Jadual
Jadual 3 Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Elaun Bangunan Industri) (Tadika) 2013.
(2)
Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2013 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Tafsiran 2.
(1)
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“dilakukan” mempunyai erti yang sama diberikan kepadanya dalam perenggan 55 Jadual 3 Akta;
“dilupuskan” ertinya pelupusan bangunan industri atau berlakunya apa-apa keadaan yang berikut:
(a)
penjualan, pindah milik atau penyerahhakan bangunan itu;
(b)
perobohan atau pemusnahan bangunan itu; atau
(c)
bangunan itu terhenti digunakan bagi maksud yang ditetapkan dalam kaedah 3;
3
“orang” ertinya seorang individu atau suatu syarikat yang menjalankan perniagaan yang berhubungan dengan penyediaan dan penyenggaraan tadika yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia;
“perbelanjaan bangunan yang layak” ertinya perbelanjaan modal yang telah dilakukan oleh seseorang bagi maksud perniagaan yang berhubungan dengan penyediaan dan penyenggaraan tadika ke atas pembinaan atau pembelian suatu bangunan industri.
Bangunan industri bagi maksud Jadual 3 Akta 3.
Dalam Kaedah-Kaedah ini, suatu bangunan yang dibina atau dibeli oleh seseorang yang berhubung dengannya bahawa—
(a)
orang itu ialah pemilik bangunan itu; dan
(b)
bangunan itu digunakan oleh orang itu bagi maksud perniagaan yang berhubungan dengan penyediaan dan penyenggaraan tadika yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, hendaklah dianggap sebagai suatu bangunan industri bagi maksud Jadual 3 Akta.
Pemakaian 4.
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi seseorang berkenaan dengan perbelanjaan bangunan yang layak yang dilakukan oleh orang itu bagi maksud perniagaannya yang berhubungan dengan pembinaan dan pembelian suatu bangunan yang disebut dalam kaedah 3.
Elaun bangunan industri 5.
(1)
Amaun elaun di bawah perenggan 80 Jadual 3 Akta hendaklah dibenarkan kepada orang yang disebut dalam kaedah 4 bersamaan dengan satu persepuluh perbelanjaan bangunan yang layak bagi suatu tahun taksiran dan bagi setiap sembilan tahun taksiran yang berikutnya.
4
(2)
Jika bahagian suatu bangunan itu digunakan sebagai suatu bangunan industri dan bahagian lain bangunan tidak digunakan sedemikian, maka, jika perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas pembinaan bahagian yang tidak digunakan sedemikian itu tidak lebih daripada satu persepuluh perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas pembinaan keseluruhan bangunan itu, bangunan itu hendaklah dianggap sebagai suatu bangunan industri bagi maksud Jadual 3 Akta.
(3)
Jika keseluruhan atau sebahagian daripada perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas pembinaan bahagian yang tidak digunakan sedemikian tidak boleh dikenal pasti sebagai perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas keseluruhan bangunan, perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas keseluruhan bangunan atau sebahagiannya yang tidak boleh dikenal pasti sebagai dilakukan ke atas bahagian bangunan masing-masing hendaklah dibahagikan mengikut rujukan kepada keluasan lantai masing-masing bagi bahagian-bahagian itu atau mengikut apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(4)
Jika bangunan industri yang digunakan bagi maksud suatu perniagaan atau suatu aktiviti yang berhubungan dengan penyediaan dan penyenggaraan tadika yang disebut dalam perenggan (3)(b) juga digunakan bagi maksud suatu perniagaan atau suatu aktiviti selain perniagaan atau aktiviti itu, maka elaun yang tergolong boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira takat bangunan industri itu digunakan bagi maksud perniagaan atau aktiviti yang berhubungan dengan penyediaan dan penyenggaraan tadika yang disebut dalam perenggan (3)(b).
(5)
Jika orang itu telah melakukan perbelanjaan bangunan yang layak berhubung dengan suatu bangunan industri dan bangunan itu dilupuskan dalam tempoh dua tahun dari tarikh perbelanjaan bangunan yang layak telah dilakukan—
(a)
apa-apa elaun yang tergolong boleh diberikan tetapi di bawah subkaedah ini tidak boleh diberikan; dan
(b)
jika apa-apa elaun sedemikian telah diberikan,
5
suatu kenaan imbangan dalam suatu amaun bersamaan dengan elaun itu hendaklah dibuat ke atas orang itu bagi tahun taksiran dalam tempoh asas bangunan itu dilupuskan.
Dibuat 28 Disember 2012
[Perb. CR(8.09)294/6/4-9(SJ.10); LHDN.01/35/(S)/42/51/82-71; PN(PU2)80/LXVII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]
6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (INDUSTRIAL BUILDING ALLOWANCE) (KINDERGARTEN) RULES 2013
IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b) and paragraph 80 of