Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Pindaan Jadual 5, 6 dan 7) 2012.
/akn/my/act/pua/2012/481
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN JADUAL 5, 6 DAN 7) 2012 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 481 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Pindaan Jadual 5, 6 dan 7) 2012.
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, yang disebut “Akta ibu” dalam
Perintah ini, dipinda dengan menggantikan Jadual 5 dengan jadual yang berikut:
“JADUAL 5
[Subseksyen 212(8)]
Cadangan yang tidak menghendaki kelulusan, kebenaran atau pengiktirafan
Kategori transaksi yang tidak tertakluk kepada kehendak subseksyen 212(2), (3), (4)
dan (6) dan perenggan 212(5)(a).
Apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan atau aktiviti atau penerbitan sekuriti atau tawaran bagi langganan atau pembelian sekuriti, atau penerbitan tawaran bagi langganan atau pembelian sekuriti, berhubungan dengan—
penyenaraian atau sebut harga sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh Kerajaan Persekutuan atau Bank Negara di pasaran saham suatu bursa saham;
P.U. (A) 481 3
penyenaraian atau sebut harga sekuriti suatu perbadanan di pasaran alternatif bursa saham, kecuali debentur, sukuk dan produk Islam berstruktur;
suatu perolehan atau pelupusan aset yang menyebabkan suatu perubahan yang signifikan dalam haluan perniagaan atau dasar suatu perbadanan—
yang telah disenaraikan di pasaran alternatif suatu bursa saham kecuali jika suatu perolehan atau pelupusan tersebut dijalankan berhubung dengan perenggan 212(2)(b); atau
jika hanya debentur, sukuk atau produk Islam berstruktur perbadanan tersebut disenaraikan di pasaran saham suatu bursa saham;
pelupusan aset yang menyebabkan perubahan yang signifikan dalam haluan perniagaan atau dasar suatu perbadanan yang tersenarai di pasaran utama bursa saham kecuali jika pelupusan tersebut membentuk sebahagian daripada suatu cadangan dibawah perenggan 212(2)(d) atau subseksyen 212(3);
perolehan atau pelupusan aset yang menyebabkan perubahan yang signifikan dalam haluan perniagaan atau dasar suatu skim unit amanah yang tersenarai di pasaran utama bursa saham selain daripada amanah perniagaan; dan
sebut harga waran berstrukur di pasaran saham suatu bursa saham dengan syarat bahawa penerbit waran berstruktur itu mematuhi kehendak kelayakan yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
Menjadikan tersedia, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau mengeluarkan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli—
sekuriti syarikat kepada anggota sedia ada syarikat mengikut pengertian seksyen 270 Akta Syarikat 1965;
sekuriti atau derivatif oleh mana-mana entiti yang ditubuhkan atau didaftarkan di bawah undang-undang Labuan—
khusus kepada orang di luar Malaysia; atau
kepada entiti lain yang ditubuhkan atau didaftarkan di bawah undang-undang Labuan;
sekuriti perbadanan asing yang tersenarai di bursa saham luar Malaysia berkenaan dengan—
skim syer pekerja atau opsyen syer pekerja;
pengagihan syer yang dipegang oleh perbadanan asing dalam anak syarikatnya sebagai ganti kepada dividen;
terbitan hak;
penjalanan waran, opsyen atau hak melanggan boleh tukar, penukaran nota boleh ubah atau syer keutamaan, atau penukaran nota boleh tukar;
P.U. (A) 481 5
mana-mana lain penjalanan aktiviti korporat yang ditentukan oleh
Suruhanjaya, kecuali debentur, sekuriti Islam, produk Islam berstruktur, unit amanah, dan pelaburan ditetapkan;
sekuriti, kecuali debentur, sukuk atau produk Islam berstruktur, unit amanah dan pelaburan ditetapkan, oleh perbadanan asing yang tidak tersenarai di bursa saham atau bursa di luar Malaysia berhubungan dengan—
suatu skim syer pekerja atau opsyen syer pekerja;
sekuriti tersenarai atau diluluskan untuk penyenaraian dan sebut harga saham di luar Malaysia, kecuali debentur, sukuk atau produk Islam berstruktur, saham dalam dana tertutup, unit dalam skim unit amanah dan pelaburan ditetapkan, kepada orang-orang berikut:
dana tertutup yang diluluskan oleh Suruhanjaya;
seseorang yang memperolehi sekuriti menurut suatu tawaran, sebagai prinsipal, jika balasan agregat bagi pemerolehan itu adalah tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing bagi setiap transaksi sama ada amaun itu dibayar secara tunai atau selainnya;
individu, atau individu serta pasangan, yang mempunyai jumlah bersih aset persendirian atau bersesama melebihi tiga juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing, tidak termasuk nilai kediaman utama individu tersebut;
individu yang mempunyai jumlah pendapatan kasar tahunan melebihi tiga ratus ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing dalam tempoh dua belas bulan sebelumnya;
individu serta pasangan yang bersesama, mempunyai jumlah pendapatan kasar tahunan melebihi empat ratus ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing dalam tempoh dua belas bulan;
perbadanan yang mempunyai jumlah bersih aset yang melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing berasaskan kepada akaun teraudit yang terakhir;
perkongsian yang mempunyai jumlah bersih aset yang melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing;
pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];
P.U. (A) 481 7
pemegang lesen bank Islam atau pemegang lesen takaful sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705]; atau
mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya, dengan syarat—
bursa saham itu ditentukan oleh Suruhanjaya; dan pengedaran sekuriti itu dibuat oleh pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti;
unit skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan oleh wakil peribadi, pelikuidasi, penerima atau pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam perjalanan biasa merealisasi aset;
sekuriti, kecuali debentur, sukuk perbadanan asing, produk Islam berstruktur, unit amanah dan pelaburan ditetapkan, yang tidak disenaraikan di bursa saham atau bursa di luar Malaysia kepada pemegang sedia ada sekuriti itu atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya dalam mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 377;
sekuriti, kecuali debentur, sukuk atau produk Islam berstruktur, unit amanah dan pelaburan ditetapkan, oleh—
syarikat persendirian; atau
P.U. (A) 481 8
syarikat awam yang tidak disenaraikan di bursa saham dan tidak memohon untuk penyenaraian di pasaran utama bursa saham; dan
debentur, sukuk atau produk Islam berstruktur oleh perbadanan kepada perbadanan yang berhubungan dengannya yang debentur, sukuk atau produk Islam berstruktur itu hendaklah mengandungi terma yang melarang pemindahan debentur, sukuk atau produk Islam berstruktur itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana orang lain.
P.U. (A) 481 4
Semua dagangan sekunder debentur, sukuk atau produk Islam berstruktur.
Pelawaan atau tawaran untuk menaja jamin atau menaja jamin kecil sekuriti menurut suatu perjanjian penajajaminan berhubung dengan penyenaraian dan sebut harga sekuriti sesuatu perbadanan di pasaran saham sesuatu bursa saham.
Penerbitan atau untukan sekuriti kepada penaja jamin atau penaja jamin kecil menurut suatu perjanjian penajajaminan berhubung dengan penyenaraian dan sebut harga sekuriti sesuatu perbadanan di pasaran saham sesuatu bursa saham.
Berhubungan dengan subseksyen 212(4)—
apa-apa cadangan oleh perbadanan tersenarai jika hanya debentur, sukuk atau produk Islam berstruktur perbadanan tersenarai itu adalah tersenarai di pasaran saham suatu bursa saham; atau
apa-apa cadangan oleh perbadanan tersenarai yang sahamnya sudah tersenarai di suatu bursa saham di luar Malaysia.
Berkenaan dengan suatu perbadanan yang tersenarai di pasaran utama bursa saham, penerbitan dan penyenaraian seterusnya dan sebut harga sekuriti perbadanan itu di pasaran utama itu menurut—
penjalanan waran, opsyen atau hak melanggan boleh tukar, penukaran suatu nota boleh ubah atau syer keutamaan, atau penukaran suatu nota boleh tukar;
mana-mana lain penjalanan aktiviti korporat di bawah kaedah-kaedah bursa saham sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, kecuali—
bagi debentur, sukuk atau produk Islam berstruktur, unit amanah selain daripada amanah perniagaan, atau pelaburan ditetapkan; atau jika ia membentuk sebahagian daripada cadangan di bawah perenggan 212(2)(d) atau subseksyen 212(3).
P.U. (A) 481 9
Berkenaan dengan skim unit amanah yang tersenarai di pasaran utama bursa saham, penerbitan dan penyenaraian seterusnya dan sebut harga unit-unit skim unit amanah itu di pasaran utama itu menurut terbitan bonus atau terbitan hak.
P.U. (A) 481 10
Menjadikan tersedia, menawarkan untuk langganan atau pembelian, atau mengeluarkan pelawaan untuk melanggan atau membeli, atau berniaga dalam derivatif melalui kaunter oleh mana-mana orang kecuali jika—
derivatif melalui kaunter itu dicadang untuk disediakan, ditawarkan untuk langganan atau pembelian;
pelawaan untuk melanggan atau membeli derivatif melalui kaunter itu telah dibuat untuk; atau
perniagaan dalam derivatif melalui kaunter itu melibatkan, pelabur runcit sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.”
Nota:
Pelabur runcit bermaksud mana-mana orang selain dari—
Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara
Malaysia 2009; atau
Orang yang ditetapkan di bawah Bahagian 1 Jadual 6 atau 7 Akta ini.”.
Pindaan Jadual 6
Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual 6 dengan jadual yang berikut:
P.U. (A) 481 11
“JADUAL 6
[Seksyen 229]
Penawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali
Bahagian I
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada skim unit amanah, skim pelaburan ditetapkan atau skim persaraan.
[Dipotong]
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada—
pengarah eksekutif atau ketua pegawai eksekutif kepada pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal.
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada dana tertutup yang diluluskan oleh
Suruhanjaya.
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada bank berlesen atau pemegang lesen insurans sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010.
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada suatu bank Islam berlesen atau pemegang lesen takaful sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.
P.U. (A) 481 12
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada institusi berlesen sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau suatu bank Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Bank Islam 1983.
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada syarikat insurans yang didaftarkan di bawah Akta Insurans 1996 atau pengendali takaful yang didaftarkan di bawah
Akta Takaful 1984.
B. Penawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali yang dibuat kepada entiti bernilai bersih tinggi
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada—
syarikat yang berdaftar sebagai syarikat amanah di bawah Akta Syarikat
Amanah 1949 yang mempunyai aset-aset di bawah pengurusan melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing; atau
perbadanan yang merupakan syarikat awam di bawah Akta Syarikat 1965
yang telah dibenarkan oleh Suruhanjaya untuk menjadi pemegang amanah bagi maksud Akta ini dan mempunyai aset-aset di bawah pengurusan melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing.
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada—
perbadanan yang mempunyai jumlah bersih aset yang melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing berasaskan kepada akaun teraudit yang terakhir; atau
perkongsian dengan jumlah bersih aset melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing.
P.U. (A) 481 13
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada badan berkanun yang ditubuhkan oleh Akta Parlimen atau enakmen mana-mana Negeri.
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada kumpulan wang pencen yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri di bawah seksyen 150 Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53].
C. Penawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali yang dibuat kepada individu bernilai bersih tinggi
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada individu—
yang jumlah bersih aset peribadinya, atau jumlah bersih aset bersesama dengan pasangannya, melebihi tiga juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing, kecuali nilai kediaman utama individu itu;
yang pendapatan tahunan kasarnya melebihi tiga ratus ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing setiap tahun dalam dua belas bulan sebelumnya; atau
yang, bersesama dengan pasangannya, mempunyai pendapatan tahunan kasarnya melebihi empat ratus ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing setiap tahun dalam dua belas bulan sebelumnya.
Bahagian II
Tawaran atau pelawaan yang dibuat mengenai apa-apa penjualan unit skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan oleh wakil peribadi, pelikuidasi, penerima atau pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam perjalanan biasa merealisasi aset.
P.U. (A) 481 14
Semua perdagangan dalam sekuriti kecuali debentur yang dilaksanakan di pasaran saham suatu bursa saham yang diluluskan oleh Menteri menurut subseksyen 8(2) atau bursa saham yang lain di luar Malaysia yang diiktiraf di bawah kaedah-kaedah bursa saham itu.
Tawaran atau pelawaan sekuriti yang dibuat atau dijamin oleh Kerajaan
Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Bank Negara.
Tawaran atau pelawaan berkenaan dengan sekuriti syarikat persendirian.
Tawaran atau pelawaan menurut tawaran pengambilalihan yang mematuhi undang-undang yang berkaitan yang terpakai bagi tawaran itu.
Semua dagangan sekunder dalam debentur kecuali dagangan sekunder debentur yang melibatkan pelabur runcit dan prospektus tidak diterbitkan.
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada pekerja atau pengarah sesuatu perbadanan atau perbadanan yang berhubungannya menurut skim syer, pekerja atau skim opsyen syer pekerja.
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada mana-mana pemiutang atau pemegang sekuriti syarikat yang sedang menjalani skim perkiraan atau kompromi di bawah seksyen 176 Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau skim penyusunan semula di bawah Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998
[Akta 587] yang tidak boleh dilepaskan kepada mana-mana orang selain pemiutang atau pemegang sekuriti syarikat itu.
Tawaran atau pelawaan yang dibuat khusus kepada orang di luar Malaysia.
Tawaran atau pelawaan untuk membuat perjanjian penajajaminan atau penajaminan kecil atau tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada penaja jamin di bawah perjanjian itu.
P.U. (A) 481 15
Tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada seseorang yang memperoleh sekuriti menurut suatu penempatan secara persendirian jika balasan agregat bagi pemerolehan itu adalah tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing bagi setiap transaksi sama ada amaun itu dibayar secara tunai atau selainnya.
[Dipotong]
Tawaran atau pelawaan yang dibuat oleh atau kepada Danamodal Nasional
Berhad.
Tawaran atau pelawaan berkenaan dengan sekuriti suatu perbadanan yang dibuat kepada anggota sedia ada dalam suatu syarikat mengikut pengertian seksyen 270 Akta Syarikat 1965.
Tawaran atau pelawaan berkenaan sekuriti perbadanan asing yang sekuriti atau mana-mana kelas sekuritinya mendapat kemasukan ke bursa saham lain di luar
Malaysia yang diiktiraf di bawah kaedah-kaedah bursa saham, yang dibuat kepada anggota atau pemegang debentur sedia ada perbadanan asing itu secara terbitan hak dengan syarat bahawa tawaran atau pelawaan itu disertakan dengan prospektus atau dokumen penzahiran yang diluluskan oleh pihak berkuasa menyelia asing perbadanan asing itu.
Mengenai sekuriti sesuatu perbadanan yang tidak tersenarai, suatu tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada anggota atau pemegang debentur yang sedia ada perbadanan itu melalui terbitan hak dan bukan merupakan suatu tawaran yang baginya seksyen 237 terpakai.
Bahagian III
Tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali yang baginya seksyen 232, 233, 234, 235,
236, 237, 238, 239, 240, 241 dan 244 Penggal 3 Bahagian VI tidak terpakai.”.
P.U. (A) 481 16
Pindaan Jadual 7
Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual 7 dengan jadual yang berikut:
“JADUAL 7
[Seksyen 230]
Terbitan terkecuali
Terbitan yang dibuat kepada suatu skim unit amanah, skim pelaburan ditetapkan atau skim persaraan.
Terbitan yang dibuat kepada seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal.
Terbitan yang dibuat kepada seseorang pengarah eksekutif atau ketua pegawai eksekutif kepada pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.
Terbitan yang dibuat kepada dana tertutup yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
Terbitan yang dibuat kepada suatu bank berlesen atau pemegang lesen insurans sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Labuan 2010.
Terbitan yang dibuat kepada bank Islam berlesen atau pemegang lesen takaful sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Islam Labuan 2010.
P.U. (A) 481 17
Terbitan yang dibuat kepada institusi berlesen sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau bank Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Bank Islam 1983.
Terbitan yang dibuat kepada syarikat insurans yang didaftarkan di bawah Akta
Insurans 1996 atau pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984.
B. Terbitan terkecuali yang dibuat kepada entiti bernilai bersih tinggi
syarikat yang berdaftar sebagai syarikat amanah di bawah Akta Syarikat
Amanah 1949 yang mempunyai aset-aset di bawah pengurusan melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing; atau
perbadanan yang merupakan syarikat awam di bawah Akta Syarikat 1965
yang telah dibenarkan oleh Suruhanjaya untuk menjadi pemegang amanah bagi maksud Akta ini dan mempunyai aset-aset di bawah pengurusan melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing.
Terbitan yang dibuat kepada—
perbadanan yang mempunyai jumlah bersih aset yang melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing berasaskan kepada akaun teraudit yang terakhir; atau
perkongsian dengan jumlah bersih aset melebihi sepuluh juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing.
Terbitan yang dibuat kepada badan berkanun yang ditubuhkan oleh Akta
Parlimen atau enakmen mana-mana Negeri.
P.U. (A) 481 18
Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri di bawah seksyen 150 Akta Cukai
Pendapatan 1967 [Akta 53].
C. Terbitan terkecuali yang dibuat kepada individu bernilai bersih tinggi
yang jumlah bersih aset peribadinya, atau jumlah bersih aset bersesama dengan pasangannya, melebihi tiga juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing, kecuali nilai kediaman utama individu itu;
yang pendapatan tahunan kasarnya melebihi tiga ratus ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing setiap tahun dalam dua belas bulan sebelumnya; atau
yang, bersesama dengan pasangannya, mempunyai pendapatan tahunan kasarnya melebihi empat ratus ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing setiap tahun dalam dua belas bulan sebelumnya.
Terbitan yang dibuat kepada penaja jamin di bawah perjanjian penajajaminan atau penajaminan kecil.
Terbitan yang dibuat mengenai mana-mana penjualan unit skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan oleh seseorang wakil peribadi, pelikuidasi, penerima atau pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam perjalanan biasa merealisasi aset.
P.U. (A) 481 19
Semua perdagangan dalam sekuriti kecuali debentur yang dilaksanakan di pasaran saham suatu bursa saham yang diluluskan oleh Menteri menurut subseksyen 8(2) atau bursa saham yang lain di luar Malaysia yang diiktiraf di bawah kaedah-kaedah bursa saham itu.
Suatu terbitan berkenaan dengan sekuriti sesuatu syarikat persendirian.
Terbitan sekuriti yang dibuat atau dijamin oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Bank Negara.
Suatu terbitan menurut suatu tawaran pengambilalihan yang mematuhi undang-undang yang berkaitan yang terpakai bagi tawaran itu.
Semua dagangan sekunder dalam debentur kecuali dagangan sekunder debentur yang melibatkan pelabur runcit dan prospektus tidak diterbitkan.
Suatu terbitan yang dibuat kepada pekerja atau pengarah sesuatu perbadanan atau perbadanan yang berhubungannya menurut suatu skim syer, pekerja atau skim opsyen syer pekerja.
Terbitan yang dibuat kepada mana-mana pemiutang atau pemegang sekuriti syarikat yang sedang menjalani skim perkiraan atau kompromi di bawah seksyen 176 Akta Syarikat 1965 atau skim penyusunan semula di bawah Akta
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 yang tidak boleh dilepaskan kepada mana-mana orang selain pemiutang atau pemegang sekuriti syarikat itu.
Mengenai sekuriti perbadanan yang tidak tersenarai, terbitan yang dibuat kepada anggota atau pemegang debentur yang sedia ada perbadanan itu melalui terbitan hak dan bukan merupakan tawaran yang baginya seksyen 237 terpakai.
Terbitan yang dibuat khusus kepada orang di luar Malaysia.
P.U. (A) 481 20
Terbitan yang dibuat kepada seseorang yang memperoleh sekuriti menurut penempatan secara persendirian jika balasan agregat bagi pemerolehan itu adalah tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing bagi setiap transaksi sama ada amaun itu dibayar secara tunai atau selainnya.
Terbitan yang dibuat oleh atau kepada Danamodal Nasional Berhad.
Terbitan sekuriti oleh perbadanan menurut penjalanan opsyen, waran atau hak langganan yang boleh dipindahkan, yang mengenainya prospektus yang didaftarkan di bawah Akta ini atau yang mengenainya sekuriti yang opsyen, waran atau hak langganan yang boleh dipindahkan itu diubah ialah sekuriti yang tersenarai.
Terbitan saham oleh perbadanan menurut peruntukan yang terkandung dalam nota boleh ubah, sama ada nota itu diterbitkan oleh perbadanan itu atau oleh perbadanan lain, yang mengenainya prospektus telah diterbitkan di bawah Akta ini atau yang mengenainya sekuriti yang opsyen, waran atau hak langganan yang boleh dipindahkan itu diubah ialah sekuriti yang tersenarai.
Terbitan berkenaan dengan saham atau unit dalam skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang diterbitkan untuk menjelaskan dividen yang kena dibayar oleh penerbit kepada pemegang syer atau unit yang sedia ada yang diterbitkan menurut prospektus.
Terbitan berkenaan dengan sekuriti perbadanan yang dibuat kepada anggota sedia ada dalam suatu syarikat mengikut pengertian seksyen 270 Akta Syarikat 1965.
Terbitan bonus sekuriti yang dibuat oleh perbadanan.
Terbitan berkenaan dengan sekuriti syarikat asing yang sekuriti atau kelas sekuritinya mendapat kemasukan ke mana-mana bursa di luar Malaysia yang diiktiraf di bawah kaedah-kaedah bursa saham, dibuat kepada anggota atau
P.U. (A) 481 21
pemegang debentur yang sedia ada perbadanan syarikat asing itu secara terbitan hak.
Terbitan berkenaan sekuriti perbadanan asing yang sekuriti atau mana-mana kelas sekuritinya mendapat kemasukan ke bursa saham lain di luar Malaysia yang diiktiraf di bawah kaedah-kaedah bursa saham, yang dibuat kepada anggota atau pemegang debentur sedia ada perbadanan asing itu secara terbitan hak dengan syarat bahawa tawaran atau pelawaan itu disertakan dengan prospektus atau dokumen penzahiran yang diluluskan oleh pihak berkuasa menyelia asing perbadanan asing itu.
Tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali yang baginya seksyen 232, 233, 234, 235,
236, 237, 238, 239, 240, 241 dan 244 Penggal 3 Bahagian VI tidak terpakai.”.
Dibuat 27 Disember 2012
[KK/BPKA/K1/(S)/483/128/1/1 Jld.8; PN(PU2)662/VII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 481 22
CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007
CAPITAL MARKETS AND SERVICES (AMENDMENT OF SCHEDULES 5, 6 AND 7)
ORDER 2012
Opening note
This order may be cited as the Capital Markets and Services
(Amendment of Schedules 5, 6 and 7) Order 2012.
This Order comes into operation on 28 December 2012
Amendment of Schedule 5 2.
The Capital Markets and Services Act 2007, which is referred to as the principal
Act in this Order, is amended by substituting for Schedule 5 the following schedule:
“SCHEDULE 5
[Subsection 212(8)]
Proposals not requiring approval, authorization or recognition
Categories of transactions not subject to the requirements of subsections 212(2), (3),
Any proposal, scheme, transaction, arrangement or activity, or issuance of securities or offer for subscription or purchase of securities, or issuance of an invitation to subscribe for or purchase securities in relation to—
the listing or quotation of securities issued or guaranteed by the Federal
Government or Bank Negara on a stock market of the stock exchange;
P.U. (A) 481 23
the listing or quotation of securities of a corporation on an alternative market of the stock exchange, except for debentures, sukuk and Islamic structured products;
an acquisition or disposal of assets which results in a significant change in the business direction or policy of a corporation—
that is listed on the alternative market of the stock exchange except where such acquisition or disposal is carried out in conjunction with paragraph 212(2)(b); or
where only its debentures, sukuk or Islamic structured product are listed on a stock market of the stock exchange;
a disposal of assets which results in a significant change in the business direction or policy of a corporation that is listed on the main market of the stock exchange except where the disposal forms part of a proposal falling under paragraph 212(2)(d) or subsection 212(3);
the acquisition or disposal of assets which results in a significant change in the business direction or policy of a unit trust scheme that is listed on the main market of the stock exchange other than a business trust; and
quotation of structured warrants on a stock market of the stock exchange provided that the issuer complies with eligibility requirements specified by the Commission.
Making available, offering for subscription or purchase, or issuing an invitation to subscribe for or purchase—
securities or derivatives or guaranteed by any State Government;
P.U. (A) 481 24
securities of a company to existing members of a company within the meaning of section 270 of the Companies Act 1965;
securities or derivatives of any entity established or registered under the laws of Labuan—
exclusively to person outside Malaysia; or
securities of a foreign corporation that is listed on an exchange outside
Malaysia pursuant to—
an employee share or employee share option scheme;
a distribution of shares held by the foreign corporation in its subsidiary in lieu of dividends;
a rights issue;
the exercise of a warrant, option or transferable subscription right, conversion of a convertible note or preference share, or the exchange of an exchangeable note;
an entitlement in respect of a warrant, option or right without consideration;
P.U. (A) 481 25
any other corporate exercise as may be specified by the
Commission, except debentures, sukuk or Islamic structured product, unit trust and prescribed investments;
securities, except debentures, sukuk or Islamic structured product, unit trust and prescribed investments, of a foreign corporation that is not listed on the stock exchange or an exchange outside Malaysia pursuant to—
an employee share or employee share option scheme;
securities listed or approved for listing and quotation on an exchange outside Malaysia, except debentures, sukuk or Islamic structured product, shares in a closed end fund, units in a unit trust scheme and prescribed investments, to the following persons:
a closed end fund approved by the Commission;
a person who acquires securities pursuant to an offer, as principal, if the offer is on terms that the securities may only be acquired at a consideration of not less than two hundred and fifty thousand
P.U. (A) 481 26
ringgit or its equivalent in foreign currencies for each transaction whether such amount is paid for in cash or otherwise;
an individual whose total net personal assets, or total net joint assets with his or her spouse, exceeds three million ringgit or its equivalent in foreign currencies, excluding the value of the primary residence of the individual;
an individual who has a gross annual income exceeding three hundred thousand ringgit or its equivalent in foreign currencies per annum in the preceding twelve months;
an individual who, jointly with his or her spouse, has a gross annual income of four hundred thousand ringgit or its equivalent in foreign currencies per annum in the preceding twelve months;
a corporation with total net assets exceeding ten million ringgit or its equivalent in foreign currencies based on the last audited accounts;
a partnership with total net assets exceeding ten million ringgit or its equivalent in foreign currencies;
a bank licensee or insurance licensee as defined in the Labuan
Financial Services and Securities Act 2010 [Act 704];
an Islamic bank licensee or takaful licensee as defined in the
Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010
[Act 705]; or
any other person as may be specified by the Commission,
P.U. (A) 481 27
provided that—
such exchange is specified by the Commission; and the distribution of such securities is made by a holder of a
Capital Markets Services License who carries on the business of dealing in securities;
units in a unit trust scheme or prescribed investments by a personal representative, liquidator, receiver or trustee in bankruptcy or liquidation, as the case may be, in the normal course of realization of assets;
securities, except debentures, sukuk of a foreign corporation, Islamic structured products, unit trusts and prescribed investments, that is not listed on the stock exchange or an exchange outside Malaysia to existing holders of those securities or any other person as may be specified by the
Commission in any guideline issued under section 377;
securities, except debentures, sukuk or Islamic structured product, unit trust and prescribed investments, of—
a private company; or
a public company that is not listed on the stock exchange and is not seeking listing on the main market of the stock exchange; and
debentures, sukuk or Islamic structured product by a corporation to its related corporation where such debentures, sukuk or Islamic structured product shall include a term that prohibits the transfer of such debentures, sukuk or Islamic structured product, as the case may be, to any other person.
P.U. (A) 481 28
All secondary trading of debentures, sukuk or Islamic structured products.
Invitation or offering to underwrite or subunderwrite securities pursuant to an underwriting agreement in relation to the listing and quotation of securities of a corporation on a stock market of the stock exchange.
Issuance or allotment of securities to an underwriter or subunderwriter pursuant to an underwriting agreement in relation to the listing and quotation of securities of a corporation on a stock market of the stock exchange.
In relation to subsection 212(4)—
any proposal of a listed corporation where only its debentures, sukuk or
Islamic structured products are listed on a stock market of the stock exchange; or
any proposal of a listed corporation whose shares are already listed on an exchange outside Malaysia.
In respect of a corporation that is listed on the main market of the stock exchange, the issuance and subsequent listing and quotation of its securities on the main market pursuant to—
the exercise of a warrant, option or transferable subscription right, conversion of a convertible note or preference share, or the exchange of an exchangeable note;
an entitlement in respect of a warrant, option or right without consideration ;
any other corporate exercise under the rules of the stock exchange as may be specified by the Commission, except—
for debentures, sukuk or Islamic structured product, unit trust schemes other than business trusts and prescribed investments; or
where it forms part of a proposal falling under paragraph 212(2)(d) or subsection 212(3).
In respect of a unit trust scheme that is listed on the main market of the stock exchange, the issuance and subsequent listing and quotation of its units on the main market pursuant to a bonus issue or a rights issue.
Making available, offering for subscription or purchase, or issuing an invitation to subscribe for or purchase of or dealing in over-the-counter derivatives by any person except where—
the over-the-counter derivative is proposed to be made available, offered for subscription or purchase to;
an invitation to subscribe for or purchase the over-the-counter derivative is made to; or
the dealing in the over-the-counter derivatives involves,
P.U. (A) 481 30
a retail investor as specified by the Commission.
Note:
Retail investors means any person other than—
the Central Bank of Malaysia established under Central Bank of Malaysia of 2009; or
persons specified under Part I of Schedule 6 or 7 of this Act.”.
Amendment of Schedule 6 3.
The principal Act is amended by substituting for Schedule 6 the following schedule:
“SCHEDULE 6
[Section 229]
Excluded offers or excluded invitations
Bahagian I
An offer or invitation made to a unit trust scheme, prescribed investment scheme or private retirement scheme.
[Deleted]
An offer or invitation made to—
an executive director or a chief executive officer of a holder of a Capital
Markets Services License.
An offer or invitation made to a closed end fund approved by the Commission.
An offer or invitation made to a bank licensee or insurance licensee as defined under the Labuan Financial Services and Securities Act 2010.
An offer or invitation made to an Islamic bank licensee or takaful licensee as defined under the Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010.
An offer or invitation made to a licensed institution as defined in the Banking and
Financial Institutions Act 1989 or an Islamic bank as defined in the Islamic
Banking Act 1983.
An offer or invitation made to an insurance company registered under the
Insurance Act 1996 or a takaful operator registered under the Takaful Act 1984.
B.
Excluded offers or excluded invitations made to high net worth entity
a company that is registered as a trust company under the Trust
Companies Act 1949 which has assets under management exceeding ten million ringgit or its equivalent in foreign currencies; or
a corporation that is a public company under the Companies Act 1965
which is approved by the Commission to be a trustee under the Act and has assets under management exceeding ten million ringgit or its equivalent in foreign currencies.
P.U. (A) 481 32
An offer or invitation made to—
a corporation with total net assets exceeding ten million ringgit or its equivalent in foreign currencies based on the last audited accounts; or
a partnership with total net assets exceeding ten million ringgit or its equivalent in foreign currencies.
An offer or invitation made to a statutory body established by an Act of
Parliament or an enactment of any State.
An offer or invitation made to a pension fund approved by the Director General of Inland Revenue under section 150 of the Income Tax Act 1967 [Act 53].
C.
Excluded offers or excluded invitations made to high net worth individual
whose total net personal assets, or total net joint assets with his or her spouse, exceed three million ringgit or its equivalent in foreign currencies, excluding the value of the individual’s primary residence;
who has a gross annual income exceeding three hundred thousand ringgit or its equivalent in foreign currencies per annum in the preceding twelve months; or
who, jointly with his or her spouse, has a gross annual income exceeding four hundred thousand ringgit or its equivalent in foreign currencies per annum in the preceding twelve months.
P.U. (A) 481 33
Bahagian II
Other types of excluded offers or excluded invitations
An offer or invitation made with respect to any sale of a unit in a unit trust scheme or a prescribed investment scheme by a personal representative, liquidator, receiver or trustee in bankruptcy or liquidation, as the case may be, in the normal course of realization of assets.
All trades in securities, except for debentures, effected on a stock market of a stock exchange which is approved by the Minister pursuant to subsection 8(2) or such other exchange outside Malaysia which is recognized under the rules of the stock exchange.
An offer or invitation of securities made or guaranteed by the Federal
Government or any State Government or Bank Negara.
An offer or invitation in respect of securities of a private company.
An offer or invitation pursuant to a take-over offer which complies with the relevant law applicable to such offers.
All secondary trades in debentures except for secondary trades of debentures that involves retail investors and a prospectus has not been issued.
An offer or invitation made to employees or directors of a corporation or its related corporation pursuant to an employee share or employee share option scheme.
An offer or invitation made to any creditor or holder of securities of a company undergoing a scheme of arrangement or compromise under section 176 of the
Companies Act 1965 [Act 125] or a restructuring scheme under the Pengurusan
P.U. (A) 481 34
Danaharta Nasional Berhad Act 1998 [Act 587] which may not be renounced to any person other than a creditor or holder of securities of the company.
An offer or invitation made exclusively to persons outside Malaysia.
An offer or invitation to enter into an underwriting or sub-underwriting agreement or an offer or invitation made to an underwriter under such an agreement.
An offer or invitation made to a person who acquires securities pursuant to a private placement if the aggregate consideration for the acquisition is not less than two hundred and fifty thousand ringgit or its equivalent in foreign currencies for each transaction whether such amount is paid for in cash or otherwise.
[Deleted]
An offer or invitation made by or to Danamodal Nasional Bhd.
An offer or invitation in respect of securities of a corporation made to existing members of a company within the meaning of section 270 of the Companies Act 1965.
An offer or invitation in respect of securities of a foreign corporation whose securities or any class of securities having gained admission on such other exchange outside Malaysia which is recognized under the rules of a stock exchange, made to existing members or debenture holders of such foreign corporation by means of a rights issue provided that such offer of invitation has been accompanied by a prospectus or disclosure document approved by the foreign supervisory authority of such foreign corporation.
P.U. (A) 481 35
With respect to the securities of a corporation which are not listed, an offer or invitation made to existing members or debenture holders of such corporation by means of a rights issue and is not an offer to which section 237 applies.
Bahagian III
Excluded offers or excluded invitations to which sections 232, 233, 234, 235, 236, 237,
238, 239, 240, 241 and 244 of Division 3 of Part VI shall not apply.”.
Amendment of Schedule 7 4.
The principal Act is amended by substituting for Schedule 7 the following schedule:
“SCHEDULE 7
[Section 230]
Excluded issues
An issue made to a unit trust scheme, prescribed investment scheme or private retirement scheme.
An issue made to a holder of a Capital Markets Services License.
An issue made to an executive director or a chief executive officer of a holder of a
Capital Markets Services License.
An issue made to a closed end fund approved by the Commission.
P.U. (A) 481 36
Labuan Financial Services and Securities Act 2010.
An issue made to an Islamic bank licensee or takaful licensee as defined under the Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010.
An issue made to a licensed institution as defined in the Banking and Financial
Institutions Act 1989 or an Islamic bank as defined in the Islamic Banking Act 1983.
An issue made to an insurance company registered under the Insurance Act 1996
or a takaful operator registered under the Takaful Act 1984.
B.
Excluded Issues made to High-Net Worth Entities
a company that is registered as a trust company under the Trust
Companies Act 1949 which has assets under management exceeding ten million ringgit or its equivalent in foreign currencies; or
a corporation that is a public company under the Companies Act 1965
which is approved by the Commission to be a trustee under the Act and has assets under management exceeding ten million ringgit or its equivalent in foreign currencies.
An issue made to—
a corporation with total net assets exceeding ten million ringgit or its equivalent in foreign currencies based on the last audited accounts; or
a partnership with total net assets exceeding ten million ringgit or its equivalent in foreign currencies.
P.U. (A) 481 37
An issue made to a statutory body established by an Act of Parliament or an enactment of any State.
An issue made to a pension fund approved by the Director General of Inland
Revenue under section 150 of the Income Tax Act 1967.
C. Excluded Issues made to High-Net Worth Individuals
whose total net personal assets, or total net joint assets with his or her spouse, exceed three million ringgit or its equivalent in foreign currencies, excluding the value of the individual’s primary residence;
who has a gross annual income exceeding three hundred thousand ringgit or its equivalent in foreign currencies per annum in the preceding twelve months; or
who, jointly with his or her spouse, has a gross annual income exceeding four hundred thousand ringgit or its equivalent in foreign currencies per annum in the preceding twelve months.
An issue made to an underwriter under an underwriting or subunderwriting agreement.
An issue made with respect to any sale of a unit in a unit trust scheme or a prescribed investment scheme by a personal representative, liquidator, receiver
P.U. (A) 481 38
or trustee in bankruptcy or liquidation, as the case may be, in the normal course of realization of assets.
All trades in securities, except for debentures, affected on a stock market of a stock exchange which is approved by the Minister pursuant to subsection 8(2) or such other exchange outside Malaysia which is recognized under the rules of the stock exchange.
An issue in respect of securities of a private company.
An issue of securities made or guaranteed by the Federal Government or any
State Government or Central Bank.
An issue in respect of securities which are acquired pursuant to a take-over offer which complies with the relevant law applicable to such offers.
All secondary trades in debentures, except for secondary trades of debentures that involves retail investors and a prospectus has not been issued.
An issue in respect of securities which are acquired by employees or directors of a corporation or its related corporation pursuant to an employee share or employee share option scheme.
An issue made to any creditor or holder of securities of a company undergoing a scheme of arrangement or compromise under section 176 of the Companies Act 1965 or a restructuring scheme under the Pengurusan Danaharta Nasional
Berhad Act 1998 which may not be renounced to any person other than a creditor or holder of securities of the company.
An issue in respect of securities of a corporation which are not listed made to existing members or debenture holders of such corporation by means of a rights issue and is not an issue or allotment to which section 237 applies.
P.U. (A) 481 39
An issue made exclusively to persons outside Malaysia.
An issue made to a person who acquires securities pursuant to private placement if the aggregate consideration for the acquisition is not less than two hundred and fifty thousand ringgit or its equivalent in foreign currencies for each transaction, whether such amount is paid for in cash or otherwise.
An issue made by or to Danamodal Nasional Berhad.
An issue of securities by a corporation pursuant to the exercise of an option, a warrant or a transferable subscription right, in respect of which a prospectus has been registered under this Act or in respect of which the securities to which the option, warrant or transferable subscription right converts into are listed securities.
An issue of shares by a corporation pursuant to a provision contained in a convertible note, whether the note was issued by that corporation or by another corporation, in respect of which a prospectus has been registered under this Act or in respect of which the securities to which the option, warrant or transferable subscription right converts into are listed securities.
An issue in respect of shares or units in a unit trust scheme or prescribed investment scheme which are issued in satisfaction of dividends payable by the issuer to the holders of existing shares or units that were issued pursuant to a prospectus.
An issue of securities of a corporation made to existing members of a company within the meaning of section 270 of the Companies Act 1965.
A bonus issue of securities made by a corporation.
An issue in respect of securities of a foreign corporation whose securities or any class of securities having gained admission on such other exchange outside
P.U. (A) 481 40
Malaysia which is recognized under the rules of a stock exchange, made to existing members or debenture holders of such foreign corporation by means of a rights issue.
An issue of securities of a foreign corporation whose securities or any class of securities having gained admission on such other exchange outside Malaysia which is recognized under the rules of a stock exchange, made to existing members or debenture holders of such foreign corporation by means of a rights issue provided that such issue has been accompanied by a prospectus or disclosure document approved by the foreign supervisory authority of such foreign corporation.
Excluded issues to which sections 232, 233, 234, 235, 236, 237, 238, 239, 240, 241 and 244 of Division 3 of Part VI shall not apply.”.
Made 27 December 2012
[KK/BPKA/K1/(S)/483/128/1/1 Jld.8; PN(PU2)662/VII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Second Minister of Finance