Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
(1)
Lembaga boleh bagi pihak Universiti mendapatkan dana bagi aktiviti akademik dan penyelidikan Universiti dan menerima pemberian, hadiah, pemberian berwasiat, pemberian wang, legasi atau selainnya, harta atau wang bagi membantu kewangan Universiti atas apa-apa syarat yang ditentukan olehnya.
(2)
Daftar hendaklah disimpan mengenai segala derma yang diberikan kepada Universiti termasuk nama penderma kepada Universiti dan apa-apa syarat khas berkenaan sesuatu derma yang diberikan.
Harta yang diberikan bagi maksud tertentu hendaklah diakaunkan secara berasingan 58.
Segala harta, wang atau dana yang diberikan bagi sesuatu maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud harta, wang atau dana itu telah diberikan dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.
Bentuk kontrak 59.
Apa-apa kontrak yang melibatkan perbelanjaan Universiti hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani bagi pihak Universiti oleh mana-mana pekerja
Universiti yang diberi kuasa sewajarnya oleh Lembaga, sama ada secara khusus dalam
61
apa-apa hal tertentu atau secara am bagi semua kontrak di bawah suatu nilai tertentu atau selainnya sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberikuasaan itu.
Audit 60.
(1)
Akaun Universiti hendaklah diaudit setiap tahun oleh juruaudit luar yang dilantik oleh Lembaga.
(2)
Akaun yang diaudit, serta apa-apa pemerhatian yang dibuat mengenainya oleh juruaudit, hendaklah dibentangkan kepada Menteri.
(3)
Sebagai tambahan kepada kuasa di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah melantik Juruaudit Dalaman bagi menjalankan audit kewangan dan pentadbiran Universiti.
(4)
Juruaudit Dalaman hendaklah menyiasat mana-mana perkara yang dirujuk oleh Lembaga, Naib Canselor atau mana-mana jawatankuasa Lembaga dan hendaklah membuat laporan terus kepada Lembaga.
(5)
Terma rujukan dan terma dan syarat perkhidmatan Juruaudit Dalaman hendaklah ditetapkan oleh Lembaga.