(a)
suatu siasatan yang berhubungan dengan suatu perkara jenayah yang melibatkan kesalahan berat asing, iaitu suatu kesalahan di bawah seksyen 194, 326 dan 341 Kanun Jenayah Belanda telah dimulakan di Belanda, suatu Negara asing;
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Arahan Khas Menteri is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 130 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
P.U. (B) 130
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
ARAHAN KHAS MENTERI
SPECIAL DIRECTION OF THE MINISTER
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (B) 130 2
AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002
ARAHAN KHAS MENTERI
Opening note
suatu siasatan yang berhubungan dengan suatu perkara jenayah yang melibatkan kesalahan berat asing, iaitu suatu kesalahan di bawah seksyen 194, 326 dan 341 Kanun Jenayah Belanda telah dimulakan di Belanda, suatu Negara asing;
Pejabat Pendakwa Raya di Mahkamah Daerah Belanda melalui Kementerian
Keselamatan dan Keadilan Kerajaan Belanda telah membuat suatu permintaan bagi bantuan bersama berhubung dengan perkara jenayah itu di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 [Akta 621];
tiada perintah di bawah seksyen 17 Akta Bantuan Bersama dalam Perkara
Jenayah 2002 telah dibuat berhubung dengan Kerajaan Belanda; dan
Peguam Negara telah mengesyorkan bahawa bantuan bersama diberikan kepada Kerajaan Belanda berhubung dengan perkara jenayah itu di bawah
Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002:
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya oleh seksyen 18 Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002, saya,
Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang di Malaysia, dengan ini mengarahkan supaya peruntukan Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 terpakai berhubung dengan permintaan bagi bantuan bersama berhubung dengan perkara jenayah itu seolah-olah suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 17 Akta Bantuan
Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 berkuat kuasa berkenaan dengan Kerajaan
Belanda tanpa apa-apa sekatan, had, kecualian, ubah suaian, penyesuaian, syarat atau batasan.
P.U. (B) 130 3
Bertarikh 28 Februari 2018
[PN(R)152/185/29/15-15; PN(PU2)628/XI]
DATO’ SRI AZALINA BINTI DATO’ OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
P.U. (B) 130 4
MUTUAL ASSISTANCE IN CRIMINAL MATTERS ACT 2002
SPECIAL DIRECTION OF THE MINISTER
Opening note
an investigation relating to a criminal matter involving a foreign serious offence, that is an offence under section 194, 326 and 341 of the Netherlands
Criminal Code has commenced in the Netherlands, a foreign State;
the Public Prosecutor’s Office at the Netherlands District Court through the
Ministry of Security and Justice of the Kingdom of Netherlands has made a request for mutual assistance in relation to that criminal matter under the
Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002 [Act 621];
no order under section 17 of the Mutual Assistance in Criminal Matters
Act 2002 has been made in relation to the Kingdom of Netherlands; and
the Attorney General has recommended that mutual assistance be given to the
Kingdom of Netherlands in relation to that criminal matter under the
Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002:
NOW THEREFORE, in exercise of the powers conferred on me by section 18
of the
Mutual
Assistance in
Criminal
Matters
Act 2002,
I,
Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said, the Minister in charged with the responsibility for legal affairs in Malaysia, do direct that the provisions of the
Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002 be applied in relation to the request for mutual assistance in relation to that criminal matter as if there is in effect in respect of the Kingdom of Netherlands an order made under section 17 of the Mutual Assistance in
Criminal Matters Act 2002 without any restriction, limitation, exception, modification, adaptation, condition or qualification.
P.U. (B) 130 5
Dated 28 February 2018
[PN(R)152/185/29/15-15; PN(PU2)628/XI]
DATO’ SRI AZALINA BINTI DATO’ OTHMAN SAID
Minister in the Prime Minister’s Department
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.