Seksyen 1
Ajaran yang dibawa oleh Wan Hizam bin Abdullah Sabil adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—
(a)
menyifatkan Allah dengan sifat kekurangan seperti menyatakan bahawa
Allah itu sunyi dan berkehendak kepada penciptaan makhluk agar Dia
P.U. (B) 650 3
dikenali, contohnya dengan mengatakan “Tuhan kata, aku ni sunyi, hang la yang menghiburkan. Aku ini dengan diri akulah, hang lah yang menjadi teman.”;
(b)
menyamakan Allah SWT dengan sifat-sifat makhluk yang berjisim seperti wajah wanita, kelembutan kulit manusia dan seumpamanya dan menggunakan analogi seperti wajah wanita dan kelembutan kulit manusia bagi menggambarkan sifat-sifat Allah SWT. Hal ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam yang mendengarnya kerana akan terbayang bahawa Allah mempunyai sifat-sifat dan berjisim sama seperti makhluk. Hal ini bertentangan dengan ajaran Islam dan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah berdasarkan firman Allah dalam ayat 11 Surah al-Syura seperti yang berikut:
”
ُلَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَيۡ ء ۖٞ وَ هُوَ ٱلسَّمِيع ُٱلۡبَصِ ير
Maksudnya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”;
(c)
membuat tafsiran sendiri terhadap hukum istihadah dengan mengatakan
“Suka pun kena sujud, tak suka pun kena sujud (sembahyang), kecuali perempuan yang dapat lesen besar. Haid, nifas, istihadah (dan) wiladah
(tak perlu sembahyang).”;
(d)
menggunakan ejaan yang mengelirukan dalam surah al-Fatihah pada perkataan الرّ حمن dan الرّحيم dengan menulis ارّحمن ارّ احيم, tanpa ال dan menambah alif (ا) pada الرَحِ يم.