Pembatalan Perizaban Tanah bagi Maksud Awam
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Enacted
- 2017
Pembatalan Perizaban Tanah bagi Maksud Awam is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 55 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Front matterCover and publication detailsOpenClose
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
PEMBATALAN PERIZABAN TANAH
BAGI MAKSUD AWAM
REVOCATION OF RESERVATION OF LAND
FOR PUBLIC PURPOSE
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (B) 55 2
KANUN TANAH NEGARA
PEMBATALAN PERIZABAN TANAH BAGI MAKSUD AWAM
Opening note
Preamble
- BAHAWASANYA, melalui P.U. (B) 129/1985 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 14 Mac 1985, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 62(1) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Kanun Tanah Negara) 1974 [P.U. (A) 56/1974], yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan diwakilkan kepadanya melalui Pemberitahuan yang disiarkan dalam P.U. (B) 108/2003, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah merizabkan tanah yang diperihalkan dalam Jadual bagi maksud awam, iaitu suatu tapak untuk Rumah Pam Air dan telah menetapkan bahawa Jurutera Penguasa Bekalan Air, Jabatan Kerja Air, Selangor hendaklah mempunyai kawalan terhadap tanah rizab itu: DAN BAHAWASANYA, melalui P.U. (B) 108/2003 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 3 Mac 2003, Kerajaan Persekutuan telah mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara kepada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: DAN BAHAWASANYA, didapati suai manfaat sekarang oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu dibatalkan: DAN
Opening note
Preamble
- BAHAWASANYA, notis mengenai cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu yang diperihalkan dalam Jadual bersama dengan butir-butir mengenai masa dan tempat di mana suatu siasatan akan diadakan oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, untuk mendengar mana-mana orang yang berhasrat untuk membantah terhadap pembatalan itu telah ditampalkan mengikut seksyen 433 Kanun Tanah Negara dan juga telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagai
Something wrong on this page?
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.