Seksyen 1
Pengeluaran simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang telah memenuhi syarat milk al-taam dan bukan bagi tujuan perbelanjaan hajah asliyah diwajibkan zakat ke atas keseluruhan amaun caruman yang dikeluarkan pada kadar dua perpuluhan lima peratus (2.5%), tertakluk kepada nisab dan tanpa perlu menunggu haul.
P.U. (B) 626 3 2.
Simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang telah memenuhi syarat milk al-taam tetapi caruman tidak dikeluarkan, keseluruhan amaun caruman yang layak dikeluarkan daripada simpanan caruman itu diwajibkan zakat pada kadar dua perpuluhan lima peratus (2.5%), tertakluk kepada nisab dan tanpa menunggu haul.