Skip to content
P.U. (A)In force

Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2012
Sections
7

Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 72 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.

Front matterCover and publication detailsOpen

P.U. (A) 72

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN WANG

(KEWAJIPAN PEMEGANG LESEN) 2012

MONEY SERVICES BUSINESS (DUTIES OF LICENSEES)

REGULATIONS 2012

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (A) 72 2

AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG

(KEWAJIPAN PEMEGANG LESEN) 2012

Opening note

Preamble

  1. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 78(1), perenggan 21(2)(b), subseksyen 26(1), 27(1), 31(1) dan 36(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731], Bank, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa

(1)

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan

Peraturan-Peraturan

Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012.

(2)

Peraturan-Peraturan ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2011.

Tafsiran

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“mata wang asing” tidak termasuk mata wang Israel;

”ringgit” berkenaan dengan apa-apa hak untuk menerima ringgit ertinya—

(a)

deposit dalam ringgit ke dalam sesuatu akaun bank;

Pembukaan atau penempatan semula pejabat

Seseorang pemegang lesen, dalam memohon untuk membuka atau menempatkan semula suatu pejabat, hendaklah mengemukakan kepada Bank maklumat yang berikut:

P.U. (A) 72 3

(b)

bagi suatu pejabat, selain suatu pejabat yang disebut dalam perenggan (c), suatu perancangan perniagaan yang kukuh yang meliputi analisis daya maju, unjuran prospek pembangunan dan unjuran aliran tunai bagi tiga tahun ke hadapan;

(c)

jika suatu pejabat itu suatu tempat perniagaan bergerak atau suatu tempat perniagaan yang didirikan dan disenggarakan bagi sesuatu tempoh terhad sahaja, suatu perancangan perniagaan yang kukuh meliputi analisis daya maju, unjuran prospek pembangunan dan unjuran aliran tunai bagi tempoh operasinya; dan

(d)

perkiraan pengawasan bagi pejabat itu yang mengandungi butiran struktur laporan, pengurusan risiko, kawalan dalaman dan proses pematuhan.

Ketelusan dalam urus niaga

(1)

Seseorang pemegang lesen hendaklah menzahirkan maklumat yang berikut berhubung dengan produk dan perkhidmatannya kepada pelanggannya:

(a)

seseorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengurupan wang atau mata wang borong hendaklah—

(i)

mempamerkan kadar tukaran belian dan jualan masing-masingnya di bawah tajuk “kami beli” dan “kami jual”; dan

(ii)

menzahirkan fi dan caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan;

(b)

seseorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengiriman wang hendaklah menyatakan—

P.U. (A) 72 4

(i)

kadar tukaran, fi dan caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan;

(ii)

amaun dalam mata wang yang akan dibayar kepada benefisiari itu;

(iii)

fi dan caj yang akan dikenakan oleh ejen koresponden;

(iv)

anggaran tempoh bagi dana itu diserahkan kepada benefisiari itu; dan

(v)

lokasi di mana dana itu tersedia bagi dipungut oleh benefisiari itu;

(c)

alamat tempat utama perniagaan pemegang lesen itu; dan

(d)

cara bagi pelanggan membuat aduan kepada pemegang lesen itu.

(2)

Maklumat yang dizahirkan kepada pelanggan di bawah subperaturan (1)

hendaklah boleh diakses dengan mudah, nampak jelas dan mudah dibaca.

Pemegang lesen hendaklah mengeluarkan resit

Seseorang pemegang lesen, hendaklah memasukkan maklumat yang berikut dalam suatu resit yang dikeluarkan kepada pelanggannya:

(a)

seorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengurupan wang atau mata wang borong—

(i)

nama, alamat dan butir-butir bagi menghubungi pemegang lesen;

(iv)

amaun yang dibayar dan jenis mata wang yang ditawarkan oleh pelanggan;

(v)

amaun dan jenis mata wang yang akan dikeluarkan kepada pelanggan;

(vii)

fi dan caj perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan;

dan

(b)

seorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengiriman wang—

(v)

nama benefisiari;

(vii)

amaun dana yang akan dikirim dalam ringgit dan yang bersamaan dengan mata wang asing yang akan diterima oleh benefisiari; dan

P.U. (A) 72 6

(viii)

fi dan caj perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Pelantikan juruaudit

Seseorang pemegang lesen, dalam melantik seorang juruaudit, hendaklah memastikan juruaudit itu—

(a)

ialah seorang juruaudit syarikat yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

(b)

tidak mempunyai apa-apa jua pun kepentingan dalam apa-apa bentuk atau daripada apa-apa perihalan dalam pemegang lesen itu, termasuk suatu kepentingan dalam syer pemegang lesen;

(c)

bukan seorang pengarah, pengawal atau pekerja pemegang lesen itu;

(d)

bukan seorang pekongsi, majikan atau pekerja kepada pengarah, pengawal atau pekerja, pemegang lesen itu;

(e)

bukan seorang pekongsi atau pekerja dengan seorang pekerja kepada pengarah, pengawal atau pegawai, pemegang lesen itu;

(f)

bukan seorang pemegang syer, atau pasangannya seorang pemegang syer, bagi suatu perbadanan yang pekerjanya adalah seorang pegawai kepada pemegang lesen itu; dan

(g)

tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau Akta Syarikat 1965, atau atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang melibatkan fraud atau kecurangan.

P.U. (A) 72 7

Perkiraan operasi dan tadbir urus

(1)

Seorang pemegang lesen hendaklah memulakan dan menyenggara suatu mekanisme kawalan dalaman dan perkiraan tadbir urus yang memperuntukkan—

(a)

suatu pengawasan berterusan yang berkesan oleh lembaga pengarahnya ke atas pengurusan pemegang lesen itu;

(b)

suatu kerangka kerja kebertanggungjawaban yang jelas, yang memperuntukkan peranan dan tanggungjawab tertentu bagi lembaga pengarah itu dan pengurusan atasan, had kuasa dan proses yang berkesan untuk menyampaikan keputusan penting dan kegagalan operasi;

(c)

suatu sistem sekatan dan imbangan yang berkesan bagi—

(i)

memastikan pematuhan kepada dasar dalaman, tatacara dan proses, Akta dan peraturan-peraturannya, garis panduannya, pekelilingnya, piawaiannya atau notisnya; dan

(ii)

menyelesaikan kemungkinan salah pengurusan dan fraud;

(d)

suatu pengurusan risiko berkesan yang setara dengan sifat, skala dan kerumitan operasi perniagaan pemegang lesen itu yang membolehkan pemegang lesen itu untuk mengenal pasti dan mengawal risiko dalam operasinya;

(e)

suatu sistem pengurusan maklumat yang boleh dipercayai yang selamat dan teguh untuk menyokong operasi perniagaan pemegang lesen itu;

(f)

suatu perkiraan kontingensi dan perancangan perniagaan berterusan dalam peristiwa yag tidak dijangka yang secara material menjejaskan operasi; dan

P.U. (A) 72 8

(g)

suatu tahap mencukupi bagi kekompetenan pekerja-pekerja dalam melaksanakan fungsi mereka.

(2)

Seseorang pemegang lesen hendaklah memulakan dan menyenggara suatu program pematuhan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan yang sesuai, kukuh dan mencukupi untuk mematuhi kehendak—

(a)

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613];

(b)

Garis Panduan Piawaian mengenai Pencegahan Pengubahan Wang

Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) yang dikeluarkan dalam bulan November 2006 di bawah Akta

Pencegahan

Pengubahan

Wang

Haram dan

Pencegahan

Pembiayaan Keganasan 2001;

(c)

Garis Panduan Sektoral 3 Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang dikeluarkan dalam bulan November 2006 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan

Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001; dan

(d)

apa-apa peraturan, surat perkeliling, notis atau garis panduan lain yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang

Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001

yang berhubungan dengan pemegang lesen itu.

P.U. (A) 72 9

Dibuat 3 Februari 2012

[BNM.JUN. 1110/65/01; PN(PU2)701]

TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ

Gabenor

Diluluskan 20 Februari 2012

[BNM.JUN. 1110/65/01; PN(PU2)701]

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Menteri Kewangan

P.U. (A) 72 10

MONEY SERVICES BUSINESS ACT 2011

MONEY SERVICES BUSINESS (DUTIES OF LICENSEES) REGULATIONS 2012

Opening note

Preamble

  1. IN exercise of the powers conferred by subsection 78(1), paragraph 21(2)(b), subsections 26(1), 27(1), 31(1) and 36(1) of the Money Services Business Act 2011 [Act 731], the Bank, with the approval of the Minister, makes the following regulations: Citation and commencement 1.

(1)

These regulations may be cited as the Money Services Business

(Duties of Licensees) Regulations 2012.

(2)

These Regulations are deemed to have come into operation on 1 December 2011.

Interpretation 2.

In these regulations—

“foreign currency” excludes the currency of Israel;

“ringgit” in respect of any right to receive ringgit means—

(c)

money orders denominated in ringgit.

Opening or relocating an office 3.

A licensee, in applying for the opening or relocation of an office, shall submit to the Bank the following information:

(a)

the proposed location of such office;

P.U. (A) 72 11

(b)

for an office, other than an office referred to in paragraph (c), a sound business plan covering a feasibility analysis, projected growth prospect and cash flow projection for the next three financial years;

(c)

where an office is a mobile place of business or a place of business set-up and maintained for a limited period only, a sound business plan covering a feasibility analysis, projected growth prospect and cash flow projection for the period of its operation; and

(d)

the oversight arrangement for the office which contains details of the reporting structure, risk management, internal controls and compliance process.

Transparency in dealings 4.

(1)

A licensee shall disclose the following information in relation to its products and services to its customers:

(a)

a licensee who carries on money changing or wholesale currency business shall—

(i)

display the buying and selling rates of exchange under the headings “we buy” and “we sell” respectively; and

(ii)

disclose the fees and charges for any services rendered;

(b)

a licensee who carries on remittance business shall state—

(i)

the exchange rate, fees and charges for any services rendered;

(ii)

the amount in the currency that will be paid to the beneficiary;

P.U. (A) 72 12

(iii)

the fees and charges to be imposed by the correspondent agent;

(iv)

the estimated time for the funds to be transferred to the beneficiary; and

(v)

the location where the funds are available for collection by the beneficiary;

(c)

the address of the principal place of business of the licensee; and

(d)

the manner in which customers may lodge complaints to the licensee.

(2)

The information disclosed to customers under subregulation (1) shall be easily accessible, visible and reader friendly.

Licensee to issue receipt 5.

A licensee shall include the following information in a receipt issued to its customers:

(a)

a licensee who carries on money changing or wholesale currency business—

(i)

the name, address and details on how to contact the licensee;

(iv)

the amount paid and the type of currencies tendered by the customer;

P.U. (A) 72 13

(v)

the amount and the type of currencies to be issued to the customer;

(vii)

the fees and charges for services rendered to the customer;

and

(v)

the name of the beneficiary;

(vii)

the amount of funds to be remitted in ringgit and its equivalent amount in foreign currency to be received by the beneficiary; and

(viii)

the fees and charges for services rendered to the customer.

Appointment of auditor 6.

A licensee, in appointing an auditor, shall ensure that the auditor—

P.U. (A) 72 14

(a)

is an approved company auditor as defined in the Companies Act 1965 [Act 125];

(b)

does not have any interest whatsoever in any form or of any description in that licensee, including an interest in the shares of the licensee;

(c)

is not a director, controller or employee of that licensee;

(d)

is not a partner, employer or employee of a director, controller, or employee, of that licensee;

(e)

is not a partner or employee of an employee of a director, controller, or officer, of that licensee;

(f)

is not a shareholder, or his spouse is a shareholder, of a corporation whose employee is an officer of that licensee; and

(g)

has not been convicted of any offence under this Act or the

Companies Act 1965, or of any offence under any other written law involving fraud or dishonesty.

Operational and governance arrangements 7.

(1)

A licensee shall institute and maintain an internal control mechanism and governance arrangement which provide for—

(a)

an effective continuing oversight by its board of directors over the management of the licensee;

(b)

a clear accountability framework, which provides defined roles and responsibilites for the board of directors and senior management, authority limits and effective processes for delivering material decision and operational lapses;

P.U. (A) 72 15

(i)

ensure compliance with internal policies, procedures and processes, the Act and its regulations, guidelines, circulars, standards or notices; and

(ii)

address the likelihood of mismanagement and fraud;

(d)

an effective management of risks commensurate with the nature, scale and complexity of the business operations of the licensee that enable the licensee to identify and control risks in its operations;

(e)

a reliable information management system that is secure and robust to support the business operations of the licensee;

(f)

an effective contingency arrangement and business continuity plan in the event of unexpected events that materially affect operations;

and

(g)

an adequate level of employees’ competency to perform their functions.

(2)

A licensee shall institute and maintain an anti-money laundering and anti-terrorism financing compliance program which is appropriate, sound and adequate to comply with the requirements in—

(a)

the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 [Act 613];

(b)

the Standard Guidelines on Anti-Money Laundering and Counter

Financing of Terrorism (AML/CFT) issued in November 2006

under the Anti-Money Laudering and Anti-Terrorism Financing Act 2001;

P.U. (A) 72 16

(c)

the Anti-Money Laundering and Counter Financing of Terrorism

Sectoral Guidelines 3 issued in November 2006 under the Anti-Money Laudering and Anti-Terrorism Financing Act 2001; and

(d)

any regulation, circular or notice or other guideline issued under the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 relating to the licensee.

Made 3 February 2012

[BNM.JUN.1110/65/01; PN(PU2)701]

TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ

Governor

Approved 20 February 2012

[BNM.JUN.1110/65/01; PN(PU2)701]

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Minister of Finance

Common questions

What is Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012?
Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 72 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Is Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012 still in force?
Yes — Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012 is currently in force.
When did Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012 take effect?
Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012 was first recorded in 2012.
How many sections does Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012 have?
Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012 contains 7 sections.
Where can I read the official version of Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012?
The official text of Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kewajipan Pemegang Lesen) 2012 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.