Jadual
JADUAL
SKALA KADAR
AM
Tafsiran
1.
Dalam Jadual ini—
“barangan” dan “kargo” termasuklah setiap perihalan ternakan, galian, barang-barang dan dagangan;
“barangan berbahaya” ertinya barangan berbahaya sama ada dalam bentuk dibungkus, dikontenakan atau diangkut secara pukal, dan termasuklah barangan yang diklasifikasikan oleh Suruhanjaya ke dalam kumpulan yang dinyatakan dalam Jadual C kepada
Undang-Undang
Kecil
Suruhanjaya
Pelabuhan
Pulau
Pinang 1957
[L.N. (N.S.) 93/1957] dan mematuhi Kod BBMA dan penyiaran PMA lain yang berkaitan yang dipinda dari semasa ke semasa dan diguna pakai oleh Suruhanjaya.
“bungkusan” termasuklah apa-apa kotak, bakul, tong, bekas, peti, guni, beg, pembalut, sampul atau penutup atau benda lain yang di dalamnya apa-apa kargo ditempatkan bagi maksud untuk dibawa, dikonsain, diangkut, diimport atau dieksport;
3
“dermaga” termasuklah mana-mana dinding dan bangunan yang bersambung dengan pesisir depan, dasar laut atau dasar sungai;
“dermaga Suruhanjaya” ertinya sesuatu himpitan, dermaga, dok, tambangan atau tempat pendaratan yang dikendalikan atau dikawal oleh Suruhanjaya;
“hari” berhubung dengan sesuatu transaksi, ertinya tempoh selama dua puluh empat jam dari masa permulaan transaksi itu;
“himpitan” ertinya sesuatu dok, tambangan, jeti, bagan, tempat pendaratan atau dermaga yang bersambung dengan pesisir bahagian pantai;
“kargo pindah kapal” ertinya kargo yang didaratkan dari suatu vesel dan ditempatkan dalam jagaan Suruhanjaya bagi maksud pengiriman di atas suatu vesel lain melalui bil muatan yang ditarikhkan di pelabuhan yang kargo itu dimuatkan dan yang menunjukkan bahawa destinasinya adalah melalui Pelabuhan Pulau Pinang, dan destinasi pelabuhan terakhir yang hendaklah suatu pelabuhan selain Pelabuhan Pulau
Pinang ditandakan pada setiap bungkusan atau unit yang mengandungi kargo itu dan diisytiharkan kepada Suruhanjaya sebelum atau pada masa kargo itu diletakkan dalam jagaan Suruhanjaya;
“kargo yang dipaletkan” ertinya kargo dalam bungkusan atau unit kecil yang telah dibalut, diikat, atau dibalut dan diikat bersama dan ditempatkan di atas suatu palet;
“kargo yang diunitkan” ertinya kargo dalam bungkusan atau unit kecil yang telah dibalut, diikat, atau dibalut dan diikat bersama sebagai suatu unit tunggal;
“kenderaan”
termasuklah apa-apa pengangkutan di atas roda atau penggeraknya dan digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi membawa atau mengangkut orang, binatang atau barangan;
4
“KMK” ertinya Kontena Muatan Kurang yang diisytiharkan oleh syarikat perkapalan atau ejennya dalam manifes, senarai pemunggahan kontena, senarai muatan atau penyata terdahulu eksport, yang dikemukakan kepada Suruhanjaya sebelum pemunggahan atau pemuatan sesuatu kargo ke atas sesuatu vesel;
“KMP” ertinya Kontena Muatan Penuh yang diisytiharkan oleh syarikat perkapalan atau ejennya dalam manifes, senarai pemunggahan kontena, senarai muatan atau penyata terdahulu eksport, yang dikemukakan kepada Suruhanjaya sebelum pemunggahan atau pemuatan sesuatu kargo ke atas sesuatu vesel;
“Kod BBMA” ertinya Kod Barangan Berbahaya Maritim Antarabangsa yang disiarkan oleh PMA;
“Pengurus” ertinya mana-mana pegawai yang menjaga operasi pelabuhan masing-masing atau mana-mana pegawai lain yang bertindak di bawah atau dengan kuasa pegawai yang menjaga;
“PK” ertinya panjang keseluruhan sesuatu vesel yang diukur dari titik paling hadapan vesel itu ke titik paling belakang vesel itu;
“PMA” ertinya Pertubuhan Maritim Antarabangsa;
“premis Suruhanjaya” termasuklah mana-mana tempat yang dimiliki atau diduduki oleh Suruhanjaya dan diuntukkan oleh Suruhanjaya bagi pendaratan dan pengapalan apa-apa kargo, termasuk mana-mana bahagian tebing sungai yang dimiliki atau diduduki sedemikian yang telah diperbaiki untuk memudahkan pendaratan dan pengapalan dan mana-mana pesisir depan yang dimiliki atau diduduki sedemikian dan digunakan bagi maksud sedemikian;
“SBK” ertinya Stesen Barangan Kontena;
5
“simpanan percuma” ertinya tempoh yang dinyatakan yang sesuatu kargo atau kontena memenuhi ruang yang diberikan kepadanya di dalam premis Suruhanjaya tanpa caj penyimpanan;
“syif” ertinya satu daripada tempoh yang berikut:
(a)
jam 0730 sehingga jam 1530;
(b)
jam 1530 sehingga jam 2330;
(c)
jam 2330 sehingga jam 0730;
“tambangan” termasuklah apa-apa pentas, tangga, tempat pendaratan, pentas pendaratan, jeti, baj terapung, atau pontun dan apa-apa jambatan atau binaan lain yang berkaitan dengannya;
“tan” ertinya satu tan metrik yang bersamaan dengan satu ribu kilogram atau satu meter padu;
“TK” ertinya tanan kasar yang didaftarkan bagi sesuatu vesel yang diukur mengikut Konvensyen Antarabangsa Pengiraan Tanan Kapal 1969; dan
“vesel” termasuklah apa-apa kapal atau bot atau perihalan vesel yang lain yang digunakan dalam pelayaran.
Notis untuk memunggah atau memuat kargo 2.
(1)
Seseorang pemilik, nakhoda atau ejen sesuatu vesel hendaklah memberikan notis bertulis kepada Pengurus tentang niatnya untuk memunggah atau memuat apa-apa kargo sebelum kerja pemunggahan atau pemuatan itu dimulakan.
(2)
Sesuatu kargo yang dipunggah tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengurus tidak dianggap sebagai berada dalam jagaan Suruhanjaya dan
6
Suruhanjaya tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan pada kargo itu.
Menyimpan kargo untuk pengiriman 3.
Sesuatu kargo tidak boleh disimpan di dalam premis Suruhanjaya tanpa kebenaran bertulis Pengurus.
Caj terkurang 4.
Suruhanjaya berhak untuk memungut apa-apa amaun caj yang ditentukan sebagai terkurang caj atau yang selainnya didapati kena dibayar.
Caj berlebihan 5.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan berhak untuk mendapatkan bayaran balik apa-apa caj berlebihan jika suatu tuntutan bagi bayaran balik dikemukakan secara bertulis kepada Suruhanjaya dalam tempoh enam bulan dari tarikh bil penyerahan, bil pengiriman atau apa-apa bil lain yang dikeluarkan kepada pengguna pelabuhan itu.
(2)
Seseorang pengguna pelabuhan yang menuntut bayaran balik apa-apa caj berlebihan hendaklah memberikan maklumat penuh yang disokong dengan apa-apa keterangan dokumentar yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.
(3)
Jika apa-apa barangan telah diukur atau ditimbang oleh Suruhanjaya dan dipersetujui oleh Suruhanjaya dan pengguna pelabuhan itu, tiada tuntutan untuk mendapatkan bayaran balik boleh diterima oleh Suruhanjaya.
Pembayaran caj 6.
(1)
Apa-apa pembayaran caj hendaklah dibayar secara tunai melainkan jika seseorang pengguna pelabuhan mempunyai akaun kredit dengan Suruhanjaya.
(2)
Jika kemudahan kredit disediakan oleh Suruhanjaya kepada seseorang pengguna pelabuhan, akaun kredit berkenaan dengan kemudahan kredit itu hendaklah dijelaskan dalam tempoh kredit yang dibenarkan, jika tidak, penggunaan seterusnya kemudahan itu tidak akan diberikan sehingga semua caj tertunggak dibayar.
7
(3)
Suruhanjaya boleh, mengikut budi bicaranya sendiri, menganggar dan memungut terlebih dahulu semua caj yang mungkin terakru terhadap mana-mana pengguna pelabuhan.
Tanan yang boleh dikenakan caj 7.
(1)
Suruhanjaya hendaklah menentukan tanan kargo mengikut satu tan atau satu meter padu, mengikut mana-mana yang lebih besar.
(2)
Suruhanjaya boleh mengira tanan kargo mengikut berat muatan atau ukuran padu, mengikut mana-mana yang lebih besar, sama ada manifes vesel atau nota perkapalan diberikan ataupun tidak.
(3)
Dalam hal kargo muatan berat melebihi lima tan bagi setiap bungkusan, caj pengendalian dermaga hendaklah berasaskan kepada berat muatan.
Kadar kargo pindah kapal 8.
(1)
Tertakluk kepada kelulusan Pengurus, sesuatu kargo atau kontena boleh dikenakan kadar kargo pindah kapal jika kargo atau kontena itu memenuhi syarat yang berikut:
(a)
kargo atau kontena pindah kapal hendaklah diisytiharkan untuk dipindahkan kapal di
Pelabuhan
Pulau
Pinang sekurang-kurangnya dua belas jam sebelum ketibaan vesel yang memunggah;
(b)
kargo atau kontena pindah kapal hendaklah dipunggah oleh vesel yang memunggah ke atas dermaga Suruhanjaya dan berada dalam jagaan Suruhanjaya sehinggalah kargo atau kontena pindah kapal itu dipindahkan kapal; dan
(c)
kargo atau kontena pindah kapal hendaklah dikapalkan semula oleh Suruhanjaya melalui vesel yang lain di dermaga
Suruhanjaya.
8
(2)
Kadar kargo pindah kapal terpakai hanya bagi kargo atau kontena yang didaratkan dari vesel yang berukuran PK yang melebihi dua ratus lima puluh meter dan dikapalkan semula melalui vesel berukuran PK melebihi dua ratus lima puluh meter.
(3)
Kadar kargo pindah kapal tidak terpakai bagi barangan berbahaya di bawah Kumpulan 1, 2 atau 3 Jadual C kepada Undang-Undang Kecil Suruhanjaya
Pelabuhan Pulau Pinang 1957 dan kenderaan.
Kadar kargo yang dipaletkan atau diunitkan 9.
(1)
Sesuatu kargo import atau eksport boleh dikenakan kadar kargo yang dipaletkan atau diunitkan jika kargo import atau eksport itu memenuhi syarat yang berikut:
(a)
berat atau isi padu bagi setiap kargo yang dipaletkan atau diunitkan tidak melebihi dua setengah tan atau tidak melebihi ukuran empat meter padu bagi setiap unit yang dipaletkan atau diunitkan;
(b)
kargo hendaklah dimanifeskan dan manifes itu hendaklah diendorskan dengan sewajarnya di pelabuhan kargo itu dimuatkan sebagai telah dipaletkan atau diunitkan dan dokumen import atau eksport hendaklah diendorskan dengan cara yang sama; dan
(c)
kargo yang dipaletkan atau diunitkan itu hendaklah dipunggah atau dimuatkan sebagai satu unit dengan menggunakan trak foklif.
(2)
Mana-mana kargo lain yang tidak ditakrifkan sebagai kargo yang dipaletkan atau diunitkan di bawah Skala Kadar ini boleh diklasifikasikan sebagai kargo tercerai oleh Pengurus dan tertakluk kepada surcaj sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
9
Caj penyimpanan 10.
(1)
Bagi maksud caj penyimpanan, hari Ahad dan semua hari kelepasan am di Negeri Pulau Pinang hendaklah dimasukkan dalam pengiraan caj penyimpanan.
(2)
Tempoh penyimpanan bagi kargo atau kontena import hendaklah dikira dari tarikh kemasukan dan masa pemunggahan kargo atau kontena import itu sehingga masa kargo atau kontena import itu dikeluarkan dari premis Suruhanjaya.
(3)
Tempoh penyimpanan bagi kargo atau kontena eksport hendaklah dikira dari tarikh kemasukan dan masa penerimaan kargo atau kontena eksport itu sehingga masa sebenar penghimpitan vesel yang di atasnya kargo atau kontena eksport itu akan dimuatkan.
(4)
Tempoh penyimpanan bagi kargo atau kontena pindah kapal hendaklah dikira dari tarikh kemasukan dan masa pemunggahan kargo atau kontena pindah kapal itu sehingga masa sebenar penghimpitan vesel penyambung.
(5)
Caj penyimpanan hendaklah dikira selepas habis tempoh penyimpanan percuma.
(6)
Kadar penyimpanan jangka panjang boleh diberikan mengikut budi bicara dan kelulusan Pengurus apabila menerima permohonan bagi kadar penyimpanan jangka panjang.
(7)
Jika tarpal digunakan untuk melindungi kargo yang disimpan dalam tempat simpanan terbuka, caj penyimpanan hendaklah dikenakan pada kadar gudang.
(8)
Senjata dan peluru tidak boleh diterima untuk penyimpanan oleh
Suruhanjaya.
(9)
Dalam hal kargo muatan berat melebihi lima tan, caj penyimpanan hendaklah berasaskan berat atau ukuran, mengikut mana-mana yang lebih besar.
10
CAJ KENA DIBAYAR MENGIKUT VESEL
Dius pelabuhan 11.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar dius pelabuhan kepada Suruhanjaya berasaskan PK sesuatu vesel yang memasuki Pelabuhan Pulau
Pinang seperti yang berikut:
PK vesel
Bagi setiap meter atau sebahagian daripadanya
Semua vesel kecuali vesel penumpang :
1.
Vesel sehingga 30 meter
Tiada 2.
Vesel antara 31 meter dan 60 meter 2.40 3.
Vesel antara 61 meter dan 90 meter 4.80 4.
Vesel antara 91 meter dan 120 meter 10.00 5.
Vesel antara 121 meter dan 150 meter 21.10 6.
Vesel antara 151 meter dan 200 meter 24.40 7.
Vesel antara 201 meter dan 250 meter 25.00 8.
Vesel antara 251 meter dan 300 meter 25.70 9.
Vesel melebihi 300 meter 26.40
Vesel penumpang :
1.
Vesel sehingga 60 meter
Tiada 2.
Vesel antara 61 meter dan 90 meter 2.40 3.
Vesel antara 91 meter dan 120 meter 5.50 4.
Vesel antara 121 meter dan 150 meter 11.30 5.
Vesel antara 151 meter dan 200 meter 13.30 6.
Vesel antara 201 meter dan 250 meter 14.00 7.
Vesel antara 251 meter dan 300 meter 14.60 8.
Vesel melebihi 300 meter 15.30
11
(2)
Walau apa pun subperenggan (1), vesel yang berikut dikecualikan daripada membayar dius pelabuhan:
(a)
vesel kepunyaan Kerajaan Malaysia; dan
(b)
vesel yang singgah di Pelabuhan Pulau Pinang bagi maksud kecemasan dengan syarat tiada kargo dimuatkan atau dipunggah, dan tiada bekalan air atau bekalan minyak diambil.
Caj marin disatukan 12.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan, berhubung dengan vesel yang tiba di dan berlepas dari Pelabuhan Pulau Pinang, hendaklah membayar caj marin disatukan kepada Suruhanjaya bagi perkhidmatan yang berikut:
(a)
perkhidmatan pemaliman ke himpitan pertama (termasuk terminal persendirian) dan perkhidmatan pemaliman dari himpitan terakhir (termasuk terminal persendirian); dan
(b)
perkhidmatan penundaan semasa vesel yang disebut dalam subsubperenggan (a) menghimpit dan meninggalkan himpitan.
(2)
Caj marin disatukan dalam subperenggan (1) hendaklah berasaskan PK vesel bagi setiap persinggahan pada kadar seperti yang berikut:
PK vesel
Bagi setiap persinggahan vesel
1.
Vesel sehingga 30 meter
Tiada 2.
Vesel antara 31 meter dan 60 meter 1,300.00 3.
Vesel antara 61 meter dan 90 meter 2,200.00 4.
Vesel antara 91 meter dan 120 meter 3,100.00 5.
Vesel antara 121 meter dan 150 meter 3,500.00 6.
Vesel antara 151 meter dan 200 meter 7,000.00
12
7.
Vesel antara 201 meter dan 250 meter 10,500.00 8.
Vesel antara 251 meter dan 300 meter 12,000.00 9.
Vesel melebihi 300 meter 14,000.00
(3)
Caj marin disatukan di bawah perenggan ini terpakai bagi tiap-tiap vesel yang menghimpit di sesuatu dermaga.
Caj perkhidmatan pemaliman 13.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan yang meminta perkhidmatan pemaliman selain perkhidmatan pemaliman yang diberikan di bawah subsubperenggan 12(1)(a) bagi pergerakan di dalam daerah pemaliman hendaklah membayar caj perkhidmatan pemaliman kepada Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap meter PK bagi setiap jam bagi setiap pergerakan atau sebahagian daripadanya
Memalimkan vesel bagi pergerakan di dalam daerah pemaliman 3.00
(2)
Caj perkhidmatan pemaliman di bawah subperenggan (1) hendaklah dikira dari masa perkhidmatan itu diminta sehingga masa perkhidmatan itu disiapkan dan berasaskan PK vesel itu.
(3)
Perkhidmatan pemaliman untuk memasuki atau meninggalkan pelabuhan adalah wajib bagi seseorang pengguna pelabuhan berhubung dengan vesel enam ratus TK dan ke atas.
(4)
Perkhidmatan pemaliman untuk menghimpit atau meninggalkan dermaga adalah wajib bagi seseorang pengguna pelabuhan berhubung dengan vesel dua ratus TK dan ke atas.
13
(5)
Walau apa pun subperenggan (3) dan (4), Suruhanjaya boleh, menurut budi bicaranya sendiri, menentukan mana-mana vesel untuk meminta perkhidmatan pemaliman walaupun vesel itu tidak termasuk di bawah had TK bagi pemaliman wajib.
(6)
Caj perkhidmatan pemaliman di bawah perenggan ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap vesel yang menghimpit di sesuatu dermaga atau berlabuh di sesuatu tempat berlabuh.
Caj penahanan malim 14.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj penahanan malim kepada Suruhanjaya jika—
(a)
malim menunggu di stesen malim bagi ketibaan sesuatu vesel; atau
(b)
malim menunggu di dermaga atau tempat berlabuh bagi perlepasan sesuatu vesel.
(2)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj penahanan malim bagi setiap setengah jam atau sebahagian daripadanya yang dikira dari masa perkhidmatan itu diminta pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap setengah jam atau sebahagian daripadanya
Penahanan malim 200.00
(3)
Caj penahanan malim di bawah perenggan ini terpakai bagi tiap-tiap vesel yang menghimpit di sesuatu dermaga atau berlabuh di sesuatu tempat berlabuh.
14
Caj bagi permintaan lewat, perubahan atau pembatalan perkhidmatan pemaliman 15.
(1)
Sesorang pengguna pelabuhan hendaklah membuat permintaan, perubahan atau pembatalan bagi perkhidmatan pemaliman kepada Suruhanjaya—
(a)
tidak kurang dari satu setengah jam sebelum ketibaan sesuatu vesel; atau
(b)
tidak kurang dari setengah jam sebelum perlepasan atau penganjakan sesuatu vesel di dalam daerah pemaliman.
(2)
Jika permintaan, perubahan atau pembatalan perkhidmatan pemaliman dibuat kurang dari tempoh yang dinyatakan dalam subperenggan (1), pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj bagi permintaan lewat, perubahan atau pembatalan perkhidmatan pemaliman itu kepada Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap pergerakan
1.
Notis diberikan kurang dari satu setengah jam sebelum ketibaan vesel 500.00 2.
Notis diberikan kurang dari setengah jam sebelum perlepasan atau penganjakan vesel di dalam daerah pemaliman 500.00
(3)
Caj bagi permintaan lewat, perubahan atau pembatalan perkhidmatan pemaliman di bawah perenggan ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap vesel yang menghimpit di sesuatu dermaga atau berlabuh di sesuatu tempat berlabuh.
Caj perkhidmatan penundaan 16.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan yang meminta perkhidmatan penundaan selain perkhidmatan penundaan yang diberikan di bawah subsubperenggan 12(1)(b) bagi pergerakan di dalam daerah pemaliman, hendaklah membayar caj perkhidmatan penundaan kepada Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
15
Perihalan
Bagi setiap meter PK bagi setiap bot tunda bagi setiap jam atau sebahagian daripadanya
Setiap vessel di dalam daerah pemaliman 6.00
(2)
Caj perkhidmatan penundaan di bawah subperenggan (1) hendaklah dikira dari masa bot tunda itu meninggalkan pangkalannya hingga masa bot tunda itu kembali ke pangkalannya.
(3)
Caj perkhidmatan penundaan di bawah perenggan ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap vesel yang menghimpit di sesuatu dermaga atau berlabuh di sesuatu tempat berlabuh.
Caj penahanan bot tunda 17.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj penahanan bot tunda kepada Suruhanjaya bagi penahanan sesuatu bot tunda yang disebabkan oleh kelewatan ketibaan atau perlepasan sesuatu vesel.
(2)
Caj penahanan bot tunda dalam subperenggan (1) hendaklah dikira bagi kelewatan setiap setengah jam atau sebahagian daripadanya dari masa perkhidmatan itu diminta pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap bot tunda setiap setengah jam atau sebahagian daripadanya
Penahanan bot tunda 200.00
(3)
Caj penahanan bot tunda di bawah perenggan ini terpakai bagi tiap-tiap vesel yang menghimpit di sesuatu dermaga atau berlabuh di sesuatu tempat berlabuh.
16
Caj bagi permintaan lewat, perubahan atau pembatalan perkhidmatan penundaan 18.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membuat permintaan, perubahan atau pembatalan perkhidmatan penundaan kepada Suruhanjaya tidak kurang dari setengah jam sebelum masa perkhidmatan penundaan itu diminta, diubah atau dibatalkan.
(2)
Jika permintaan, perubahan atau pembatalan perkhidmatan penundaan dibuat kurang dari tempoh yang dinyatakan dalam subperenggan (1), pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj bagi permintaan lewat, perubahan atau pembatalan perkhidmatan penundaan kepada Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap bot tunda setiap pergerakan
Notis diberikan kurang dari setengah jam sebelum masa perkhidmatan penundaan itu diminta, diubah atau dibatalkan 500.00
(3)
Caj bagi permintaan lewat, perubahan atau pembatalan perkhidmatan penundaan di bawah perenggan ini terpakai bagi tiap-tiap vesel yang menghimpit di sesuatu dermaga atau berlabuh di sesuatu tempat berlabuh.
Caj penggunaan himpitan 19.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah, berhubung dengan vesel yang menduduki himpitan di dermaga Suruhanjaya, membayar caj penggunaan himpitan kepada Suruhanjaya.
(2)
Caj penggunaan himpitan dalam subperenggan (1) hendaklah termasuk caj buruh bagi vesel menghimpit dan meninggalkan himpitan.
(3)
Caj penggunaan himpitan dalam subperenggan (1) hendaklah berasaskan klasifikasi jenis vesel pada kadar seperti yang berikut:
17
Vesel
Bagi setiap meter setiap jam atau sebahagian daripadanya
1.
Vesel kargo am
1.20 2.
Vesel penumpang / vesel tentera laut 0.60 3.
Vesel tangki untuk minyak sayuran 4.10 4.
Vesel tangki untuk produk cecair:
barangan berbahaya
barangan tidak berbahaya
5.10 4.60 5.
Vesel pukal kering 1.50 6.
Vesel kontena 1.70 7.
Baj yang membawa–
(a)
kargo am
(b)
penumpang
(c)
minyak sayuran
(d)
produk cecair – barangan berbahaya
(e)
produk cecair – barangan bukan berbahaya
(f)
pukal kering
(g)
kontena
1.20 0.60 4.10 5.10
4.60
1.50 1.70
(4)
Jika sesuatu vesel tidak termasuk di bawah jenis vesel atau baj yang dinyatakan dalam subperenggan (3), caj penggunaan himpitan hendaklah berdasarkan klasifikasi jenis vesel atau baj yang dinyatakan dalam subperenggan (3) sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus.
(5)
Berhubung dengan vesel tangki untuk produk cecair yang membawa kedua-dua barangan berbahaya dan barangan tidak berbahaya, vesel tangki itu hendaklah disifatkan sebagai vesel tangki yang membawa barangan berbahaya bagi maksud pengenaan caj penggunaan himpitan dan caj penggunaan himpitan hendaklah berasaskan kadar yang terpakai bagi vesel tangki untuk produk cecair yang membawa barangan berbahaya sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan (3).
18
Caj penumpang 20.
Seseorang penumpang hendaklah, termasuk penumpang dalam transit, membayar caj penumpang kepada Suruhanjaya bagi menaiki atau menuruni sesuatu vesel di dermaga Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan penumpang
Bagi setiap seorang
1.
Dewasa 7.60 2.
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun 3.90
CAJ KENA DIBAYAR MENGIKUT KONSAINI ATAU KONSAINOR
Caj am 21.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj am di dermaga Suruhanjaya bagi pengapalan atau pemunggahan kargo di dalam Pelabuhan
Pulau Pinang pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan kargo
Bagi setiap tan atau sebahagian daripadanya
Bagi setiap unit
1.
Kargo pukal
(a)
bijih logam
(b)
kargo lain
0.80 1.20
-
-
2.
Kargo pecah pukal/ kargo yang dikontenakan 1.40
-
3.
Kargo pecah pukal/ kargo yang dikontenakan yang layak untuk kadar pindah kapal dan pindah kapal terus dari vesel ke vesel bagi setiap operasi 0.70
-
4.
Motokar, gerabak dan treler
-
6.00 5.
Lori, bas, trak, van atau kenderaan lain
-
12.00 6.
Mel atau bungkusan mel
-
0.70
19
(2)
Walau apa pun subperenggan (1), kargo yang berikut dikecualikan daripada caj am:
(a)
kargo ikan segar tempatan selain kargo yang didaratkan di dermaga, tambangan atau jeti Suruhanjaya;
(b)
kargo yang dipunggah dan diperkapalkan semula untuk memudahkan penyimpanan; dan
(c)
kargo yang terlebih didaratkan yang kemudiannya diperkapalkan ke pelabuhan destinasi dengan syarat kargo itu diperkapalkan semula dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh kemasukan dan masa pemunggahan kargo yang terlebih didaratkan itu hingga waktu sebenar vesel penyambung yang berikutnya menghimpit.
(3)
Berhubung dengan kenderaan bagi kegunaan industri, caj am hendaklah berasaskan kadar yang terpakai bagi kargo pecah pukal.
(4)
Sesuatu kontena kosong tidak dikenakan caj am.
Caj pesisir depan jeti persendirian, pepasangan dan terminal 22.
(1)
Seseorang penerima konsain atau pekapal hendaklah membayar caj pesisir depan bagi kargo atau kenderaan yang melintasi pesisir depan jeti persendirian, pepasangan dan terminal di dalam had pelabuhan Pelabuhan Pulau Pinang selain pesisir depan di dalam premis Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap tan atau sebahagian daripadanya
Setiap kargo yang melintasi pesisir depan 2.00
(2)
Sesuatu kontena kosong tidak dikenakan caj pesisir depan.
20
Caj pengendalian dermaga 23.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj pengendalian dermaga kepada Suruhanjaya bagi pengendalian kargo di dermaga Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
Kargo
Perihalan
Bagi setiap tan atau sebahagian daripadanya
1.
Pecah pukal
(a)
Terus ke kenderaan atau gerabak kereta api atau sebaliknya
(b)
Ke kenderaan atau gerabak kereta api melalui bangsal atau kawasan terbuka atau sebaliknya
4.10
8.20
2.
Kayu balak (a)
Terus ke kenderaan atau gerabak kereta api atau sebaliknya
(b)
Ke kenderaan atau gerabak kereta api melalui bangsal atau kawasan terbuka atau sebaliknya 7.60
10.70
3.
Pukal kering
Terus ke kenderaan atau gerabak kereta api atau sebaliknya
2.40 4.
Pukal cecair
Saluran paip persendirian:
(a)
barangan berbahaya
(b)
barangan tidak berbahaya
1.90
1.80 5.
Kargo yang beratnya melebihi 5
tan sehingga 15 tan
(a)
Terus ke kenderaan atau gerabak kereta api atau sebaliknya
(b)
Ke kenderaan atau gerabak kereta api melalui bangsal atau kawasan terbuka atau sebaliknya
14.00
22.00
21
6.
Kargo yang beratnya melebihi 15 tan metrik
(a)
Terus ke kenderaan atau gerabak kereta api atau sebaliknya
(b)
Ke kenderaan atau gerabak kereta api melalui bangsal atau kawasan terbuka atau sebaliknya 19.50
32.50
(2)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj pengendalian dermaga kepada Suruhanjaya bagi pengendalian kenderaan bermotor di dermaga
Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap unit
1.
Motokar atau treler 41.00 2.
Lori, bas, trak, van atau kenderaan lain 82.00
(3)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj pengendalian dermaga kepada Suruhanjaya bagi pengendalian kargo pindah kapal di dermaga
Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap tan atau sebahagian daripadanya
1.
Bungkusan sehingga 5 tan 11.50 2.
Bungkusan melebihi 5 tan sehingga 15 tan 30.40
(4)
Bagi maksud perenggan ini, caj pengendalian dermaga termasuk penerimaan dan pengapalan semula di dermaga Suruhanjaya.
Caj penyimpanan 24.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj penyimpanan kepada Suruhanjaya bagi penyimpanan—
22
(a)
kargo import di dalam gudang atau tempat simpanan terbuka pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Tempoh penyimpanan
Bagi setiap tan setiap hari atau sebahagian daripadanya yang dikira dari hari pertama penyimpanan sehingga hari terakhir penyimpanan
Gudang
Tempat simpanan terbuka
Kargo import 4 hari atau kurang
Percuma
Percuma
Lebih dari 4 hari dan hingga 7 hari 0.70 0.40
Lebih dari 7 hari dan hingga 14 hari 1.70 0.90
Lebih dari 2
minggu—
bagi 2 minggu pertama; dan
bagi setiap minggu berikutnya atau sebahagian daripadanya
23.80
24.00
12.60
12.10
(b)
kargo eksport di dalam gudang atau tempat simpanan terbuka pada kadar seperti yang berikut:
23
Perihalan
Tempoh penyimpanan
Bagi setiap tan setiap hari atau sebahagian daripadanya yang dikira dari hari pertama penyimpanan sehingga hari terakhir penyimpanan
Gudang
Tempat simpanan terbuka
Kargo eksport 7 hari atau kurang
Percuma
Percuma
Lebih dari 7 hari dan sehingga 14
hari 1.00 0.50
Lebih dari 2
minggu—
bagi 2 minggu pertama; dan
bagi setiap minggu berikutnya atau sebahagian daripadanya
14.00
14.50
7.00
7.30
(c)
kargo di dalam gudang pebean pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap minggu atau sebahagian daripadanya
1.
Tembakau (bagi setiap 0.25 tan atau sebahagian daripadanya)
1.60 2.
Minuman keras (bagi setiap 100 liter atau sebahagian daripadanya)
2.50
Kargo yang disebut dalam subsubperenggan ini tidak boleh diberikan apa-apa tempoh penyimpanan percuma; dan 24
(d)
kenderaan bermotor pada kadar berasaskan ukuran beratnya.
(2)
Jika seseorang pengguna pelabuhan memohon suatu tempoh penyimpanan selain tempoh penyimpanan yang disebut dalam subperenggan (1), pengguna pelabuhan itu hendaklah membayar caj tempoh penyimpanan jangka panjang kepada Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap tan setiap minggu atau sebahagian daripadanya
Caj penyimpanan jangka panjang 6.20
Caj pengendalian dermaga bagi kontena 25.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj pengendalian dermaga bagi kontena kepada Suruhanjaya bagi pengendalian kontena, tidak termasuk caj pemunggah kargo, di dermaga Suruhanjaya—
(a)
yang menggunakan derik vesel sendiri pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap kontena
Panjang sehingga 20
kaki
Panjang lebih 20 kaki
1. KMP/Kosong 114.00 171.00
2. KMK
322.00 486.00
3. Pindah kapal 78.00 117.00
4. KMP (barangan berbahaya)
171.00 257.00
25
(b)
yang menggunakan kren pelabuhan atau tanjakan ro-ro pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap kontena
Panjang sehingga 20
kaki
Panjang lebih 20 kaki
1. KMP/Kosong 200.00 300.00
2. KMK
408.00 615.00
3. Pindah kapal 156.00 234.00
4. KMP (barangan berbahaya)
300.00 450.00
(2)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj pengendalian dermaga bagi kontena kepada Suruhanjaya bagi pengalihan kontena di dermaga
Suruhanjaya—
(a)
yang menggunakan derik vesel sendiri pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap kontena
Panjang sehingga 20
kaki
Panjang lebih 20 kaki
Dengan pendaratan dan operasi pengiriman semula 114.00 171.00
(b)
yang menggunakan kren pelabuhan pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap kontena
Panjang sehingga 20
kaki
Panjang lebih 20 kaki
1. Tanpa operasi pendaratan dan pengiriman semula 86.00 129.00
26
2. Dengan operasi pendaratan dan pengiriman semula 286.00 429.00
Caj pergerakan tambahan bagi kontena 26.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj pergerakan tambahan bagi kontena kepada Suruhanjaya bagi pengendalian kontena di dalam tempat simpanan kontena pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap kontena
Panjang sehingga 20
kaki
Panjang lebih 20 kaki
Pergerakan tambahan operasi mengangkat atau meletak 65.00 98.00
(2)
Caj pergerakan tambahan dalam subperenggan (1) terpakai juga bagi pengalihan kontena yang disebut dalam subperenggan 25(2).
Caj membuka dan menutup penutup petak 27.
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj membuka dan menutup penutup kepada Suruhanjaya bagi membuka dan menutup penutup petak di atas vesel pada kadar seperti yang berikut:
Perihalan
Bagi setiap operasi
1.
Membuka penutup petak, meletakkan penutup petak di petak yang bersebelahan dan kemudiannya menutup petak 172.00 2.
Membuka penutup petak, meletakkan penutup petak di dermaga dan kemudiannya menutup petak 172.00
Caj penyimpanan bagi kontena atau kargo pecah pukal dalam SBK
28.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj penyimpanan bagi kontena atau kargo pecah pukal dalam SBK kepada Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
27
Perihalan
Bagi setiap kontena
Panjang sehingga 20 kaki
Panjang lebih 20 kaki 1.
Kontena kosong (bagi setiap hari)
5.80 11.60 2.
Kontena bermuatan (bagi setiap hari)
11.60 23.30 3.
Kontena terlebih tinggi/terlebih lebar/terlebih panjang (bagi setiap hari)
17.50 35.10 4.
Kargo pecah pukal dalam SBK
Sama sebagaimana caj penyimpanan bagi kargo yang disimpan dalam gudang
(2)
Jika kontena bermuatan menjadi kosong, kontena bermuatan yang kosong itu tidak boleh diberikan apa-apa tempoh penyimpanan percuma.
(3)
Penyimpanan kontena atau kargo pecah pukal dalam SBK boleh diberikan tempoh penyimpanan percuma seperti yang berikut:
Perihalan
Bilangan hari atau sebahagian daripadanya 1.
Kontena import KMP bermuatan atau kosong 3 2.
Kontena import sejuk KMK
3 3.
Kontena eksport KMP/KMK bermuatan atau kosong 3 4.
Kontena kargo pindah kapal 14 5.
Kargo import pecah pukal dalam SBK
4 6.
Kargo eksport pecah pukal dalam
SBK
7
Caj kontena yang ditinggalkan 29.
(1)
Jika suatu kontena yang disusun di seksyen eksport ditinggalkan oleh vesel dan kemudiannya dihantar ke kereta api atau kenderaan, pengguna pelabuhan itu hendaklah membayar caj kontena yang ditinggalkan itu kepada Suruhanjaya pada kadar seperti yang berikut:
28
Perihalan
Bagi setiap kontena
Panjang sehingga 20 kaki
Panjang lebih 20 kaki 1.
Kontena KMP/Kosong 114.00 172.00 2.
Kontena KMP termasuk memunggah isinya 380.00 572,00 3.
Kontena KMK
322.00 486.00 4.
Kontena KMK termasuk memunggah isinya 586.00 887.00
(2)
Caj kontena yang ditinggalkan dalam subperenggan (1), jika ada, hendaklah menjadi tambahan kepada caj pergerakan tambahan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 26.
(3)
Jika suatu kontena yang hendak dieksport ditinggalkan oleh suatu vesel dan kemudiannya dikirimkan melalui vesel lain, pengguna pelabuhan itu hendaklah membayar caj pergerakan tambahan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 26 kepada Suruhanjaya berasaskan bilangan pergerakan tambahan yang terlibat.
(4)
Bagi maksud subperenggan (3), tempoh penyimpanan percuma bagi kontena yang ditinggalkan hendaklah dikira dari tarikh kontena yang ditinggalkan itu pertama kali diterima.
Caj perkhidmatan kontena sejuk 30.
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj perkhidmatan kontena sejuk kepada Suruhanjaya bagi perkhidmatan kontena sejuk pada kadar seperti yang berikut:
29
Perihalan
Bagi setiap kontena
Panjang sehingga 20 kaki
Panjang lebih 20 kaki 1.
Perkhidmatan pemantauan di tempat simpanan sejuk (bagi setiap syif)
14.00 28.00 2.
Pemeriksaan sebelum pelayaran 86.00 86.00 3.
Menyambung atau memotong perkhidmatan di atas vesel 22.00 22.00
Bertarikh 6 Februari 2015
[KP/SPPP/0.30 Jld (5); PN(PU2)222/VI]
DATO’ SERI LIOW TIONG LAI
Menteri Pengangkutan
30
PENANG PORT COMMISSION ACT 1955
NOTIFICATION OF SCALE OF RATES 2015
IN exercise of the powers conferred by section 34 of the Penang Port Commission
Act 1955 [Act 140], the Minister has approved the scale of rates framed by the
Commission as specified in the Schedule.
Revocation 2.
The Scale of Rates, Dues and Charges 2007 [P.U. (B) 28/2007] is revoked.