P.U. (B) 82
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
NOTIS DI BAWAH SEKSYEN 70
NOTICE UNDER SECTION 70
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (B) 82 2
AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987
NOTIS DI BAWAH SEKSYEN 70
Datuk Bandar Kuala Lumpur, selepas berunding dengan Ketua Pengarah bagi
Pengangkutan Jalan, bercadang untuk membuat suatu perintah di bawah seksyen 70
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang kesannya akan melarang pemanduan kenderaan di atas bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama sebagaimana yang ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Kedua, melainkan di atas jalan arah yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama, bagi tempoh yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual Pertama.
Bantahan terhadap cadangan itu, jika ada, mestilah dihantar secara bertulis kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada atau sebelum 21 Februari 2018
di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar, Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur, Tingkat 17, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.