Skip to content
P.U. (B)In force

Pembatalan Perizaban Tanah bagi Maksud Awam bagi No 57, Seksyen 31 Bandar Kuala Lumpur

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2016

Pembatalan Perizaban Tanah bagi Maksud Awam bagi No 57, Seksyen 31 Bandar Kuala Lumpur is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 69 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.

Opening note

Preamble

  1. BAHAWASANYA, melalui Pemberitahuan No. 5623/1929 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 16 Ogos 1929, pada menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh seksyen 24(i) Kanun Tanah 1926, Residen Selangor telah mengisytiharkan bahawa petak tanah yang terletak dalam bandar Kuala Lumpur, diperihalkan dalam Jadual dan ditandakan di atas pelan ukur hasil No. 17,625 yang disimpan di Pejabat Penguasa Hasil Ukur Selangor, menjadi suatu rizab bagi maksud pencawang elektrik yang disenggarakan oleh Pengarah Jabatan Elektrik, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu: DAN BAHAWASANYA, melalui P.U. (B) 108/2003 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 3 Mac 2003, Kerajaan Persekutuan telah mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] kepada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: DAN BAHAWASANYA, didapati suai manfaat sekarang oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu dibatalkan: DAN

Opening note

Preamble

  1. BAHAWASANYA, notis mengenai cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu yang diperihalkan dalam Jadual bersama dengan butir-butir mengenai masa dan tempat di mana suatu siasatan akan diadakan oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, untuk mendengar mana-mana orang yang berhasrat untuk membantah terhadap pembatalan itu telah ditampalkan mengikut seksyen 433 Kanun Tanah Negara dan juga telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagai

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.