Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi siasatan dan penyiasatan yang dibuat atau diadakan di bawah seksyen ini:
(a)
Menteri boleh melantik mana-mana orang atau orang yang mempunyai pengetahuan undang-undang atau pengetahuan khas untuk membantu mengadakan suatu penyiasatan rasmi atau mengarahkan seorang Majistret atau mana-mana orang atau orang-orang lain untuk mengadakan penyiasatan sedemikian dengan bantuan mana-mana penaksir yang dinamakan;
(b)
orang yang mengadakan suatu penyiasatan rasmi itu, yang kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut tribunal, hendaklah mengadakan dalam mahkamah terbuka mengikut cara dan dengan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh mereka paling berkesan bagi memastikan sebab dan hal keadaan berlakunya kemalangan, kematian atau kecederaan diri dan bagi membolehkan mereka untuk membuat laporan yang dikehendaki oleh perenggan (f);
(c)
tribunal itu hendaklah, bagi maksud penyiasatan itu,
Racun Makhluk Perosak 39
mempunyai semua kuasa seorang Majistret yang menjalankan bidang kuasa dalam kes jenayah dan, sebagai tambahan, kuasa—
(i)
untuk memasuki dan memeriksa mana-mana tempat atau bangunan yang ternyata kepada mereka adalah perlu dimasuki atau diperiksa;
(ii)
melalui saman yang ditandatangani sendiri oleh mereka, untuk menghendaki kehadiran semua orang yang difikirkan oleh mereka patut dipanggil ke hadapan mereka dan diperiksa, dan untuk menghendaki supaya diberi kepada mereka jawapan atau penyata yang difikirkan oleh mereka patut dibuat;
(iii)
untuk menghendaki pengemukaan semua buku, kertas dan dokumen yang dianggapnya mustahak;
(iv)
untuk mentadbirkan sumpah dan untuk menghendaki mana-mana orang yang diperiksa supaya membuat dan menandatangani suatu akuan kebenaran pernyataan yang dibuat olehnya dalam masa ia diperiksa;
(d)
orang-orang yang hadir sebagai saksi di hadapan tribunal itu hendaklah diberi apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diberikan kepada saksi yang hadir di hadapan
Mahkamah Tinggi dalam kes jenayah, dan dalam hal pertikaian mengenai amaun yang hendak dibenarkan, pertikaian itu hendaklah dirujukkan oleh tribunal itu kepada mana-mana Pendaftar Mahkamah Tinggi yang hendaklah memastikan dan memperakui amaun perbelanjaan yang sepatutnya;
(e)
jika seseorang, tanpa sebab yang munasabah, yang bukti terletak padanya, tidak, selepas memperoleh perbelanjaan yang diberikan kepadanya, jika ada, yang dia berhak, mematuhi suatu saman atau permintaan
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 149
bertulis tribunal yang dikeluarkan atau dibuat di bawah perenggan (c), atau menahan atau menghalang tribunal pada melaksanakan kewajipannya, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda lima ratus ringgit, atau, dalam hal tidak mematuhi suatu rekuisisi supaya memberikan jawapan atau penyata atau mengemukakan mana-mana buku, kertas, atau dokumen, didenda selanjutnya satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari yang kegagalan itu berlaku atau berterusan;
(f)
orang yang dilantik untuk membuat sesuatu siasatan, dan tribunal yang mengadakan sesuatu penyiasatan, di bawah seksyen ini hendaklah membuat suatu laporan kepada
Menteri yang menyatakan sebab kemalangan, kematian, atau kecederaan diri itu dan semua hal keadaan yang berkaitan dengan kejadian itu, dan laporan itu hendaklah mengandungi pemerhatian mengenainya atau mengenai keterangan atau mengenai apa-apa perkara yang berbangkit daripada siasatan atau penyiasatan itu sebagaimana yang difikirkan olehnya atau oleh mereka patut dimasukkan dalam laporan itu, dan Menteri hendaklah menyebabkan tiap-tiap laporan itu disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya suai manfaat.
(3)
Semua orang yang dilantik di bawah seksyen ini untuk membuat suatu siasatan atau untuk mengadakan atau membantu mengadakan suatu penyiasatan rasmi, termasuk penaksir, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574].
Siasatan atau inkues dalam hal kematian yang disebabkan oleh racun makhluk perosak