Malaysia legislation

Section 5

of PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Seksyen 5

(1)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan—

(a)

jika didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, penjalanan kuasa dan pelaksanaan aktiviti Universiti, menyertai penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain bersama-sama dengan, atau selainnya—

(i)

sesuatu perusahaan, syarikat, pengusahaan persendirian atau sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;

17

(ii)

Kerajaan Persekutuan atau Negeri;

(iii)

sesuatu badan atau pihak berkuasa awam;

(iv)

sesuatu suruhanjaya; atau

(v)

seseorang;

(b)

menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah

Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Universiti;

(c)

menubuhkan perbadanan untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi, mengendalikan dan menguruskan apa-apa harta, projek, skim atau perusahaan yang pada pendapat Lembaga adalah bermanfaat dan berfaedah kepada Universiti;

(d)

meminjam atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma yang diluluskan oleh Lembaga, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh

Universiti bagi menjelaskan tanggungannya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya;

(e)

mendapatkan pinjaman di bawah perenggan (d) melalui penerbitan bon, debentur atau saham debentur dalam apa-apa kelas dan nilai atau menggadaikan, menggadaijanjikan, menyandarkan atau selainnya mengadakan lien ke atas harta alih atau tak alihnya, atas apa-apa terma yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga;

18

(f)

memperoleh dan memegang sebagai pelaburan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan dan sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh—

(i)

mana-mana syarikat atau pengusahaan persendirian atau mana-mana sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;

(ii)

Kerajaan Persekutuan atau Negeri;

(iii)

sesuatu pemerintah berdaulat;

(iv)

sesuatu suruhanjaya; dan

(v)

sesuatu badan atau pihak berkuasa awam;

(g)

memperoleh syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) melalui langganan asal, tender, pembelian, pindah hakmilik, pertukaran atau selainnya;

(h)

menjalankan dan pada amnya menguatkuasakan segala hak dan kuasa yang diberikan melalui atau bersampingan dengan pemunyaan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) dan khususnya untuk menjual, memindahkan hakmilik, menukarkan atau selainnya melupuskan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti itu; dan 19

(i)

membeli, memajak atau menyewa atau selainnya memperoleh dan melabur dalam apa-apa harta tanah dan harta diri yang difikirkan perlu atau sesuai bagi mana-mana maksud Universiti.

(2)

Seksyen 6 hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(c).

Peruntukan berhubung dengan perbadanan

Section 5 — PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA