Skip to content
P.U. (B)In force

Notis Cadangan Pembatalan Perizaban Tanah bagi Maksud Awam bagi Lot 201091 Mukim Setapak

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2016
Sections
1

Notis Cadangan Pembatalan Perizaban Tanah bagi Maksud Awam bagi Lot 201091 Mukim Setapak is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 387 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.

Opening note

Preamble

  1. BAHAWASANYA, melalui P.U. (B) 382/2014 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 26 Ogos 2014, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 62(1) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Kanun Tanah Negara) 1974 [P.U. (A) 56/1974], yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan diwakilkan kepadanya melalui Pemberitahuan yang disiarkan dalam P.U. (B) 108/2003, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah merizabkan tanah yang diperihalkan dalam Jadual bagi maksud awam, iaitu suatu tapak untuk sistem dan perkhidmatan pembentungan dan telah menetapkan bahawa Pesuruhjaya Tanah Persekutuan hendaklah mempunyai kawalan terhadap tanah rizab itu: DAN BAHAWASANYA, melalui P.U. (B) 108/2003 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 3 Mac 2003, Kerajaan Persekutuan telah mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara kepada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: DAN BAHAWASANYA, didapati suai manfaat sekarang oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu dibatalkan: MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 64(1) Kanun Tanah Negara yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan diwakilkan kepadanya, memberikan notis di bawah subseksyen 64(2) Kanun Tanah Negara mengenai cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual dan bahawa mana-mana orang yang berhasrat untuk membantah terhadap pembatalan itu akan didengar oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam suatu siasatan yang akan diadakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, P.U. (B) 387 3 Tingkat 2, 3 dan 4, Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang pada 20 September 2016.

Jadual

JADUAL

Daerah – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mukim – Setapak No. Pelan – PA 1108926

No. Lot – 201091

Luas – 15,276 meter persegi.

Bertarikh 16 Ogos 2016

[PTG/WP(S).100-2/17/2; PTG/WP 11/57/2015; PN(PU2)213/LXXVIII]

TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA

Pengerusi

Jawatankuasa Kerja Tanah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

P.U. (B) 387 4

NATIONAL LAND CODE

NOTICE OF PROPOSED REVOCATION OF RESERVATION OF LAND FOR PUBLIC

PURPOSE

WHEREAS, by

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.