Jadual
Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.
2.
Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan di bawah seksyen 7, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan untuk menyemak semula syor-syor yang dicadangkan dan mengesyorkan dalam laporannya syor-syor yang berikut:
(a)
tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan bagi Negeri Selangor;
(b)
tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya Negeri bagi
Negeri Selangor;
(c)
terdapat perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya
Persekutuan yang melibatkan satu (1) bahagian pilihan raya Persekutuan dalam Negeri Selangor; dan
(d)
terdapat perubahan nama-nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya
Negeri yang melibatkan empat (4) bahagian-bahagian pilihan raya Negeri dalam Negeri Selangor.
P.U. (B) 14 2
3.
Jumlah bilangan pemilih seramai 2,078,311 orang dalam Daftar Pemilih semasa iaitu P.U. (B) 217/2016 yang telah diperaku oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan diwartakan pada 13
Mei 2016
dan dibaca bersama