Malaysia legislation

Section 51

of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018

Seksyen 51

Warga Emas Swasta 31

(a)

boleh dituduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu; dan

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 802

(b)

sekiranya pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya;

dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan perlakuan kesalahan itu.

(2)

Bilamana mana-mana ejen atau pekerja semasa menjalankan pekerjaannya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan yang dilakukan atau ditinggalkan oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, ejen atau pekerja itu hendaklah bersalah melakukan kesalahan, dan subseksyen (3) hendaklah terpakai bagi prinsipal atau majikannya.

(3)

Sekiranya mana-mana orang yang akan bertanggungan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kepada apa-apa hukuman atau penalti untuk apa-apa tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran, dia hendaklah bertanggungan kepada hukuman atau penalti yang sama untuk setiap tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, sekiranya tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerjanya dalam menjalankan pekerjaannya;

(b)

oleh ejen yang bertindak bagi pihak orang itu; atau

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam menjalankan pekerjaan yang baginya dia diambil kerja oleh ejen itu atau sebaliknya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 33

Pengkompaunan kesalahan

Section 51 — PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018