Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Meterai Universiti
(1)
Meterai perbadanan Universiti adalah meterai yang diluluskan oleh
Canselor atas syor Lembaga dan meterai itu boleh mengikut cara yang sama, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu dari semasa ke semasa.
(2)
Meterai perbadanan Universiti hendaklah disimpan dalam jagaan Naib
Canselor.
(3)
Meterai perbadanan Universiti tidak boleh dicapkan pada apa-apa jua surat cara kecuali di hadapan—
(a)
Naib Canselor; dan
(b)
seorang lagi ahli Lembaga, yang hendaklah menandatangani surat cara itu sebagai tanda menunjukkan meterai itu dicapkan di hadapan mereka dan tandatangan itu adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai Universiti yang sah.
(4)
Jika surat cara yang disebut dalam subseksyen (3) ialah skrol suatu ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain, meterai perbadanan Universiti hendaklah dicapkan padanya di hadapan Naib Canselor dan seorang pegawai kanan yang diberi kuasa oleh Naib Canselor.
(5)
Meterai Universiti hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
(6)
Apa-apa dokumen atau surat cara yang tidak dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang demikian itu oleh Universiti dengan syarat bahawa dokumen atau surat cara itu hendaklah disempurnakan bagi pihak Universiti
24
oleh seorang pegawai atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga.