Malaysia legislation

Section 4

of PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Seksyen 4

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Universiti hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:

(a)

untuk menyediakan kursus pengajaran, mengadakan peperiksaan, membuat peruntukan bagi penyelidikan, dan mengambil apa-apa langkah lain yang didapati perlu atau mustahak bagi kemajuan dan penyebaran pengetahuan;

(b)

untuk menentukan kriteria dan kelayakan untuk menerima masuk pelajar untuk kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan dan untuk memilih pemohon untuk kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan itu;

(c)

untuk mengiktiraf ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain institusi pengajian tinggi yang lain bagi maksud memasuki kursus pengajian dan peperiksaan Universiti dan juga pengurniaan ijazah yang lebih tinggi kepada pemegang ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain tersebut kepada siswazah Universiti mengikut syarat yang ditetapkan melalui kaedah-kaedah;

(d)

untuk memberikan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain termasuklah ijazah luar yang lain, kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Universiti dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan melalui kaedah-kaedah;

13

(e)

untuk memberikan ijazah kepada ahli akademik Universiti yang telah memenuhi apa-apa kehendak yang ditetapkan melalui kaedah-kaedah;

(f)

untuk mengurniakan anugerah profesor emeritus atau ijazah kehormat kepada orang yang telah memberikan sumbangan terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan atau yang telah memberi khidmat awam yang cemerlang;

(g)

untuk memberikan sijil kepada orang yang telah mencapai kecekapan dalam mana-mana bidang pengetahuan;

(h)

untuk mengadakan kursi, jawatan profesor, jawatan pensyarah dan jawatan lain dan jabatan, dan membuat pelantikan bagi jawatan dan jabatan itu;

(i)

untuk menubuhkan suatu percetakan Universiti dan menerbitkan buku dan bahan lain;

(j)

untuk mendirikan, melengkapkan dan menyelenggarakan perpustakaan, makmal, muzium, dewan kuliah, bangunan tempat tinggal dan segala bangunan lain yang dikehendaki bagi maksud

Universiti, di dalam atau di luar Malaysia;

(k)

untuk mengadakan dan mengurniakan fellowship, biasiswa, bantuan, dermasiswa, pingat, hadiah dan gelaran, kepujian, kurniaan lain dan jenis bantuan lain ke arah kemajuan dan penyebaran pengetahuan;

(l)

untuk mengawal selia dan mengawal, pendapatan dan perolehan

Universiti selain bantuan wang;

14

(m)

untuk menentukan, menuntut dan menerima fi pelajar dan apa-apa fi lain yang boleh ditentukan dari semasa ke semasa melalui peraturan-peraturan dan apa-apa arahan am mengenai pendidikan tinggi di bawah seksyen 3 Akta;

(n)

untuk melabur dalam tanah atau sekuriti (sama ada dibenarkan sebagai pelaburan pemegang amanah atau tidak), apa-apa wang yang terletak hak padanya sebagai derma kekal sama ada bagi maksud am atau maksud khas, atau apa-apa wang lain yang tidak dikehendaki segera bagi perbelanjaan semasa, dengan kuasa untuk mengubah mana-mana pelaburan itu dan mendepositkan dari semasa ke semasa apa-apa wang yang pada masa itu tidak dilaburkan dalam mana-mana bank yang ditubuhkan di Malaysia sama ada dalam akaun deposit tetap atau akaun semasa;

(o)

untuk memberikan pinjaman atau pendahuluan kepada pekerjanya;

(p)

untuk memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya atas apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Lembaga;

(q)

untuk menjalankan penyelidikan yang bersifat komersial bagi pemajuan, penggunaan dan pengkomersialan berkesan dapatan penyelidikannya dan mendaftarkan serta menyenggara paten, cap dagangan dan hak harta intelek yang lain;

(r)

untuk membuat kontrak, melantik pekerja dan menubuhkan apa-apa tabung amanah sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud

Universiti;

15

(s)

untuk mengadakan jawatan dan kedudukan yang dikehendaki bagi menjalankan fungsi pekerja akademik dan sokongan;

(t)

untuk mengawal selia syarat perkhidmatan pekerja Universiti, termasuklah skim perkhidmatan, tangga gaji, insentif, kenaikan pangkat, peminjaman, pertukaran, cuti dan tatatertib;

(u)

untuk menubuhkan skim pencen atau skim persaraan atau skim kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerjanya, dan membuat perkiraan dengan pertubuhan atau orang lain bagi menubuhkan skim itu;

(v)

untuk melantik dan menaikkan pangkat pekerja Universiti dan menimbangkan rayuan daripada mana-mana pekerja yang terkilan dengan penjalanan kuasa untuk melantik dan menaikkan pangkat itu;

(w)

untuk menyediakan dan mengawal selia tempat tinggal dan kebajikan pekerja dan pelajar Universiti;

(x)

tertakluk kepada undang-undang bertulis lain, untuk mengawal selia tatatertib pekerja dan pelajar;

(y)

tertakluk kepada peruntukan Akta dan Perlembagaan ini, untuk membuat, membatal atau meminda apa-apa statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan; dan

(z)

untuk melakukan segala perbuatan dan perkara lain, sama ada bersangkutan atau tidak dengan kuasa yang tersebut di atas yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi dan kuasanya di bawah

Perlembagaan ini.

16

(2)

Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati, dengan tujuan hendak mengekalkan dan memajukan perhubungan luar negeri Malaysia, adalah perlu supaya suatu ijazah kehormat dikurniakan kepada seseorang pembesar luar negeri, atas arahan

Yang di-Pertuan Agong, Universiti hendaklah mengurniakan ijazah itu sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan—

(a)

kuasa di bawah perenggan (1)(h), (i), (j), (l), (m), (n), (o), (p) dan

(r)

hingga (y) hendaklah dijalankan oleh Lembaga;

(b)

kuasa di bawah perenggan (1)(a) hingga (e) dan (g) hendaklah dijalankan oleh Senat; dan

(c)

kuasa di bawah perenggan (1)(f), (k), (q) dan (z) hendaklah dijalankan bersesama oleh Lembaga dan Senat.

Kuasa tambahan Universiti