Malaysia legislation

Section 80

of PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Seksyen 80

Jika berbangkit apa-apa persoalan sama ada seseorang telah dipilih, dilantik atau dicalonkan menjadi ahli atau pun berhak menjadi atau terus menjadi ahli bagi mana-mana Pihak Berkuasa atau badan lain Universiti, persoalan itu hendaklah dirujukkan kepada Pihak Berkuasa atau orang yang bertanggungjawab terhadap pemilihan, pelantikan atau pencalonan dan keputusan Pihak Berkuasa atau orang itu adalah muktamad.

Perlindungan kepada pegawai, dsb., yang membuat pendedahan 81.

(1)

Kecuali dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau suatu perintah mahkamah, seseorang ahli Lembaga, Naib Canselor, pekerja, agen atau pelajar Universiti tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan dengan

Universiti yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai kepada pekerja, agen atau pelajar

Universiti yang—

(a)

mendedahkan atau mengugut untuk mendedahkan kepada pihak berkuasa awam, Pihak Berkuasa Universiti atau pegawai atasan, apa-apa aktiviti, dasar atau amalan Universiti atau pekerja

Universiti yang pekerja, agen atau pelajar itu secara munasabah dan suci hati percaya telah melanggar mana-mana undang-undang atau menimbulkan syak wasangka yang munasabah terhadap sesuatu salah laku, fraud atau rasuah; atau

(b)

secara suci hati menyediakan maklumat atau memberi keterangan di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang mengendalikan siasatan, pendengaran atau inkuiri.

(3)

Pegawai atau agen yang membuat apa-apa pendedahan di bawah subseksyen (2) tidaklah tertakluk kepada apa-apa pemberhentian kerja, penamatan,

77

penggantungan, penurunan pangkat, tindakan tatatertib atau diskriminasi atau menanggung kerugian terhadap pekerjaan atau punca pendapatannya.

(4)

Tiada pelajar boleh dikenakan apa-apa tindakan tatatertib atau terjejas kedudukannya disebabkan apa-apa pendedahan yang dibuat atau maklumat yang disediakan olehnya di bawah subseksyen (2).

Audit lain 82.

Walau apa pun audit di bawah seksyen 60, Lembaga boleh, selepas berunding dengan Naib Canselor, mengenai perkara di bawah fungsi dan kuasanya, memberikan arahan supaya apa-apa audit lain dijalankan terhadap apa-apa perkara yang difikirkannya patut.

Pemansuhan 83.

Perlembagaan Universiti Sains Malaysia yang diwartakan melalui