Seksyen 1
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Saraan Hakim (Pindaan Jadual Kedua) 1996.
/akn/my/act/pua/1996/567
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN SARAAN HAKIM (PINDAAN JADUAL KEDUA) 1996 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 567 1996, currently marked in force and first recorded in 1996.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Saraan Hakim (Pindaan Jadual Kedua) 1996.
Jadual Kedua kepada Akta Saraan Hakim 1971 adalah dipinda—
dengan memasukkan selepas perenggan 4 perenggan yang berikut:
"4A. ELAUN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN YANG LEBIH TINGGI:
Elaun menjalankan tugas jawatan yang lebih tinggi bagi seseorang Hakim
Tarikh mula berkuatkuasa
Elaun ini boleh dibayar kepada seseorang Hakim yang menjalankan tugas jawatan yang lebih tinggi atas arahan Ketua Hakim Negara untuk tempoh tidak kurang daripada 28 hari dengan perkiraan pembayaran satu perempat daripada gaji hakiki bagi jawatan yang lebih tinggi itu.";
1-1-1996
dengan memasukkan selepas perkataan "oleh Kerajaan." perkataan yang berikut:
"Kereta Kerajaan seseorang Hakim boleh dibekalkan dengan lencana yang diluluskan oleh Ketua Hakim Negara."; dan
dengan menggantikan tarikh mula berkuatkuasa "1-7-1977" dengan tarikh mula berkuatkuasa "1-1-1996";
dengan memasukkan selepas subperenggan 6(b) subperenggan yang berikut:
"(c) Sehingga ditetapkan selainnya oleh Kerajaan, elaun-elaun yang boleh dibayar di bawah perenggan ini hendaklah sama seperti gaji dan elaun-elaun yang dibayar kepada pemandu-pemandu dalam perkhidmatan Kerajaan.";
dengan menggantikan perenggan 10 dengan perenggan yang berikut:
"10. PAKAIAN RASMI, DSB.:
Seseorang Hakim adalah layak 1-1-1996 menuntut bantuan bayaran untuk elaun pakaian rasmi sewaktu bersidang sebanyak RM750 sekali dalam 3 tahun.
Seseorang Hakim adalah layak 1-1-1996 dibekalkan dengan pakaian istiadat dengan harga sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan.
Seseorang Hakim adalah layak menerima elaun pakaian panas sebanyak RM600 sekali dalam 3 tahun apabila dikehendaki bertugas di luar negeri atau di negara kawasan beriklim sederhana dan bantuan bayaran pakaian "Black Tie" sebanyak RM500 sekali dalam 3 tahun.";
dengan menggantikan perenggan 11 dengan perenggan yang berikut:
"11. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN PERUBATAN:
Kemudahan-kemudahan seseorang
Hakim dan ahli keluarganyaTarikh mula berkuatkuasa(a) Segala kemudahan perubatan yang diberikan kepada pegawai-1-1-1996
pegawai yang sedang berkhidmat dalam jawatan Gred Utaama A dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.
Bagi rawatan di luar negeri, perakuan hendaklah dikeluarkan oleh suatu lembaga perubatan yang ditubuhkan oleh Ketua Hakim Negara yang keanggotaannya hendaklah mengikut seksyen $ 8 \mathrm{A} (2). $ Sebelum mengeluarkan perakuan itu, lembaga perubatan hendaklah mendapatkan kelulusan Perdana Menteri terlebih dahulu.
Hakim yang bersara yang menerima pencen atau faedah lain di bawah Akta ini, isteri atau suami Hakim itu dan anak-anaknya adalah masing-masing layak menerima kemudahan perubatan yang sama seperti pegawai-pegawai yang bersara dalam jawatan Gred Utama A dalam perkhidmatan awam, isteri atau suami mereka dan anak-anak mereka.";
1-1-1996
35 hari dalam satu tahun tidak termasuk hari kelepasan am dan hari kelepasan mingguan. Cuti rehat hendaklah diambil dalam tahun cuti itu terakru dan jika disebabkan oleh kepentingan perkhidmatan, cuti tidak diambil dalam tahun itu; maka cuti itu bolehlah dibawa ke hadapan sehingga dua tahun berikutnya, ke tahun ketiga; dengan syarat bahawa cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga itu.
Seseorang Hakim yang hendak menggunakan cuti rehatnya bagi maksud perjalanan ke luar negeri hendaklah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.
Pihak berkuasa yang meluluskan bagi maksud subsubperenggan ini ialah—
(aa) bagi Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri;
(bb) bagi Presiden, Hakim Besar dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Ketua Hakim Negara;
Peruntukan-peruntukan lain mengenai cuti rehat yang dipakai bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam jawatan Gred Utama A dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.
Peruntukan-peruntukan mengenai cuti sakit dan kemudahan yang berhubungan dengannya yang dipakai bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam jawatan Gred Utama A dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.
Berhubungan dengan kelulusan, sebutan mengenai "Ketua Jabatan" dan "Kuasa Tertentu" dalam peruntukan-peruntukan yang mengawalselia pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perdana Menteri dalam hal Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Negara dalam hal Hakim-Hakim lain bagi maksud subperenggan ini.
Jika suatu lembaga perubatan dikehendaki ditubuhkan bagi maksud subperenggan ini, maka Ketua Hakim Negara bolehlah menubuhkan lembaga perubatan dan keanggotaan lembaga perubatan itu hendaklah mengikut seksyen $ 8 \mathrm{A} (2). $
Opening note
Cuti Haji
Sekali dalam tempoh perkhidmatannya, tertakluk kepada had maksimum sebanyak 40 hari, termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am, kepada Hakim yang beragama Islam. Pihak berkuasa yang meluluskan yang disebutkan dalam subperenggan (a) hendaklah menjadi pihak berkuasa yang meluluskan bagi maksud subperenggan ini. Hakim-Hakim yang dilantik daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang telahpun mengambil kemudahan cuti haji, tidak layak men-dapat kemudahan ini sekali lagi semasa menjadi Hakim.
Cuti bersalin/cuti isteri bersalin 1-1-1996
Boleh diberikan sebagaimana yang diberikan kepada kakitangan perkhidmatan awam sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.
Cuti tanpa gaji
Boleh diberikan sebagaimana yang diberikan kepada kakitangan perkhidmatan awam sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa. Dalam sub-subperenggan ini, "tanpa gaji" ertinya tanpa gaji pokok, subsidi sewa rumah, elaun keraian dan elaun khas kehakiman.";
dengan memasukkan perkataan “(a)” sebelum perkataan "Jika, disebabkan oleh desakan perkhidmatan,";
dengan memasukkan di hujung perenggan (a) yang baru dinomborkan perkataan yang berikut:
"Gaji bulanan yang akhir di terima" ertinya gaji pokok yang dicampur subsidi sewa rumah, elaun keraian dan elaun khas kehakiman bagi seseorang Hakim yang mati atau bersara pada atau selepas 1 Ogos 1993.";
dengan menomborkan semula sub-sub perenggan “(a)” dan “(b)” yang sedia ada sebagai sub-subperenggan “(i)” dan “(ii)” masing-masing; dan
dengan memasukkan selepas sub perenggan (a) subperenggan yang berikut:
"(b) Jika, disebabkan oleh desakan perkhidmatan, seseorang Hakim tidak berupaya menghabiskan cuti rehat tahunan semasanya, dia boleh memilih untuk mengumpulkan daripada baki cutinya itu, sebarang jumlah hari yang tidak melebihi 15, supaya pada hari persaraannya atau kematiannya Hakim itu atau warisnya diberikan award wang tunai bersamaan dengan satu pertiga puluh daripada gaji bulanan yang akhir diterimanya untuk setiap hari sehingga maksimum sembilan puluh hari.
Dalam subperenggan ini,
"gaji bulanan yang akhir diterima" ertinya gaji pokok yang dicampur subsidi sewa rumah, elaun keraian dan elaun khas kehakiman.";
dengan memasukkan selepas sub perenggan (a) subperenggan yang berikut:
"(b) Hakim-Hakim yang dilantik daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang telah pun mendapat pinjaman perumahan daripada Kerajaan semasa dalam mana-mana gred jawatannya tidak layak mendapat kemudahan ini sekali lagi semasa menjadi Hakim.";
dengan menggantikan tarikh mula berkuatkuasa "1-7-1980" dengan tarikh mula berkuatkuasa "1-1-1996";
dalam perenggan 16 dengan menomborkan peruntukan yang sedia ada sebagai subperenggan (a) dan memasukkan selepas itu subperenggan yang berikut:
Jika destinasi adalah lebih dekat daripada Kuala Lumpur/London/Kuala Lumpur, hanya tambang sebenar ke destinasi yang dipilihnya itu sahaja yang akan dibayar oleh Kerajaan. Jika destinasi yang dipilih adalah lebih jauh daripada Kuala Lumpur/London/Kuala Lumpur, Hakim adalah dikehendaki membayar perbezaan tambang yang lebih itu.
Kemudahan tambang berbayar ini hendaklah digunakan semasa Hakim masih dalam jawatannya iaitu sebelum Hakim bersara ataupun meninggalkan jawatanya.
Kemudahan ini juga boleh di gunakan secara berasingan oleh Hakim dan isteri atau suaminya iaitu tidak semestinya digunakan sekaligus oleh Hakim itu dengan isteri atau suaminya atau pada masa yang sama.";
dengan memasukkan selepas perenggan 16 perenggan yang berikut:
"16A. TAMBANG BERBAYAR UNTUK MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL:
1-1-1996
Tambang berbayar untuk perjalanan di dalam Malaysia bagi Hakim dan isteri atau suami dan anak-anak
Sekali dalam tiap-tiap 2 tahun dalam perkhidmatannya, seseorang Hakim dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah atau Sarawak atau seseorang Hakim dari Sabah atau Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia adalah layak mendapat tambang kapalterbang berbayar oleh Kerajaan untuk perjalanan balik ke Semenanjung Malaysia atau ke Sabah atau Sarawak bagi dirinya, suami atau isterinya (tambang kelas pertama) dan tiga orang anak di bawah umur dua puluh satu tahun (tambang kelas ekonomi).";
dengan memasukkan selepas perenggan 17 perenggan yang berikut:
"18. KAD PESARA:
Ketua Hakim Negara boleh mengeluarkan kad pesara kepada seseorang bekas Hakim yang menerima pencen atau faedah lain di bawah Akta ini dan kepada isteri atau suami Hakim itu bagi maksud pengenalan dan untuk melayakkannya menerima faedah perubatan dan kemudahan lain yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
1-1-1996
Kad pesara itu hendaklah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara apabila bekas Hakim itu tidak lagi layak menerima faedah perubatan dan kemudahan lain itu.
Sekiranya kad pesara itu hilang dan suatu kad baru diperlukan, maka bekas Hakim itu atau isteri atau suaminya hendaklah membuat laporan polis dan suatu salinan laporan polis itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Hakim Negara, yang boleh mengeluarkan kepadanya suatu kad baru.".
Dibuat 23 Oktober 1996. [JK/IP 300 Jld. II; PN. $ \left( \mathrm{P U}^{2} \right) $ 91 Pt. III.]
Dengan Titah Perintah,
DATUK ABDUL HALIM BIN ALI,
Setiausaha Jemaah Menteri
JUDGES' REMUNERATION ACT 1971
JUDGES' REMUNERATION (AMENDMENT OF SECOND SCHEDULE) REGULATIONS 1996
Opening note
These regulations may be cited as the Judges' Remuneration (Amendment of Second Schedule) Regulations 1996.
The Second Schedule to the Judges' Remuneration Act 1971 is amended—
by inserting after paragraph 4 the following paragraph:
"4A. ALLOWANCE FOR CARRYING OUT DUTIES OF A HIGHER OFFICE:
Effective date
This allowance may be paid to a Judge who is carrying out the duties of a higher office on the direction of the Chief Justice for a period of not less
1-1-1996
than 28 days and the payment of the allowance is to be calculated at one fourth of the substantive salary for the higher office.';
by inserting after the words "by the Government." the following words: "The official car of a Judge may be provided with a crest approved by the Chief Justice."; and
by substituting for the effective date "1-7-1977" the effective date "1-1-1996";
by inserting after subparagraph 6(b) the following subparagraph:
"(c)Until otherwise prescribed by 1-1-1996 the Government, the allowances which may be paid under this paragraph shall be the same as the salary and allowances paid to drivers in Government service.";
by substituting for paragraph 10 the following paragraph:
"10. OFFICIAL COSTUME, ETC.:
A Judge shall be eligible to claim 1-1-1996 a subsidised payment of RM750 once in 3 years as allowance for official attire used while presiding.
A Judge shall be eligible to be 1-1-1996 provided with ceremonial costume at a price approved by the Treasury.
A Judge shall be eligible to 1-1-1996 receive warm clothing allowance of RM600 once in 3 years when required to carry out duties overseas or in a country with temperate climate and subsidised payment for "Black Tie" attire of RM500 once in 3 years.";
by substituting for paragraph 11 the following paragraph:
"11. MEDICAL FACILITIES:
All medical facilities accorded to 1-1-1996 officers serving in Principal Grade A post in the public service as revised from time to time.
For treatment overseas, a certificate shall be issued by a medical board established by the Chief Justice, the membership of which shall be in accordance with section 8A(2). Before issuing the certificate, the medical board shall first obtain the approval of the Prime Minister.
A retired Judge receiving pension or other benefits under this Act, the spouse, and children, of the Judge are respectively eligible to receive the same medical benefits as an officer retired on Principal Grade A post in the public service, the spouse, and children, of the officer.";
Types of leave and number of eligible days for a JudgeEffective date(a) Vacation leave1-1-1996(i) 35 days in a year excluding public holidays and weekly holidays. Vacation leave shall be taken in the year it accrues and if, owing to the exigencies of service, leave has not been taken in that year, then the leave may be carried forward up to the next two years, to the third year; provided that leave for the first year which has not been used up in the third year will lapse at the end of the third year.
Prior approval shall be obtained by a Judge who wishes to use vacation leave for the purpose of overseas travel.
The approving authority for the purpose of this subsubparagraph is—
(aa) For the Chief Justice, the Prime Minister;
(bb) for the President, the Chief Judges and Judges of the Federal Court, the Chief Justice;
Other provisions on vacation leave applicable to officers serving in Principal Grade A post in the public service as revised from time to time.
Provisions on sick leave and facilities in relation thereto applicable to officers serving in Principal Grade A post in the public service as revised from time to time.
In relation to approval, references to "Head of Department" and "Appropriate Authority" in the provisions regulating officers in the public service shall be construed as references to the Prime Minister in the case of the Chief Justice and to the Chief Justice in the case of other Judges for the purpose of this subparagraph.
If a medical board is required to be established for the purpose of this subparagraph, then the Chief Justice may establish a medical board and the membership of that medical board shall be in accordance with section 8A(2).
Leave for tuberculosis, leprosy and cancer and other serious diseases
In accordance with leave benefits and medical facilities that may be accorded to officers serving in Principal Grade A post in the public service as revised from time to time.
Pilgrimage leave
Once during the period of service, subject to a maximum of 40 days, including weekly holidays and public holidays, to a Muslim Judge. The approving authority referred to in subparagraph (a) shall be the approving authority for the purpose of this subparagraph. Judges appointed from the Judicial and Legal Service who have already taken pilgrimage leave are no longer eligible to obtain this facility as a Judge.
Maternity leave/paternity leave
May be accorded as such leave is accorded to staff of the public service as revised from time to time.
Leave without pay
May be accorded as such leave is accorded to staff of the public service as revised from time to time. In this subsubparagraph, "without pay" means without basic salary, house rent subsidy, entertainment allowance and special judicial allowance.";
1-1-1996
by inserting the word " $ (a) $ " before the words "Where, owing to exigencies of service,";
by inserting at the end of the newly numbered paragraph (a) the following words:
"The last drawn monthly salary" means the basic salary added together with house rent subsidy, entertainment allowance and special judicial allowance for a Judge who dies or retires on or after 1 August 1993.";
by renumbering the existing subsubparagraphs " (a) " and " (b) " as subsubparagraphs " (i) " and " (ii) " respectively; and
by inserting after subparagraph (a) the following subparagraph:
"(b) Where owing to exigencies of service, a Judge is unable to use up the current yearly vacation leave, the Judge may elect to accumulate from the balance of leave, any number of days not exceeding 15, so that on the day of the retirement or death of the Judge, the Judge or the beneficiary of the Judge will be granted a cash award which is equivalent to one thirtieth of the last drawn monthly salary of the Judge for each day up to a maximum of ninety days.
In this subparagraph, "the last drawn monthly salary" means the basic salary added together with house rent subsidy, entertainment allowance and special judicial allowance.";
by inserting after subparagraph (a) the following subparagraph:
"(b) Judges appointed from the Judicial and Legal Service who have already obtained a housing loan from the Government while serving in any grade of post are no longer eligible to obtain this facility as a Judge.";
by substituting for the effective date "1-7-1980" the effective date "1-1-1996";
in paragraph 16 by numbering the existing provision as subparagraph (a) and inserting thereafter the following subparagraphs:
"(b) If the destination is nearer than Kuala Lumpur/London/Kuala Lumpur, only the actual fare to the destination of choice will be paid by the Government. If the destination of choice is farther than Kuala Lumpur/London/Kuala Lumpur, the Judge is required to pay the difference in the higher fare.
This paid passage facility must be used while the Judge is in office that is before the Judge retires or leaves office.
This facility may also be used separately by the Judge and spouse that is it need not be used by the Judge together with the spouse or at the same time.";
by inserting after paragraph 16 the following paragraph:
"16A. PAID PASSAGE TO VISIT PLACE OF ORIGIN:
1-1-1996
Paid passage for travel within Malaysia for a Judge and spouse and children
Once in every 2 years of service, a Judge from Peninsular Malaysia who is serving in Sabah or Sarawak or a Judge from Sabah or Sarawak who is serving in Peninsular Malaysia is eligible for paid air fare from the Government to travel to Peninsular Malaysia or Sabah or Sarawak for himself, the spouse (first class fare) and three children below the age of twenty-one years (economy class fare).";
by inserting after paragraph 17 the following paragraphs:
"18. PENSIONER'S CARD:
The Chief Justice may issue a pensioner's card to a former Judge who is receiving pension or other benefits under this Act and to the spouse of the Judge for the purpose of identification and to enable the Judge and spouse to be eligible to receive medical benefits and other facilities as determined by the Government from time to time.
The pensioner's card shall be surrendered to the Chief Justice when the former Judge is no longer eligible to receive the medical benefits and other facilities.
In the event the pensioner's card is lost and a new card is required, the former Judge or spouse shall make a police report and a copy of the police report shall be forwarded to the Chief Justice, who may issue a new card to the Judge or spouse.".
Made 23 October 1996. [JK/IP 300 Jld. II; PN. $ \left( \mathrm{P U}^{2} \right) $ 91 Pt. III.]
By Command,
DATUK ABDUL HALIM BIN ALI, Secretary to the Cabinet