Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pemindahan Antarabangsa Banduan 2016.
/akn/my/act/pua/2016/179
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN 2016 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 179 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pemindahan Antarabangsa Banduan 2016.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta” ertinya Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012;
“artikel larangan”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 58(2) Akta Penjara 1995 [Akta 537];
“hukuman” ertinya hukuman pemenjaraan, dan hendaklah termasuk suatu perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah yang mengenakan suatu tempoh pemenjaraan;
“pegawai pengiring” ertinya mana-mana pegawai penjara yang diberi kuasa untuk mengiring seorang banduan oleh Komisioner Jeneral Penjara atau Pegawai yang
Menjaga;
P.U. (A) 179 4
“Pegawai yang Menjaga” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penjara 1995;
“Perintah Tetap Komisioner Jeneral” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penjara 1995.
Borang
Borang yang disebut dalam Peraturan-Peraturan ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
Waran bagi pemindahan dari Malaysia
Suatu waran bagi pemindahan dari Malaysia yang dikeluarkan di bawah seksyen 10 Akta adalah sebagaimana dalam Borang 1.
Waran bagi pemindahan ke Malaysia
Suatu waran bagi pemindahan ke Malaysia yang dikeluarkan di bawah seksyen 12 Akta adalah sebagaimana dalam Borang 2.
Pendaftaran waran atau perintah yang dikeluarkan di Negara asing yang ditetapkan
Bagi maksud seksyen 13 Akta, Komisioner Jeneral Penjara hendaklah mengemukakan waran bagi pelaksanaan suatu hukuman pemenjaraan atau suatu perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah yang mengenakan suatu tempoh pemenjaraan, ke atas seseorang banduan, yang dikeluarkan di Negara asing yang ditetapkan di hadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen bagi pendaftaran.
Jagaan selamat bagi banduan yang dipindahkan
Seseorang pegawai pengiring hendaklah pada setiap masa bertanggungjawab bagi jagaan selamat seseorang banduan semasa banduan itu sedang dipindahkan sehingga banduan itu bersama-sama dengan semua dokumen yang berkaitan—
P.U. (A) 179 5
diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan dalam kes perpindahan ke suatu Negara asing yang ditetapkan; atau
diserahkan kepada Pegawai yang Menjaga suatu penjara dalam kes banduan yang diterima daripada pihak berkuasa berkenaan
Negara asing yang ditetapkan.
Banduan yang disebut dalam subperaturan (1) yang sedang dipindahkan dari suatu penjara ke suatu Negara asing yang ditetapkan atau dari suatu Negara asing yang ditetapkan ke suatu penjara, hendaklah, semasa berada di luar penjara, diletakkan di bawah jagaan dan hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan sah seorang pegawai pengiring.
Lebih daripada seorang pegawai pengiring boleh diberi kuasa untuk mengiring seorang banduan.
Banduan tidak boleh ditinggalkan tanpa jagaan
Tiada banduan boleh, semasa dipindahkan di bawah Akta ini, ditinggalkan keseorangan tanpa seorang pegawai pengiring—
dari masa banduan itu bertolak dari penjara di mana dia sedang menjalani hukumannya sehingga dia diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan; atau
dari masa banduan itu diterima daripada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan sehingga dia diserahkan kepada Pegawai yang Menjaga sesuatu penjara.
Tertakluk kepada Perintah Tetap Komisioner Jeneral, pegawai pengiring hendaklah menjaga dan menyelia semua perkara semasa dan yang berhubungan dengan pemindahan itu.
P.U. (A) 179 6
Banduan wanita
Banduan wanita hendaklah, dalam semua hal semasa pemindahan di bawah
Akta, dijaga oleh sekurang-kurangnya seorang pegawai pengiring wanita.
Pemeriksaan
Setiap banduan hendaklah diperiksa apabila dia diterima oleh pegawai pengiring daripada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan, dan semua artikel larangan hendaklah diambil daripadanya.
Pemeriksaan seseorang banduan hendaklah dijalankan dengan mengambil kira kesopanan dan hormat kendiri, dan dengan cara yang selaras dengan keperluan untuk mencari apa-apa artikel larangan yang disembunyikan.
Seseorang banduan tidak boleh dilucutkan pakaiannya dan diperiksa di hadapan seorang banduan lain atau orang yang berlainan jantinanya.
Seseorang banduan tidak boleh diperiksa kecuali oleh pegawai penjara yang sama jantinanya dengan banduan yang akan diperiksa itu.
Perintah Tetap Komisioner Jeneral
Komisioner Jeneral Penjara boleh membuat dan mengeluarkan perintah, yang dinamakan Perintah Tetap Komisioner Jeneral, mengikut Akta, Akta Penjara 1995 atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau Akta Penjara 1995.
P.U. (A) 179 7
JADUAL
BORANG
[Peraturan 3]
BORANG 1
[Peraturan 4]
WARAN BAGI PEMINDAHAN DARI MALAYSIA
Kepada Komisioner Jeneral Penjara
Kepada …………………………………………………………….
Kepada …………………………………………………………….
1.
Saya, ……………………………………………………………………………….., Menteri Dalam Negeri
Malaysia, bertindak menurut subseksyen 10(1) Akta Pemindahan Antarabangsa
Banduan 2012, dengan ini memberi kebenaran untuk pemindahan
………………………………………………………(“banduan”) yang kini *menjalani hukuman penjara/parol di Malaysia ke ………………………………………………………………………
untuk menghabiskan *baki hukuman/parol mengikut terma sebagaimana yang dinyatakan dalam Lampiran.
2.
Banduan itu *bukan subjek mana-mana ekstradisi/subjek kepada suatu permintaan ekstradisi.
Butir-butir permintaan ekstradisi (jika terpakai):
P.U. (A) 179 8
3.
Mengikut subseksyen 10(4) Akta, saya dengan ini—
(a)
memberi kebenaran kepada
Komisioner
Jeneral
Penjara untuk menyerahkan banduan kepada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan;
(b)
memberi kebenaran kepada *pegawai pengiring/Pegawai yang Menjaga penjara untuk menahan, meletak di bawah jagaan dan menghantar banduan di dalam atau ke luar Malaysia bagi maksud menyerahkan banduan itu kepada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan; dan
(c)
memberi kebenaran kepada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan untuk mengambil jagaan banduan daripada *pegawai pengiring/Pegawai yang Menjaga penjara dan menahan dan meletak di bawah jagaan banduan itu bagi maksud pemindahan.
(Jika banduan itu dilepaskan secara parol, isi A dan B)
Spesifikasi di bawah perenggan 10(6)(a) Akta:
Spesifikasi di bawah perenggan 10(6)(b) Akta:
**
Waran bagi pemindahan yang bertarikh _________ berhubung dengan banduan di atas dibatalkan.
P.U. (A) 179 9
…………………………………………………………..
…………………………………………………………..
…………………………………………………………..
Bertarikh ……………………………………….
…………….………………………
Menteri Dalam Negeri
*Potong mana-mana yang tidak terpakai.
**Terpakai hanya bagi maksud mengubah suatu waran bagi pemindahan yang dikeluarkan sebelum ini di bawah Akta.
P.U. (A) 179 10
BORANG 2
[Peraturan 5]
WARAN BAGI PEMINDAHAN KE MALAYSIA
Kepada Komisioner Jeneral Penjara
Kepada…………………………………………………………….
Kepada…………………………………………………………….
1.
Saya, ……………………………………………………………………………….., Menteri Dalam Negeri
Malaysia, bertindak menurut subseksyen 12(1) Akta Pemindahan Antarabangsa
Banduan 2012, dengan ini memberi kebenaran pemindahan bagi
………………………………………………………[“banduan”] yang kini *menjalani hukuman penjara/parol di ……………………………………………………………………… ke Malaysia untuk menghabiskan *baki hukuman/parol yang dikenakan oleh Negara asing yang ditetapkan mengikut terma sebagaimana yang dinyatakan dalam
Lampiran.
2.
Mengikut subseksyen 12(4) Akta, saya dengan ini—
(a)
memberi kebenaran kepada pegawai pengiring untuk menerima dan mengambil jagaan banduan daripada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan dan menyerahkan banduan kepada Komisioner
Jeneral Penjara; dan
(b)
memberi kebenaran kepada
Komisioner
Jeneral
Penjara untuk mengambil jagaan banduan daripada pegawai pengiring dan menahan banduan itu di dalam penjara.
P.U. (A) 179 11
(Jika banduan itu dilepaskan secara parol, isi A dan B)
Mengikut subseksyen 12(4) Akta, saya memberi kebenaran kepada Komisioner
Jeneral Penjara untuk menahan banduan yang dilepaskan secara parol di dalam penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi empat belas hari apabila menerima banduan itu daripada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan.
Spesifikasi di bawah subseksyen 12(3) Akta:
**
Waran bagi pemindahan yang bertarikh ____________ berhubung dengan banduan di atas dibatalkan.
LAMPIRAN
…………………………………………………………..
…………………………………………………………..
…………………………………………………………..
Bertarikh……………………………………….
…………….………………………
Menteri Dalam Negeri
*Potong mana-mana yang tidak terpakai.
**Terpakai hanya bagi maksud mengubah suatu waran bagi pemindahan yang dikeluarkan sebelum ini di bawah Akta.
P.U. (A) 179 12
Dibuat 17 Jun 2016
[KDN PDP (S) 03/69/1 Jld.5;PN(PU2)710]
DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Dalam Negeri
P.U. (A) 179 13
----------------------------------------
IN exercise of the powers conferred by section 21
of the International Transfer of Prisoners Act 2012 [Act 754], the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement 1.
(1)
These regulations may be cited as the International Transfer of
Prisoners Regulations 2016.
(2)
These Regulations come into operation on 30 June 2016.
Interpretation 2.
In these Regulations, unless the context otherwise requires—
“Act” means the International Transfer of Prisoners Act 2012;
“prohibited article’’ has the meaning assigned to it in subsection 58(2) of the Prison Act 1995 [Act 537];
“sentence” means sentence of imprisonment, and shall include an order made upon the finding of guilt imposing a term of imprisonment;
“escort officer’’ means any prison officer authorized to escort a prisoner by the Commissioner General of Prison or an Officer-in-Charge;
“Officer-in-Charge’’ has the meaning assigned to it in section 2 of the Prison Act 1995;
“Commissioner General’s Standing Orders” has the meaning assigned to it in section 2 of the Prison Act 1995.
P.U. (A) 179 15
Forms 3.
The forms mentioned in these Regulations are as specified in the Schedule.
Warrant for transfer from Malaysia 4.
A warrant for transfer from Malaysia issued under section 10 of the Act is as in
Form 1.
Warrant for transfer to Malaysia 5.
A warrant for transfer to Malaysia issued under section 12 of the Act is as in
Form 2.
Registration of warrant or order issued in the prescribed foreign State 6.
For the purpose of section 13 of the Act, the Commissioner General of Prison shall produce the warrant for the execution of a sentence of imprisonment or the order made upon a finding of guilt imposing a term of imprisonment, on the prisoner, issued in the prescribed foreign State before a Sessions Court Judge for registration.
Safe custody of prisoner being transferred 7.
(1)
An escort officer shall at all times be responsible for the safe custody of a prisoner while the prisoner is being transferred until the prisoner together with all the relevant documents—
(a)
is handed over to the appropriate authority of the prescribed foreign State in the case of a transfer to a prescribed foreign State;
or
(c)
is handed over to the Officer-in-Charge of a prison in the case of a prisoner received from the appropriate authority of the prescribed foreign State.
(2)
The prisoner referred to in subregulation (1) who is being transferred from a prison to a prescribed foreign State or from a prescribed foreign State to a
P.U. (A) 179 16
prison, shall, while outside the prison, be kept in the custody and shall be deemed to be in the lawful custody of the escort officer.
(3)
There may be more than one escort officer authorized to escort a prisoner.
Prisoner not to be left unattended 8.
(1)
No prisoner shall, while being transferred under the Act, be left alone without an escort officer—
(a)
from the time of the prisoner’s departure from a prison where he is serving his sentence until he is handed over to the appropriate authority of the prescribed foreign State; or
(b)
from the time the prisoner is received from the appropriate authority of the prescribed foreign State until he is being handed over to the Officer-in-Charge of a prison.
(2)
Subject to the Commissioner General’s Standing Orders, the escort officer shall take charge of and supervise all matters during and relating to the transfer.
Female prisoner 9.
A female prisoner shall, in all cases while being transferred under the Act, be attended by at least one female escort officer.
Search 10.
(1)
Every prisoner shall be searched at the time he is being received by the escort officer from the appropriate authority of the prescribed foreign State, and all prohibited articles shall be taken from him.
(2)
The searching of a prisoner shall be conducted with due regard to decency and self-respect, and in a manner which is consistent with the necessity of discovering any concealed prohibited articles.
P.U. (A) 179 17
(3)
A prisoner shall not be stripped and searched in the presence of another prisoner or a person of a different gender.
(4)
A prisoner shall not be searched except by a prison officer who is of the same gender as the prisoner to be searched.
Commissioner General’s Standing Orders 11.
The Commissioner General of Prison may make and issue orders, to be called the Commissioner General’s Standing Orders, in accordance with the Act, the Prison Act 1995 or any regulations made under the Act or the Prison Act 1995.
P.U. (A) 179 18
SCHEDULE
FORMS
[Regulation 3]
FORM 1
[Regulation 4]
WARRANT FOR TRANSFER FROM MALAYSIA
To the Commissioner General of Prison
To…………………………………..
To……………………………………
1.
I, ……………………. the Minister of Home Affairs of Malaysia, acting pursuant to subsection 10(1) of the International Transfer of Prisoners Act 2012, hereby authorize the transfer of ……………………… (the “prisoner”) who is currently
*serving sentence/on parole in Malaysia to ………………………….to complete
*serving the sentence/the parole in accordance with the terms as set out in the
Appendix.
2.
The prisoner is *not the subject of any extradition / the subject of an extradition request.
Particulars of extradition request (if applicable):
P.U. (A) 179 19
3.
In accordance with subsection 10(4) of the Act, I hereby—
(a)
authorize the Commissioner General of Prison to deliver the prisoner to the appropriate authority of the prescribed foreign State;
(b)
authorize the *escort officer/Officer-in-Charge of a prison to detain, keep in custody and transport the prisoner within or out of Malaysia for the purpose of delivering the prisoner to the appropriate authority of the prescribed foreign State; and
(c)
authorize the appropriate authority of the prescribed foreign State to take custody of the prisoner from the *escort officer/Officer-in-Charge of a prison and to detain and keep in custody the prisoner for the purpose of the transfer.
(If the prisoner is released on parole, complete A and B)
Specifications under paragraph 10(6)(a) of the Act:
Specifications under paragraph 10(6)(b) of the Act:
**
The warrant for transfer dated ______ in relation to the above prisoner is hereby revoked.
P.U. (A) 179 20
APPENDIX
.…………………………………………………………..
…………………………………………………………….
…………………………………………………………….
Dated …… day of ……….
..…………….………………………
Minister of Home Affairs
* Delete whichever is inapplicable.
** Applicable only for the purpose of varying a warrant for transfer previously issued under the Act.
P.U. (A) 179 21
FORM 2
[Regulation 5]
WARRANT FOR TRANSFER TO MALAYSIA
To the Commissioner General of Prison
To ……………………………………………………
1.
I, ………… the Minister of Home Affairs of Malaysia, acting pursuant to subsection 12(1) of the International Transfer of Prisoners Act 2012, hereby authorize the transfer of ……….. (the “prisoner”), who is currently *serving sentence/on parole in ………….. to Malaysia to complete *serving the sentence/the parole imposed by the prescribed foreign State in accordance with the terms as set out in the Appendix.
2.
In accordance with subsection 12(4) of the Act, I hereby—
(a)
authorize the escort officer to receive and take custody of the prisoner from the appropriate authority of the prescribed foreign State and deliver the prisoner to the Commissioner General of Prison; and
(b)
authorize the Commissioner General of Prison to take custody of the prisoner from the escort officer and confine the prisoner in prison.
(If the prisoner has been released on parole, complete A and B)
In accordance with subsection 12(4) of the Act, I authorize the Commissioner
General of Prison to detain the prisoner who is released on parole in prison for
P.U. (A) 179 22
a period not exceeding fourteen days upon receipt of the prisoner from the appropriate authority of the prescribed foreign State.
Specifications under subsection 12(3) of the Act:
**
The warrant for transfer dated ______________ in relation to the above prisoner is hereby revoked.
APPENDIX
………………………………….
………………………………….
………………………………….
Dated …… day of ……….
…………….………………………
Minister of Home Affairs
*Delete whichever is inapplicable.
** Applicable only for the purpose of varying a warrant for transfer previously issued under the Act.
Made 2016
[KDN PDP (S) 03/69/1 Jld.5; PN(PU2)710]
DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Minister of Home Affairs