiri daripada—

(a)

seorang ahli Lembaga yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b)

Naib Canselor;

(c)

Pendaftar;

(d)

Bursar; dan

(e)

seorang ahli daripada setiap kesatuan pekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau persatuan pekerja Universiti.

(2)

Jawatankuasa Kebajikan Pekerja hendaklah mempunyai fungsi yang berhubungan dengan kebajikan pekerja yang ditetapkan melalui statut.

Jawatankuasa Kebajikan Pelajar 35.

(1)

Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Kebajikan Pelajar yang hendaklah terdiri daripada—

47

(a)

Naib Canselor, yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b)

seorang ahli Lembaga yang dilantik oleh Lembaga;

(c)

Timbalan Naib Canselor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelajar dan pembangunan pelajar;

(d)

dua orang ahli yang dipilih oleh Dewan Perundingan Pelajar; dan

(e)

mana-mana ahli lain yang dilantik oleh Lembaga.

(2)

Jawatankuasa Kebajikan Pelajar hendaklah mempunyai fungsi yang ditetapkan melalui statut.

Alumni Universiti 36.

(1)

Tertakluk kepada kelulusan Lembaga, adalah sah bagi seramai tidak kurang daripada tiga puluh orang siswazah Universiti menubuhkan suatu persatuan yang dinamakan sebagai Alumni Universiti.

(2)

Alumni Universiti hendaklah dikelolakan dan ditadbirkan mengikut perlembagaannya dan kaedah-kaedah yang dibuat olehnya dan tiada perlembagaan atau kaedah-kaedah yang dibuat itu atau apa-apa pindaannya boleh berkuat kuasa melainkan jika dan sehingga kelulusannya telah diperoleh terlebih dahulu daripada

Lembaga.

(3)

Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan

Alumni Universiti itu suatu Pihak Berkuasa bagi Universiti atau sebagai memberikan apa-apa kuasa kepadanya untuk memilih, sebagai wakilnya kepada Lembaga, orang yang pada masa itu bekerja dengan Universiti sebagai kakitangan akademik dan bukan akademik.

48

Tempoh jawatan bagi ahli Pihak Berkuasa 37.

(1)

Kecuali sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan ini atau oleh mana-mana statut, tempoh jawatan bagi seseorang yang dipilih atau dilantik sebagai ahli sesuatu Pihak Berkuasa, selain ahli ex-officio, ialah tiga tahun:

Dengan syarat bahawa—

(a)

jika orang itu dipilih atau dilantik kerana dia memegang sesuatu jawatan atau kerana dia seorang ahli bagi sesuatu Pihak Berkuasa atau badan yang lain, dia hendaklah terhenti menjadi ahli Pihak

Berkuasa itu jika sebelum habis tempoh jawatannya itu dia terhenti memegang jawatan itu atau menjadi ahli Pihak Berkuasa atau badan itu; dan

(b)

seseorang yang berhenti, apabila habis tempoh jawatannya, boleh dipilih atau dilantik semula jika layak.

(2)

Jika seseorang menjadi ahli ex-officio sesuatu Pihak Berkuasa, seseorang yang dilantik untuk memangku jawatannya itu hendaklah juga menjadi ahli ex-officio

Pihak Berkuasa itu selagi dia memangku jawatan itu dan layak.

(3)

Keputusan Pihak Berkuasa adalah sah walaupun ada kekosongan antara ahlinya.

Mesyuarat 38.

(1)

Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan mesyuarat apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pengerusi Pihak Berkuasa itu.

49

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa dan semasa ketiadaannya ahli Pihak Berkuasa itu hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(3)

Kuorum bagi mesyuarat Pihak Berkuasa, selain Lembaga, hendaklah ditentukan oleh statut.

Lebih suara 39.

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan kepada mana-mana statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, sesuatu soal dalam sesuatu mesyuarat mana-mana Pihak Berkuasa hendaklah diputuskan mengikut undi ahli yang hadir.

(2)

Pengerusi Pihak Berkuasa dan tiap-tiap ahli hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan satu undi setiap seorang, tetapi dalam keadaan bilangan undi sama banyak, pengerusi atau ahli yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan undi pemutus.

Pertikaian 40.

(1)

Apa-apa pertikaian antara Pihak Berkuasa, atau antara seseorang

Pegawai dengan suatu Pihak Berkuasa mengenai ruang lingkup dan takat kuasa, fungsi atau bidang kuasanya boleh dirujukkan oleh salah satu pihak kepada Menteri dan

Menteri boleh memutuskan pertikaian itu sendiri atau melantik suatu Panel

Penyelesaian Pertikaian untuk memutuskan pertikaian itu.

(2)

Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah ditubuhkan daripada kalangan tokoh ternama dari dalam atau luar Universiti yang bukanlah pegawai, pekerja atau ahli

Pihak Berkuasa yang berkenaan.

(3)

Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli lain.

50

(4)

Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

(5)

Keputusan Panel Penyelesaian Pertikaian adalah muktamad dan hendaklah mengikat pihak-pihak kepada pertikaian itu.