Malaysia legislation

Section 6

of PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Seksyen 6

(1)

Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh tertubuhnya mana-mana perbadanan di bawah perenggan 5(1)(c), menetapkan melalui peraturan-peraturan—

(a)

maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;

(b)

hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c)

sistem pengurusan perbadanan itu; dan

(d)

hubungan antara perbadanan itu dengan Universiti dan hak kawalan oleh Lembaga ke atas perbadanan itu.

(2)

Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu dibuat di bawah Perlembagaan ini.

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah subseksyen (1).

20

(4)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan

Menteri Kewangan, mengarahkan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(5)

Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah subseksyen (4), aset perbadanan itu hendaklah dipindahkan hakmiliknya kepada dan diletakhakkan pada Universiti selepas dijelaskan segala tanggungannya.

(6)

Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah subseksyen (4) hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga melalui peraturan-peraturan.

(7)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

(8)

Tertakluk kepada apa-apa sekatan atau had yang dinyatakan oleh

Lembaga dalam setiap hal, tiap-tiap Perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 5(1)(c)—

(a)

hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga kepada perbadanan itu;

(b)

hendaklah kekal turun-temurun;

(c)

hendaklah mempunyai meterai perbadanan;

(d)

boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya;

(e)

boleh membuat kontrak;

21

(f)

boleh memegang, dan membuat apa-apa urusan mengenai atau dengan, apa-apa harta alih atau tak alih; dan

(g)

boleh membuat segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan Perlembagaan ini.

(9)

Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda yang ditentukan oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga.

(10)

Meterai perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu oleh perbadanan, dengan kelulusan Lembaga, sebagaimana yang perbadanan fikirkan patut.

(11)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah subseksyen

(9)

suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “UNIVERSITI

SAINS MALAYSIA” boleh digunakan sebagai meterai perbadanannya.

(12)

Meterai perbadanan, atau cap yang disebut dalam subseksyen (11)

hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu.

(13)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai telah dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (12), hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

(14)

Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan; dan dokumen atau

22

surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekerja perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.

(15)

Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Penjalanan pengajian, dsb., bersama-sama, dsb., dengan mana-mana universiti

Section 6 — PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA