Jadual
Jadual 1
kepada
Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan) 2023.
(2)
Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2021.
Pemakaian 2.
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat yang layak yang memohon secara bertulis kepada Menteri bagi suatu Skim Insentif Penempatan Semula
Perniagaan Pengilangan.
Tafsiran 3.
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti pengilangan yang dijalankan oleh syarikat yang layak tetapi tidak termasuk mana-mana aktiviti yang dinyatakan dalam
Jadual;
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
“Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan” ertinya suatu skim insentif sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subkaedah 5(2);
P.U. (A) 241 3
“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat baharu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 4.
Syarikat yang layak 4.
(1)
Syarikat yang layak yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini ialah suatu syarikat baharu yang—
(a)
memenuhi syarat kelayakan yang dikenakan oleh Menteri di bawah kaedah 6; dan
(b)
memenuhi syarat yang diperuntukkan di bawah seksyen 65B Akta.
(2)
Bagi maksud subkaedah (1), “syarikat baharu” ertinya suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
dan bermastautin di Malaysia;
(b)
tidak mempunyai operasi pengilangan sedia ada di Malaysia; dan
(c)
menempatkan semula kemudahan pengilangan bagi aktiviti yang layak ke Malaysia atau menubuhkan operasi baharu untuk menjalankan aktiviti yang layak di Malaysia.
Permohonan oleh syarikat yang layak 5.
(1)
Sesuatu permohonan bagi Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan
Pengilangan di bawah Kaedah-Kaedah ini oleh suatu syarikat yang layak hendaklah diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Julai 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2024.
(2)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, Skim Insentif Penempatan Semula
Perniagaan Pengilangan ialah suatu skim insentif bagi syarikat yang layak yang menjalankan aktiviti yang layak dan yang diluluskan oleh Menteri.
P.U. (A) 241 4
Syarat bagi Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan 6.
Sesuatu syarikat yang layak yang memohon Skim Insentif Penempatan Semula
Perniagaan Pengilangan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan, yang hendaklah termasuk seperti yang berikut:
(a)
melakukan amaun minimum pelaburan dalam harta tetap tidak termasuk tanah dalam tempoh tiga tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama yang dilakukan berjumlah—
(i)
tiga ratus juta ringgit (RM300,000,000.00) bagi kelulusan sepuluh tahun taksiran; atau
(ii)
melebihi lima ratus juta ringgit (RM500,000,000.00) bagi kelulusan lima belas tahun taksiran; dan
(b)
menggaji sekurang-kurangnya lapan puluh peratus pekerja sepenuh masa warganegara Malaysia pada atau sebelum tahun ketiga dari tarikh invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layak dikeluarkan oleh syarikat yang layak itu sehingga tamat tahun taksiran yang ditentukan.
Kadar yang terpakai 7.
Kadar cukai pendapatan yang dikenakan di bawah Kaedah-Kaedah ini bagi tahun taksiran yang ditentukan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai untuk suatu syarikat yang layak menjalankan perniagaan berkenaan dengan suatu aktiviti yang layak di bawah Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan adalah sifar peratus.
Tahun taksiran yang ditentukan 8.
Tahun taksiran yang ditentukan yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini bagi pelaksanaan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan adalah suatu tempoh mulai dari tahun taksiran sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri seperti yang berikut:
P.U. (A) 241 5
(a)
berhubung dengan pelaburan dalam harta tetap tidak termasuk tanah sebanyak tiga ratus juta ringgit (RM300,000,000.00) sehingga lima ratus juta ringgit (RM500,000,000.00), selama sepuluh tahun taksiran; atau
(b)
berhubung dengan pelaburan dalam harta tetap tidak termasuk tanah melebihi lima ratus juta ringgit (RM500,000,000.00), selama lima belas tahun taksiran.
Penyerahan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan 9.
(1)
Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan Skim Insentif
Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan, membenarkan syarikat yang layak untuk menyerahkan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan yang diberikan di bawah Kaedah-Kaedah ini melalui notis secara bertulis kepada Menteri melalui
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
(2)
Penyerahan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan itu hendaklah berkuat kuasa pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan
Pengilangan itu diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia.
Ketidakpakaian 10.
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak yang dalam tahun taksiran yang ditentukan—
(a)
telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah