Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Koperasi (Pengambilalihan
Kawalan) (Penggantian) 2013.
/akn/my/act/pua/2013/83
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH KOPERASI (PENGAMBILALIHAN KAWALAN) (PENGGANTIAN) 2013 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 83 2013, currently marked in force and first recorded in 2013.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Koperasi (Pengambilalihan
Kawalan) (Penggantian) 2013.
Pengambilalihan kawalan
Suruhanjaya telah melantik Haji Mohd Azmy bin Deris untuk mengambil alih kawalan semua harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan
Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN) Berhad dan perbadanan yang berkaitan dengannya dan menjalankan kesemua urusan, aktiviti dan hal ehwalnya mulai 1 November 2011 bagi baki tempoh pengambilalihan kawalan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Perintah Koperasi (Pengambilalihan Kawalan) (No. 3) 2010
[P.U. (A) 356/2010] selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun dari 20 Oktober 2010.
Kos dan perbelanjaan
Apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Suruhanjaya berhubung dengan pengambilalihan kawalan di bawah perenggan 2 hendaklah kena dibayar daripada dana dan harta Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun
Terengganu (KOKANUN) Berhad sebagai suatu caj yang pertama.
Pembatalan pelantikan
Pelantikan Mohd Nasir bin Mohd Nor yang disiarkan dalam P.U. (A) 356 pada 20 Oktober 2010 dibatalkan mulai 31 Oktober 2011.
P.U. (A) 83 3
Dibuat 21 Februari 2013
[SKM.IP.(AM)7849 JLD.2(48); PN(PU2)527/XV]
DATUK NIK ALI BIN MAT YUNUS
Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
P.U. (A) 83 4
CO-OPERATIVE SOCIETIES ACT 1993
CO-OPERATIVE SOCIETIES (ASSUMPTION OF CONTROL) (REPLACEMENT) ORDER
2013
Opening note