Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pembangunan Sukan
(Pindaan Jadual Kedua) 2023.
/akn/my/act/pua/2023/61
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH PEMBANGUNAN SUKAN (PINDAAN JADUAL KEDUA) 2023 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 61 2023, currently marked in force and first recorded in 2023.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pembangunan Sukan
(Pindaan Jadual Kedua) 2023.
Akta Pembangunan Sukan 1997 dipinda dengan menggantikan Jadual Kedua dengan jadual yang berikut:
“JADUAL KEDUA
[Seksyen 19]
PERLEMBAGAAN ATAU KAEDAH-KAEDAH BADAN SUKAN YANG BERTINDAK
SEBAGAI BADAN PENGELOLA ATAU BADAN PERWAKILAN BAGI SUKANNYA
DI PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI DAN DAERAH
Badan sukan hendaklah mengadakan dalam perlembagaan atau kaedah-kaedahnya perkara-perkara yang berikut:
Matlamat atau fungsi badan sukan adalah—
untuk memastikan perlembagaan atau kaedah-kaedahnya dipatuhi oleh semua anggotanya;
untuk mengawal dan menjalankan bidang kuasa ke atas semua aktiviti berhubung dengan sukannya;
untuk memastikan aktiviti sukannya dikendalikan dalam persekitaran sukan yang selamat, dan berintegriti termasuk untuk mematuhi kaedah-kaedah antidoping yang diiktiraf di peringkat antarabangsa; dan
untuk mengambil langkah remedi bagi perkara-perkara yang melibatkan keselamatan diri dan persekitaran termasuk gangguan seksual dan penderaan.
Aktivitinya dikendalikan tanpa ada diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggotanya.
Tatacara pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili sukannya adalah terbuka dan adil.
Keanggotaan badan sukan direkodkan dan disimpan dengan teratur.
Akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, dan penggunaan dan perbelanjaan semua wang bagi tahun kewangan yang sebelumnya dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat agung tahunannya dan seterusnya dikemukakan kepada Pesuruhjaya berserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.”.
4
Dibuat 6 Mac 2023
[KBS.S.DS.1-05-70 Jld. 13 (3); PN(PU2)587/Jld. 4]
YEOH TSEOW SUAN
Menteri Belia dan Sukan
5
SPORTS DEVELOPMENT ACT 1997
SPORTS DEVELOPMENT (AMENDMENT OF SECOND SCHEDULE) ORDER 2023
Opening note
This order may be cited as the Sports Development (Amendment of
Second Schedule) Order 2023.
This Order comes into operation on 10 March 2023.
Amendment of Second Schedule 2.
The Sports Development Act 1997 is amended by substituting for the
Second Schedule the following schedule:
“SECOND SCHEDULE
[Section 19]
CONSTITUTION OR RULES OF SPORTS BODIES ACTING AS THE GOVERNING
OR REPRESENTATIVE BODY OF ITS SPORT AT NATIONAL, STATE AND
DISTRICT LEVEL
The sports body shall provide in its constitution or rules the following matters:
Objects or functions of the sports body are—
to control and exercise jurisdiction over all activities in relation to its sports;
to ensure its sports activities are conducted in safe sports environment, and with integrity including to comply with anti-doping rules which are internationally recognized; and
to take remedial actions for matters involving personal and environment safety including sexual harassment and abuse.
Its activities are conducted without discrimination as to sex, race, colour, religion, social origin, language, political inclination or any other opinion held by its members.
The selection procedures for sportsperson, officials, coaches and any other person to represent its sport are open and fair.
Membership of sports body is recorded and kept in order.
Its fully audited accounts with reports on all activities, and the use and disbursement of all funds for its preceding financial year to be laid and approved in its annual general meeting and subsequently to be submitted to the Commissioner together with such other reports as the Commissioner may require.”.
Made 6 March 2023
[KBS.S.DS.1-05-70 Jld. 13 (3); PN(PU2)587/Jld. 4]
YEOH TSEOW SUAN
Minister of Youth and Sports