Seksyen 1
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan
(Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan) (Pindaan) 2020.
/akn/my/act/pua/2020/267
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) (PINDAAN) 2020 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 267 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan
(Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan) (Pindaan) 2020.
Pindaan Jadual 2
Cukai
Pendapatan
(Pertukaran
Automatik
Maklumat
Akaun Kewangan) 2016 [P.U. (A) 355/2016] dipinda dengan menggantikan Jadual 2
dengan jadual yang berikut:
“JADUAL 2
[Perenggan 4(4)(b)]
Akaun Dikecualikan
Bagi maksud Standard, Akaun Dikecualikan adalah suatu akaun depositori yang dorman
(selain Kontrak Anuiti)—
jika pemegang akaun tidak pernah memulakan transaksi berkenaan dengan akaun itu atau apa-apa akaun lain yang dipegang oleh pemegang akaun itu dengan Institusi Kewangan Pelapor dalam tempoh tiga tahun terdahulu;
jika pemegang akaun tidak berhubung dengan Institusi Kewangan Pelapor mengenai akaun itu atau apa-apa akaun lain yang dipegang oleh pemegang akaun itu dengan Institusi Kewangan Pelapor dalam tempoh enam tahun terdahulu; dan
P.U. (A) 267 3
berhubung dengan Kontrak Insurans Nilai Tunai, jika Institusi Kewangan Pelapor tidak berhubung dengan pemegang akaun mengenai akaun itu atau apa-apa akaun lain yang dipegang oleh pemegang akaun itu dengan Institusi Kewangan
Pelapor dalam tempoh enam tahun terdahulu.”.
Dibuat 28 Ogos 2020
[Perb.MOF.TAX(S)700-12/5/5; PN(PU2)491/IV]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 267 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (AUTOMATIC EXCHANGE OF FINANCIAL ACCOUNT INFORMATION)
(AMENDMENT) RULES 2020
Opening note
where the account holder has not initiated a transaction with regard to the account or any other account held by the account holder with the
Reporting Financial Institution in the previous three years;
where the account holder has not communicated with the Reporting Financial
Institution regarding the account or any other account held by the account holder with the Reporting Financial Institution in the previous six years; and
P.U. (A) 267 5
in relation to a Cash Value Insurance Contract, where the Reporting Financial
Institution has not communicated with the account holder regarding the account or any other account held by the account holder with the Reporting Financial
Institution in the previous six years.”.
Made 28 August 2020
[Perb.MOF.TAX(S)700-12/5/5; PN(PU2)491/IV]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the
Income Tax Act 1967]