Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Standard
Minimum
Perumahan,
Penginapan dan
Kemudahan
Pekerja
(Penginapan dan Penginapan Berpusat) 2020.
/akn/my/act/pua/2020/250
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA (PENGINAPAN DAN PENGINAPAN BERPUSAT) 2020 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 250 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Standard
Minimum
Perumahan,
Penginapan dan
Kemudahan
Pekerja
(Penginapan dan Penginapan Berpusat) 2020.
Peraturan-Peraturan ini terpakai bagi semua majikan dan penyedia penginapan berpusat yang menyediakan penginapan atau penginapan berpusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian IIIA Akta.
Kehendak minimum
Mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan penginapan atau penginapan berpusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut kehendak minimum untuk kelas bangunan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan.
P.U. (A) 250 3
Mana-mana penyedia penginapan berpusat yang melanggar subperaturan (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kemudahan asas yang tidak boleh dikongsi
Mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan penginapan atau penginapan berpusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan kemudahan asas yang tidak boleh dikongsi antara pekerja yang berikut—
katil bujang dengan ukuran tidak kurang daripada 1.7 meter persegi, dan sekiranya katil dua tingkat disediakan, ruang antara dua katil hendaklah tidak kurang daripada 0.7 meter;
tilam dengan ketebalan minimum yang tidak kurang daripada 4 inci, bantal dan selimut; dan
almari yang berkunci yang tidak kurang daripada 0.35 meter panjang, 0.35 meter lebar dan 0.9 meter tinggi, untuk penyimpanan selamat barangan berharga pekerja termasuk paspot yang boleh diakses oleh pekerja pada bila-bila masa.
Mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan sama ada katil bujang atau katil dua tingkat, dalam sesuatu penginapan atau penginapan berpusat, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana penyedia penginapan berpusat yang melanggar subperaturan (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
P.U. (A) 250 4
satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Saiz keluasan lantai bagi bilik tidur dan ruang tidur
Bagi maksud suatu penginapan atau penginapan berpusat yang bukan berbentuk dormitori, mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan bilik tidur dengan keluasan lantai yang tidak kurang daripada 3.6 meter persegi bagi setiap pekerja.
Bagi maksud suatu penginapan atau penginapan berpusat yang berbentuk dormitori, mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan ruang tidur dengan keluasan lantai yang tidak kurang daripada 3 meter persegi bagi setiap pekerja.
Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana penyedia penginapan berpusat yang melanggar subperaturan (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Bekalan air dan bekalan elektrik
Mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah memastikan terdapatnya bekalan air dan bekalan elektrik dalam penginapan atau penginapan berpusat, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1)
melakukan suatu kesalahan.
P.U. (A) 250 5
Mana-mana penyedia penginapan berpusat yang melanggar subperaturan (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
JADUAL
[Subperaturan 3(1)]
KEHENDAK MINIMUM UNTUK KELAS BANGUNAN
Bil.
Kelas bangunan
Kehendak minimum
1.
Penginapan atau penginapan berpusat yang bukan berbentuk dormitori
(a)
satu ruang rehat;
(b)
satu ruang makan dengan kerusi dan meja;
(c)
bilik tidur;
(d)
satu ruang dapur;
(e)
bilik air dan tandas (sama ada berasingan atau bersekali) dengan nisbah 1 bilik air dan tandas : 6 pekerja;
(f)
kipas bagi setiap ruang rehat, ruang makan dan bilik tidur;
(g)
lampu bagi setiap ruang rehat, ruang makan, bilik tidur, ruang dapur, bilik air dan tandas;
(h)
satu ruang untuk menyidai pakaian;
(i)
satu alat pertolongan cemas; dan
(j)
tong sampah.
2.
Penginapan atau penginapan berpusat yang berbentuk dormitori
(a)
satu ruang rehat;
(b)
satu ruang makan dengan kerusi dan meja;
(c)
ruang tidur;
P.U. (A) 250 6
Bil.
Kelas bangunan
Kehendak minimum
(d)
satu ruang dapur;
(e)
bilik air dan tandas (sama ada berasingan atau bersekali) mengikut nisbah 1 bilik air dan tandas : 15 pekerja;
(f)
kipas bagi setiap ruang rehat, ruang makan dan ruang tidur;
(g)
lampu bagi setiap ruang rehat, ruang makan, ruang tidur, ruang dapur, bilik air dan tandas;
(h)
satu ruang untuk menyidai pakaian;
(i)
satu alat pertolongan cemas; dan
(j)
tong sampah.
Dibuat 27 Ogos 2020
[KSM/PUU/600-1/2/12/3; PN(PU2)376/III]
DATUK SERI M. SARAVANAN
Menteri Sumber Manusia
P.U. (A) 250 7
EMPLOYEES’ MINIMUM STANDARDS OF HOUSING, ACCOMMODATIONS
AND AMENITIES ACT 1990
EMPLOYEES’ MINIMUM STANDARDS OF HOUSING, ACCOMMODATIONS AND AMENITIES
(ACCOMODATION AND CENTRALIZED ACCOMMODATION) REGULATIONS 2020
IN exercise of the powers conferred by paragraph 25(2)(aa)
of the
Employees’ Minimum Standards of Housing, Accommodations and Amenities Act 1990
[Act 446], the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement 1.
(1)
These regulations may be cited as the Employees’ Minimum Standards of
Housing, Accommodations and Amenities (Accommodation and Centralized
Accommodation) Regulations 2020.
(2)
These Regulations come into operation on 1 September 2020.
Application 2.
These Regulations shall apply to all employers and centralized accommodation providers who provides accommodation or centralized accommodation, as the case may be, under Part IIIA of the Act.
Minimum requirements 3.
(1)
Any employer or centralized accommodation provider shall provide an accommodation or a centralized accommodation, as the case may be, in accordance with the minimum requirements for classes of buildings as specified in the Schedule.
(2)
Any employer who contravenes subregulation (1) commits an offence.
(3)
Any centralized accommodation provider who contravenes subregulation (1)
commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
P.U. (A) 250 8
Basic amenities which shall not be shared 4.
(1)
Any employer or centralized accommodation provider shall provide an accommodation or a centralized accommodation, as the case may be, with the following basic amenities which shall not be shared among employees—
(a)
a single bed with a measurement of not less than 1.7 square metres, and if a double-decker bed is provided, the space between the two beds shall not be less than 0.7 metres;
(b)
a mattress with a minimum thickness of not less than 4 inches, a pillow and a blanket; and
(c)
a locked cupboard of not less than 0.35 metres length, 0.35 metres width and 0.9 metres height, for the safe custody of the employees’
valuables including passport which may be accessible by the employees at any time.
(2)
Any employer or centralized accommodation provider shall provide either single beds or double-decker beds, in an accommodation or a centralized accommodation, as the case may be.
(3)
Any employer who contravenes subregulation (1) or (2) commits an offence.
(4)
Any centralized accommodation provider who contravenes subregulation (1)
or (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
Size of floor area for bedroom and sleeping area 5.
(1)
For the purpose of an accommodation or a centralized accommodation not in a form of a dormitory, any employer or centralized accommodation provider shall provide bedroom with floor area of not less than 3.6 square metres for each employee.
P.U. (A) 250 9
(2)
For the purpose of an accommodation or a centralized accommodation in a form of a dormitory, any employer or centralized accommodation provider shall provide sleeping area with floor area of not less than 3 square metres for each employee.
(3)
Any employer who contravenes subregulation (1) or (2) commits an offence.
(4)
Any centralized accommodation provider who contravenes subregulation (1)
or (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
Water supply and electricity supply 6.
(1)
Any employer or centralized accommodation provider shall ensure that there is water supply and electricity supply in an accommodation or a centralized accommodation, as the case may be.
(2)
Any employer who contravenes subregulation (1) commits an offence.
(3)
Any centralized accommodation provider who contravenes subregulation (1)
commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
P.U. (A) 250 10
[Subregulation 3(1)]
MINIMUM REQUIREMENTS FOR CLASSES OF BUILDINGS
No.
Classes of buildings
Minimum requirements
1.
An accommodation or a centralized accommodation not in a form of a dormitory
one rest area;
one dining area with chairs and tables;
bedroom;
one kitchen area;
bathroom and toilet (whether separated or together) with the ratio of 1 bathroom and toilet : 6 employees;
(f)
fan for each rest area, dining area and bedroom;
lamp for each rest area, dining area, bedroom, kitchen area, bathroom and toilet;
one area to hang out clothes;
(i)
one first aid kit; and
(j)
dustbin.
2.
An accommodation or a centralized accommodation in a form of a dormitory
one rest area;
one dining area with chairs and tables;
sleeping area;
one kitchen area;
bathroom and toilet (whether separated or together) with the ratio of 1 bathroom and toilet : 15 employees;
(f)
fan for each rest area, dining area and sleeping area;
P.U. (A) 250 11
No.
Classes of buildings
Minimum requirements
lamp for each rest area, dining area, sleeping area, kitchen area, bathroom and toilet;
one area to hang out clothes;
(i)
one first aid kit; and
(j)
dustbin.
Made 27 August 2020
[KSM/PUU/600-1/2/12/3; PN(PU2)376/III]
DATUK SERI M. SARAVANAN
Minister of Human Resources