P.U. (B)In force
Pembatalan Perizaban Tanah bagi Maksud Awam bagi Lot 154 Bandar Kuala Lumpur
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Enacted
- 2016
Pembatalan Perizaban Tanah bagi Maksud Awam bagi Lot 154 Bandar Kuala Lumpur is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 70 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Preamble
- BAHAWASANYA, melalui P.U. (B) 87/2007 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 15 Mac 2007, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 62(1) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Kanun Tanah Negara) 1974 [P.U. (A) 56/1974], yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan diwakilkan kepadanya melalui Pemberitahuan yang disiarkan dalam P.U. (B) 108/2003, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah merizabkan tanah yang diperihalkan dalam Jadual bagi maksud awam, iaitu suatu tapak untuk kawasan lanskap, tempat letak kereta dan pengindahan sungai dan telah menetapkan bahawa Ketua Setiausaha Negara hendaklah mempunyai kawalan terhadap tanah rizab itu: DAN BAHAWASANYA, melalui P.U. (B) 108/2003 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 3 Mac 2003, Kerajaan Persekutuan telah mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara kepada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: DAN BAHAWASANYA, didapati suai manfaat sekarang oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu dibatalkan: DAN
Opening note
Preamble
- BAHAWASANYA, notis mengenai cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu yang diperihalkan dalam Jadual bersama dengan butir-butir mengenai masa dan tempat di mana suatu siasatan akan diadakan oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, untuk mendengar mana-mana orang yang berhasrat untuk membantah terhadap pembatalan itu telah ditampalkan mengikut seksyen 433 Kanun Tanah Negara dan juga telah P.U. (B) 70 3 disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagai
Something wrong on this page?
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.