Jadual
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN JUMLAH WANG YANG TIDAK DAPAT DIKENAL PASTI
PEMBAYAR DAN TUJUAN PEMBAYARANNYA DALAM REKOD BANK YANG
DIDAFTARKAN ATAS NAMA PUSAT PUNGUTAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
(PPZ-MAIWP)
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kali Ke-87 yang bersidang pada 27 Ogos 2014 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Jumlah Wang yang Tidak Dapat Dikenal Pasti Pembayar dan Tujuan
Pembayarannya dalam Rekod Bank yang Didaftarkan atas Nama Pusat Pungutan Zakat
Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Fatwanya adalah seperti yang berikut:
Apa-apa jumlah wang yang terdapat dalam apa-apa rekod bank yang didaftarkan atas nama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang tidak dapat dikenal pasti pembayar dan tujuan pembayarannya adalah dikategorikan sebagai zakat harta.
P.U. (B) 407 3
Bertarikh 14 Ogos 2020
Dated 14 August 2020
[PMWP/100/20/Klt.5; PN(PU2)530/XIV]
DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories